Dec 26, 2009

CUTI2 MALAYSIA

Mentang2 ler dua tiga minggu nih asyik cuti manjang bila hari Jumaat, semua org duk plan balik kampung aja. Aku pon nak balik kampung gak tapi next week ler. Hari ni balik Terengganu lagi. Last 3 weeks pon dah balik tapi disebabkan ayah aku nak kena operate , kena tunaikan tanggungjawab ler, balik temankan ayah kat spital. Even abang aku ada tapi takkan semua nak harapkan dia. Dahlah cuti manjang aja Abang Zaik aku tuh.
Jumaat lepas pon aku gi cuti2 gak tapi dekat jer kat Cyberview Lodge Resort and Spa kat Cyberjaya. Dekat aja ngan umah. Mmg benda tak planned tapi entah camna plak tercuti kat sana. Heheheh. Pegi pon ramai, MIL, FIL, SIL and our helper, My SIL, BIL, maid dia plus 3 kids. Aku plak ngan MUz, AChu and 2 little boy. 15 person gak ler. Pegi 3 keta. Bawak barang macam nak gi cuti sebulan. Hehehehe.
Aku takder amik pic apa2 pon, just pic budak2 main air aja. Layan ajalah.

Oct 13, 2009

BILA MAID GATAL NAK KAWIN

Asyik ajalah mengeluh dua tiga hari ni. Mana idaknya bibik yang ku sayang-sayang, ku tatang-tatang tu dah benti keje. Nak nangis pon tak guna gak. Benda dah jadi.
Alkisahnya hari Sabtu aku pon balik ler tido kat umah Puncak Jalil ngan bibik sekali ler. Almaklumlah kat umah sana kan macam berterabur lagi , jadi aku decide takyah ler masak kat umah. Jom gi makan kat luar semua. Ajak bibik, dia taknak ikut plak. I dont mind ler coz mmg dia slalu macam tu sebelum ni pon. Cuma aku heran sikit coz dia asyik duk berkepit ngan hp dia aja skang ni.
Balik dari makan tu macam biasalah kemaslah umah skit kan. Dia pon aku tgk cam biasa ajalah. Cuma dia adalah sebut ayat bunyi lebih kurang camnilah
" Susah-susah sangat, bibik kawin ajalah ngan Madi tu". Nama lelaki tu Madi. Aku buat tak kisah ajalah. Ingat dia gurau2 aja.
Pagi soknya (Pagi Ahad) dia siap masakkan breakfast macam biasa, siap settlekan baju kat luar semua. Normal ajalah tu kan. Pastu Muz call suh aku tanya bibik betul ker dia nak benti time tuh jugak. Aku pon ngan muka selamba ajalah tanya kat dia betul ker semua tu. And then she said yes.... MasyaAllah bibik aku nih apa dah hasut kepala otak dia. Bila tanya dia kenapa dia jawab coz Muz tak bank in kan gaji dia 2 bulan sebelum dia balik Lombok bulan 4 hari tu. Hangin aja aku dengor coz mmg aku tgk sendiri slip tu. Why lepas 4 bulan baru dia nak cakap.
And then aku yang mmg ngah hangin tih, suh dia packing baju dia semua walaupon aku mmg sayang kat bibik aku ni. Mahunya idok more than 2 years ngan aku. Dialah jaga budak2 ni semua. Rupa-rupanya dia dah siap packing barang dia dah. Pastu mamat tuh suh hantar bibik kat LRT Station. Kemain lagik macam mem besar. Mama dah mengamuk dah coz nak jadi cerita Mama pon datang sama umah aku Ahad tu. Nak tolong arrange barang kat umah.
Masa nak kuar umah tu dia siap mintak duit lagik ngan aku, tak sedar yang dia duk hutang ngan Muz 2 bulan gaji. Aku dalam duk marah , pon ada rasa kesian gak coz aku tahu duit dia dah habis hantar balik kg ari tu. Kasik ler 100 kat dia buat belanja. (Baiknyaaaaa Ibu). Aku cakap ngan bibik, pasal RM 1000.00 yang dia tak dapat tu, dia kena check dengan orang yang dia suh masukkan duit hari tulah. Pasal apa plak nak salahkan Muz. Tu salah dialah tak check ngan pakcik tu. Aku ni jenis tak suka nak marah2 dia coz bibik jaga anak2 elok aja sebelum ni. Dia buat keje pon bagus.
Lepas hantar dia balik barulah Mama cerita yang Madi tuh duk kasi duit kat dia every month. Bibik Tari (SIL aku nyer bibik) pon cakap yang bibik aku dah cakap ngan dia , nak berhenti coz nak kawin ngan Mamat di. Sakit aja hati aku bila pk balik. Mama siap marah aku lagi, tulah baik sangat ngan bibik kan ker payah skang. Nak kena cari bibik lain. Dahlah skang ni nak amik maid indon dah kena beku. Nak kena tanya ejen plak pasni.
Semalam, Isnin aku pon terpaksalah amik El coz takder sapa nak jaga anak aku berdua tuh. Nasib badanlah.

Oct 10, 2009

NGAH RALIT JENGUK SUSUIBU.COM

Sejak dua menjak nih aku rajin plak jenguk http://susuibu.com/ . Saja nak tambahkan pengetahuan , even dis is my 3rd child. Yalah rasa macam tak cukup ilmu di dada aja lagi ni bab2 breasfeed. Tak tahu napa rasa excited sesangat nak fully bf for my next bb ni. Bila duk baca entry2 kengkawan yang kat dalam tu rasa macam menyesal pon ada gak coz Ajim ngan Kimi dua2 tak fully bf. Macam Ajim, even dia prem aku sempat gaklah bf kan dia dalam 6 bulan. Kimi plak kesia sungguh bila pk kan coz aku nih kan a little bit manja n takder suppot sangat. Bila c-sect nak duduk bf kan mmg rasa sakit. And then macam fed-up sikit coz susu tak berapa nak kuar.
Bila duk pk2 sensorang, terniat di hati plak kali ni aku nak bf kan bb. Since breast pump pon still ada , elok lagi , aku ingat nak guna balik benda alah tu. Takderlah nyesal sangat kan. Insya-Allah moga niat baik aku nih dapat support dari Muz.
Dulu, coz aku c-sect semua kesian nak suh aku bf kan Kimi. Kena plak aku kan keje jadi macam malas2 plak. Teruknya aku masa zaman dulu2. Ish. Skang nih aku nampak bezanya antara Ajim ngan Kimi. Ajim even kejap aja bf tapi dia more active and susah skit nak demam. Kalau Kimi plak, panas or sejum skit nak demam aja. agaknya antibodi tak berapa kuat. Mmg ler FM nih ada yang okay tapi bl pk balik sesal tak sudah tu.
Harap2 ler azam aku kali nih menjadik. Tak tahulah kan kita tak tahu apa yang akan mendatang.
Apa yang ada kat SI ni banyak yanga ku boleh jadikan panduan. Ilmu baru tak salah kita nak tambah.

Oct 9, 2009

AJIM BERBAJU MELAYU

Bila duk jenguk blog kengkawan, semua duk tayang pic berbaju raya. Malangnya aku tahun nih pic berbaju raya mmg langsung takdak. Malas benar nak amik gambo sebab rasa macam tak lawa aja baju aku tahun nih. Takpalah, aku tempek ajalah pic Ajim berbaju melayu di pagi raya.
Gambo nih sebelum Ajim gi masjid ngan Abi masa kat kampung. Pic Abi, Kimi pon takdak gak. Apalah teruk beno aku tahun nih.

Sengih aja Ajim tu. Excited giler nak gi masjid semayang raya ngan Abi dia. Rambut dia berterabur aja coz taknak pakai songkok elok2.

Sayang plak tengok gambo nih tak nampak penuh kepala Ajim. Half aja.

Oct 7, 2009

PRESENT FROM MY MIL

Hidup aku kan sikit kelam kabut dua tiga menjak ni. Tambah2 plak sejak peknen. Semua serba tak kena ngan aku. Balik dari kampung ari tu pon aku macam blur2 aja plak. Bila time keje aja, aku macam tak tahu nak buat apa. Tengok keje melambak tapi tak tahu nak start ngan yang mana satu. Sampaikan orang tengok aku pon naik pelik. Mana idaknya, tengok ajaaaaaaaaa kat keje tu, bukan nak usik2 skit.
2 days before besday aku ari tuh...Muz duk sibuk ajak aku gi umah Mama, katanya nak gi tgk Ba (FIL) coz 2 hari aku tak pi. Tahu ajalah bila balik keje, malas yang amat nak gi mana2 pon. Even ajak gi shopping pon puas nak kena pujuk baru beranjak. Memikirkan lama tak gi sana, aku ikutkan ajalah Muz cakap apa.
Mama pon kat umah ngan Ba saja, sunyi jugaklah kan. Nak riuhkan suasana ajak Ajim skalik. Mama pon panggil aku, say nak kasi something sempena my coming birthday on 1st October...Wahhh...in advance nampak gayanya aku dapat adiah. Mama pon kuarkanlah rantai leher and suh aku pakai time2 tuh jugak depan dia. Ish, biar betul Mama nih. Muz pandang aku senyum aja. Mama cakap dah lama dia nak belikan untuk aku sebenarnya rantai tu, tapi nak kena tgk budget gak. Since birthday aku, dia belikanlah. Terharu beb.

Ni rantai yang Mama belikan before birthday aku.

Tapi betullah orang cakap, kalau dapat MIL macam Mama ni hati senanglah. Cuba kalau yang tak okay, tak tahulah nak cakap. Memang Mama baik ngan aku , layan pon macam anak sendiri. Mama ngan Ba selalu cakap, bila dah kawin ngan anak Mama ngan Ba meaning that menantu pon anak sendirilah. Tak ada different, tak ada word anak orang lain. MIL & FIL aku mmg sporting habis dari dulu lagi, ngan anak2 boleh buat lawak, macam ngan kawan2 aja. Kadang2 tak rasa pon macam duk ngan family In-law.

Pendant plak Mama beli semalam kat Poh Kong , Jusco AU2, Keramat.

So, for my besday... Mama kasi Rantai ngan Loket skalik.

Muz selamba aja cakap depan Mama semalam "Selamat duit I yang, baru aja I ingat nak ajak you beli pendant ari Ahad ni".

WE ARE MOVING

Skang nih dah tak baper nak terhapdet blog nih. Almaklumlah tuan rumah ngah bz nak pindah umah. Kalau kat Setiawangsa semuanya dekat ngan family Muz tapi bila duk kat Puncak Jalil semuanya jauh. Ngan umah Mama jauh, ngan opis pon jauh. Nampak gayanya tempat shopping pon nak kena tukau plak ler. Gi IOI Mall ajalah pasni (Shopping gak yang aku ingat).
Last Saturday, pindah semua barang kat umah baru pastu skang nih tengah duk kemas2 barang lagik. Tak tahu bila boleh masuk and tido kat sana. Umah berselerak ngan macam2 barang lagik. Semua angkut yang kat umah Setiawangsa dulu, nanti bila dah budget okay baru blh tukau. Ngah pening kepala pk, nak kena cari keta besar skit pasni almaklumlah family nak bertambah lagik sorang tahun depan. Mana nak cukup kalau keta kecik2 nih. Duit,duit, duit...macam air aja mengalir skang nih.
Sementara nak settle umah Puncak Jalil aku sefamily tido umah Muz kat Setiawangsa dululah. Senang skit nak gi keje. Cadangnya ari Sabtu ni nak gi tido sana dah. Just nak pasang kipas ngan cat umah skit lagi. Water heater semua pon belum terpasang lagi ni. Jadi dalam seminggu dua ni, hidup skit kelam kabut ler nampaknya. Balik aja keje nak kena siap cepat2 pastu dalam pukul 8.00 aja nak gi umah Puncak Jalil plak. Pukul 12 lebih balik Setiawangsa tido. Esok pon sama gak. Naik cemuih dah aku duk kat highway dua tiga menjak ni.
Bila duk tgk list apa nak dibeli dan dibuat, banyak lagi yang tak siap upanya. Ingatkan dah settle. Ish, dah terover budget plak tu. Blm lagi kira yang kecik2 nyer barang nak dibeli. Si kecik Ajim pon dah sibuk nak cat bilik dia plak. Dahlah tu, kaler orange yang dia nak. Tak tahulah apa rupa bilik kalau Abi dia ikut kata Ajim tu. Aku duk pk nak setting bilik dia kaler biru tapi tengoklah camna.
Apapon, bila dah settle semua poblem then aku blh arr tunjuk skit2 aja rupa umah aku tuh. Sipi2 ajalah. And then baru blh hapdet betul2 macam dulu.
Citer raya aku rasa dah basi dah. Malas nak hapdet pasal raya.

Sep 16, 2009

SHOPPING SAKAN AJIM NGAN ABI

Disebabkan aku dalam keadaan tak tentu arah skang nih, asik2 nak uwek kat sana, uwek kat sini, urusan membeli kasut raya for Ajim diserahkan sepenuhnya pada Abi dia sepenuhnya. Pas bukak posa, siap mandi2 Ajim ngan Abi pon gerak ler gi KLCC yang memang jadi tempat shopping kitorang. Senang nak parking, banyak pilihan.
Pilihan semuanya ditangan Ajim ngan abinya. Pandai2 doranglah nak beli apa pon coz Ibu takdak malam nih. Memang tak larat betul nih, kalau idak mana aku nak lepas peluang shopping yang jadi hobby aku tuh. Aku duk umah uwek, uwek aja. Depa dua beranak syok nyer shopping. Huh. Tahan ajalah Ina oiiii. Nasiblah Kimi dah tido awal2 lagi. Aku pon bolehlah layan diri kejap. Bibik plak nak kuar gi kedai. Aku asyik nak muntah plak. Kimi tido kat hall lagik, asyik ler aku berlari naik turun tangga coz muntah tak henti2. Seksanya.
Bila Achu siap mandi baru aku boleh muntah puas2. Sakit badan tak usah citerlah. Siap kuar airmata lagik aku menahan kali ni. Makan pon tak malam ni sebab tak boleh nak telan apapon. Asyik2 kuar aja apa aku makan. Tak larat ooooo. Abi plak call kata lambat coz jalan jammed kat Jalan Ampang tuh. Ajim sibuk duk menceceh citer dia beli kasut, beg duit, botol air, ada toys lagik. Tak sempat2 nak citer gak. Sekangkang kera aja pon amik masa kat sejam nak boleh sampai umah. Teruk ooo macam nih.
Dalam pukul 10.30 baru sampai umah Ajim ngan abi. Mak aih bukak2 aja pintu, Ajim tak sabar dah nak tunjuk semua barang yang dia beli. Semuanya Ajim punya. Habis berterabur dia nyer plastik bag tuh. Clarks shoe for Ajim saja dah RM 168.00 per pair dia nyer harga. Mak aih mahalnya kasut Ajim. Complete ngan beg duit Superhero, buku superhero, botol air superhero. Toys lagik. Siap cakap lagik, Abi banyak duit beli semua kat Ajim. Ibu ngan adik Kimi takder. Lain kali Abi beli. Kemain eksyen ngan Ibu budak kecik nih.
Semua barang dia pilih sendiri, bayar pon sendiri gak. Nasib baik baju2 dia semua dah beli. Tu pun aku hutang satu seluar kat Ajim lagik. Pas rayalah baru beli. Kena tengok budget gak. Nak kena simpan duit skit nih coz tahun depan lagik sorang nak kuar plak. Semua kena pk tuh. Esok2 aku masukkan pic barang2 yang Ajim shopping .

Sep 11, 2009

DAH CONFIRM ALMOST 7 WEEKS

Ajim ngan Kimi nak dapat adik lagi sorang. Isk rasa macam tak caya pon ada gak rasanya kali nih. Almaklumlah aku ngan Muz belum budget nak dapat baby dalam setahun dua nih. At least nak tunggu Kimi dalam 3 tahun baru nak dapat another baby. Tapi nak buat camna, dah namanya rezeki. Kena terima ajalah.
Allah berikan rezeki sempena bulan puasa yang banyak sangat dugaan tahun ni. Macam biasa kalau bulan 7 period aku 29 hb, meaning that bulan 8 around 27 or 28 cam tulah. Sebelum tu, aku dah cam ting tong skit dah masa mula2 bulan puasa tu. Tapi buat tak tahu ajalah, ngan alasan baru start puasa, badan tak blh nak adapt lagi. Tiap hari aku mesti just berbuka ngan minum air pastu nak kena baring jap baru blh sambung makan. Normallah kot early puasa. Pastu dalam 30/08/09 pon aku tak period, period gak... ish. Aku dah suspect dah, mesti kena ni coz aku tak pernah miss pon before this.
Aku cakap ngan Muz, selamba aja cakap ngan aku , tulah I suruh you gi amik injection tapi taknak, jangan nak salahkan I. Isk, boleh plak dia cakap camtu ngan aku. Dahlah aku ngah suspen aja nih. Tapi mmg hati kecil aku cakap , peknen lagik ler nih. Adusssss. Muz ajak aku gi check up kat Dr. Soong yang mmg dah biasa ngan aku tuh. Tapi nak kena check schedule dia dulu ada tak kat klinik tuh. Disebabkan aku mmg jenis tak sabar , jadinya aku pon amik keputusan gi beli Pregnancy Test sendiri. Hehehehe.
Esoknya, 31/08/09 pepagi lagi, bak kata orang subuh2 lagik aku dah bangun , katanya nak amik 1st urine in the morning supaya result tepat skit kan. Suspen gilo. Tengok2 , sah positif peknen. Tak tahu nak cakap apa time tuh, nak kata happy, mmg ler happy tapi cam ada sikit sedih bila pk pasal Kimi. Dia kan kecik lagi, dah nak dapat adik dah., Sian dia. Tapi bila pk balik, elok gak peknen time nih, esok2 takyah nak pk lagi dah nak beranak. Rasa2nya ini last kot, coz aku pon dah tak larat asik nak c-sect aja manjang. Badan pon dah tua, cukuplah 3 orang nih. Dah confirm tuh, aku terus gerak Muz. Aduh, kena lagik skalik. " Baper kali cakap jangan miss amik injection, taknak dengor. Terima ajalah".Duss sakit pala aku nih.
Terjawablah sudah, alasan kenapa aku manjang tak sedap badan masa mula2 puasa. Makcik peknen lagi nih. Kena gi jumpa Dr. Soong gak nak confirm.
Pepagi 4/9/2009, aku tgk keje pon cam dah okay, so just lintas jalan pi Klinik Redy, sebelah Damai Hospital tu untuk buat UPT. Tunggu punyalah lama nak jumpa Dr ni coz semua patient nak jumpa dia aja aku tengok. Dalam pukul 11.00 baru jumpa and then scan , wahhh dah nampak dah my bb. Hehehehe. Due on 05/05/2010. Sama bulan ngan Abang Long (Ajim). Hopefully semuanya okay macam Ajim ngan Kimi gak.
Tapi yang aku tahu, confirm aku morning sickness sampai 4 bulan macam dulu2 gak. Tahan ke idak pon tak tahulah. Ada scan image tapi tak clear sangat coz still small.

Sep 7, 2009

CHEEKY BOY

Sekejap jer Kimi dah setahun 6 bulan. Kalau aku pk rasa macam baru aja lagik duk usung perut yang memboyot sana sini. Malam tadi masa angkat dia naik bilik, aku pandang muka dia puas2, duk belek kaki tangan dia. Lahaiiii syahdu plak rasanya. Besar dah anak ibu nih. Terbayang lagik dak kecik nih masa mula2 kuar dulu. Lahaiiiii kecik sesangat.
Actually Kimi ni kalau aku bandingkan perkembangan dia ngan abang ada sikit beza lah.
a) Kimi gigi tumbuh cepat dalam 4 bln lebih dah tumbuh gigi 2 batang. Ajim lambat sikit .
b) Ajim dalam setahun dah pandai sebut banyak word like Ibu, mak, ayah and achu. Dalam setahun setengah dia dah blh sebut proper word macam beach, bird, car, cat . Nak makan. Nak babat (susu). Kimi plak lambat sikit, until now dia baru reti sebut Ibu... abi tak reti lagi. Dia panggil abi..Baba. Kalau nak makan or susy, just sebut nak, nak aja.
c) Kimi setahun 4 bulan boleh jalan dah tapi abang long dia lambat sesangat. 1 1/2 tahun baru tau jalan.
d) Kimi suka merajuk, ajim manja lebih.
e) Kimi ganas sangat2 masa kecik tapi abang dia baik aja. Lar nih dah besar baru tahu ganasnya camana abang long dia.
f) Kalau demam Kimi still lagi blh main sana sini. Ajim plak kalau demam dia diam, tido aja.
g) Ajim tak kutip and masukkan benda2 kecik dalam mulut tapi Kimi tau plak nak masukkan. Puas aku ajar dia.
Satu perangai Kimi yang aku tak tahan , suka pukul orang pastu nanti dia kiss balik orang tuh. Selalu sangat kalau aku duk sesaja kat depan tv dia datang pastu ketuk2 ngan cd, mulalah sibuk nak kiss plak. Ajim dulu tak reti semua tuh. Gigit orang pon tak pernah. Sampai sekarang Ajim tak reti nak gigit sesapa tau.
Ajim pon dah besar sesangat dah. Kurus tapi tinggi. Orang slalu ingat Ajim dah pi school dah. Padahal budak tuh baru 4 tahun. Tahun depan nak gi school dah. Baru duk carik school mana nak hantar. Kena dekat2 area umah gak, kat Setiawangsa aja. Senang nak gi hantar ngan ambik balik school.
Orang selalu cakap kalau budak lahir premature dia pick up dia cepat skit. Maybe betul gak kot. Coz Ajim mmg pick up dia cepat sesangat. Dia mmg ingat kalau apa2 kita cakap kat dia. Lagu pon skalik aja dengar dia dah tahu dah. Tapi semalam dalam duk sibuk ajar Ajim ABC, Kimi pon dah boleh sebut sampai F. Hehehehehe.

Sep 2, 2009

LEMON ROSEMARY CHICKEN

Ayam,ayam,ayam...kalau kat umah my MIL kira macam wajib ada tiap2 hari coz my SIL mmg suka makan ayam. Ntah napalah , aku asyik teringat aja kat LRC sejak nak puasa hari tu lagi. Tapi bila belek kat web page owner LRC kat http://dj-lrc.blogspot.com/ dia nyer schedule tak sama plak. So kenalah tunggu 29 hb barulah blhh aku merasa lrc.
Dis is 3rd time kot aku order ngan Kak Didi LRC nih. Manjang aja ada hal kalau nak jumpa. Macam last Saturday gak, my hubby nak kena gi PJ Hilton and Carcosa dulu baru blh gi amik LRC ngan Kak Didu. Dahlah jalam jammed macam hapa ntah. Aku lewat dalam 20 minit. Sian kat tokei kedai nak kena gi PKNS plak pastu. Aku nyer pasal semuanya terganggu. Ampun yer Kak Didi ngan Abang Jaz.
Aku angkut ngan Kimi and Ajim skalik ari tuh. Dahlah si kecik nak tido aku tak bawak plak dia nyer selimut. Punyalah susah nak tido. Dahlah bau LRC tuh , buat air liur aku kecur aja. Still terbayang lagi macamana punya cun ayam tuh landing. Ngan baked potato skalik. Terliurrrrrrrrrrrrrr beb . Macam tak sempat nak sampai umah aja. Ajim dah sibuk nak belek2 ayam tu. Itu ibu punyalah Ajim.

Nampak tak ayam yang menyelerakan tuh.

LRC ngan Baked Potato skalik. 32 aku nyer. Satu pon aku tak tinggal kat sesapa. Tamakkkkkkk sei.

Pic sebelum aku makan LRC tuh untuk bukak posa. Lupa nak amik masa duk atas meja ngan lauk pauk yang lain. LRC mmg beshhhh.

To Kak Didi n Abang Jaz, thank and sorry coz sebabkan akak ngan abang lambat pi PKNS.

Malam nih bukak posa kat umah MIL aku lagik.

Aug 28, 2009

BERBUKA POSA DI COZY HOUSE, GREAT EASTERN MALL

First posa kat umah MIL, semua support by her. Semalam plak plan last minute by MIL gak, bukak puasa kat luar plak. Mama kasik peluang to choose kat mana nak makan, up to me and Abi. Manyak senang macam ni. Tapi macam biasalah kalau nak senang kat Cozy House ajalah. Confirm semua orang boleh makan. Even food dia ala2 chinese food tapi dah tokok tambah malay nyer style.
Mula2 Mama cakap just Mama, Aku, Muz, Achu . Ajim and Kimi aja. Pastu mama kol plak anak buah aku dua orang nak ikut. Dah nak balik plak tambah lagik SIL ngan husband dia ikut skalik. Wat kelam kabut betullah dibuatnya. Nak kena pay deposit before 5.30. Aku kan balik pukul 4.30 tapi tulah jalan nak gi Ampang tuh bukan tak tahu manjang aja jammed dari dulu sampai sekarang. Sharp on the dot 4.30 aku dah kelam kabut nak balik. Pukul 5.15 baru sampai kat sana. Punyalah teruk jammed . Pas bayar2 semua deposit nak kena balik umah plak. Nasib umah dekat tapi tulah 3 km pon amik masa 30 minit nak sampai. Teruknya jalan jelatek tiap2 petang camtu.
Tengok Ajim ngan Kimi dah siap2 pon. Antar bibik gi umah Mama coz FIL aku tak ikut sama. Pukul 6.45 dari umah, pukul 7.15 sampai sana. Jammed terukkkkkkkkkkkkkkkk. Yang sonok Ajim ler siap dah pesan nak beli CD kat aku. Aku buat tak dengo aja. Hehehehe.
Skang ni kalau nak bukak posa semua nak kena reserve dulu. Full house ler nak2 awal bulan posa ni. By the time sampai sana, duk barang seminit 2 dah buka posa pon. Ayaq tak sampai2 lagiiii. Stress oooo kalau makan, ayaq takdak. Mama aku tuh mulut dah bising dah , sound sikit nyer kuat kat waitress kat cozy tu. Tapi dorang mmg dah kenal pon my family. Every week kat situ at least once a week.
Dalam duk makan2 tu, my SIL ternampak si Sharifah Shahira ngan family dia. Alahai kecik cinonet aja aku tgk. Dulu nampak cam besar jugak. Dalam pukul 8.15 dah siap2 makan semua dah. Balik plak.
Pic makanan takdak coz duk dalam aku nyer hp lagi, blm transfer ler.

Nak kuar umah punyalah bercinta. Kimi still lagik nak isap puting tuh.

Sebelum balik tuh sempat lagi singgah Pet World ngan speedy. Ajim blh cakap kat Abi dia, nak suh Tok Mama belikan CD ler kat Ajim. Pastu dia lari sana gi kat MIL aku tuh. Mama belikan dia aeroplane Ultraman punya coz Aryan pon mama belikan gak. So, nak suruh fair belikan Ajim gak. Kalau tak sorang lagi plak meraung and buat drama kat situ.

WARAN TANGKAP

Malam tadi dalam pukul 10.00 mlm aku pon dah siap2 angkat si Kimi naik bilik atas, ajak Ajim tido coz mmg dah lewat pon. Biasanya pukul 9.00 aku dah suh dia tido pon. Takpa kasi chance. Dah siap berlingkur atas katil. Dengarlah bunyi ketang2 orang ketuk pintu pagar. Aku diamkan ajalah. Dah malam2 sapalah nak datang umah. Muz suhlah aku jenguk sapa yang datang ketuk pintu tuh. Aku pon nampaklah keta polis parking dekat umah sebelah. Umah sebelah upanya ingatkan umah aku plak.
Mula2 tuh slow aja polis tu ketuk pagar umah. Makin lama makin kuat. Ajim yang nak tido pon boleh jaga. Dahlah budak ni penakut ngan polis. Hehehehe. Aku tengok camtu suh ajalah Abi dia turun tengok kot2 ada emergency ke apa ker kan. Lagipon bising sangat dengo. Abi beri salam kat bang tuh pon tak berjawab. Nak kata takdak kat umah baru kejap dengo bunyi keta masuk umah.
Rupa-rupanya polis tuh ada waran tangkap orang sebelah umah aku tu. Ni kes tak datang mahkamah syariah dah dua kali tu yang sampai dapat waran tangkap. Muz cakaplah yang abang sebelah umah tu duk sorang aja, baru aja beli umah tu. Macam tak logik plak cari abang tu kan. Polis tuh cakap tak kisahlah duk sorang ker apa ker, janji bukak ler pintu. Kalau bukan dia, kira dah settle masalah waran tangkap tuh, esok hantar report, alamat rumah salah. Abis citer. Maybe tgh mandi kot coz dia baru balik keje. Masa tuh otak aku ngah pk bukan2. Jahatnya aku. Ntah2 kes khalwat ker apa. Bulan posa pon otak berburuk sangka gak.
Last2 polis tuh kasik no phone dia suh abang tu telefon dia balik kat balai AU2. Malam2 pon polis datang cari kat umah. Dia cakap nak bawak gi balai malam tuh jugak coz esok ada court case. Macam2 manusia zaman sekarang. Bulan posa mahkamah syariah tak tutup ker???? Nak2 case cerai berai ni kalau boleh tangguhkanlah lepas raya ker. Selamatkanlah family aku dari semua benda2 macam nih.
Hari nih baru dapat tahu kisah, nasiblah bukan abang tuh. Owner lama rumah abang tu punya waran tangkap. Dia pon dah call polis tuh clear the air.

Aug 27, 2009

HARI MERAH SEDUNIA

Kadang2 kita tak terperasan pon yang hari tu semuanya sedondon. Aku kalau gi keje kalu blh taknak sama kaler ngan Muz, hehehehehe. Sebab kang dia cakap aku ikut dia nyer kaler baju. Tapi nak buat camna tersama gak sekali sekala. Kalau jalan2 ngan family memang biasalah matching2 camtu kan.
Duk kat umah pon sama gak, sometimes anak2 sama kaler ngan Bibik. Tapi hari nih baru perasan Abi ngan anak2 sama kaler. Merah tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. Abi sibuk main2 ngan anak aku tukang snap pic ajalah. Mau aku nak interframe muka aku yang tak lawa nih. Heheheheh. Malu ler.
Biasalah kalau 3 beranak ni duk sama, mmg kecoh umah dibuatnya. Keje geletek si Kimi coz seronok dengar dia gelak. Hilang stress oooo bila dgr.
Giliran Ajim plak kena geletek. Kimi tumpang pandang dari jauh tuh. Tunggu ler kejap lagi Abang Long kenalah ngan Kimi.

Kimi pon tumpang sekali kacau abang long dia. Siap pegang kepala abang dia tu.

turn abang plak kacau adik.

Aug 26, 2009

BILA KIMI BOSAN

Layan pic lama. Masa ni Ajim takder. Tinggal budak kecik nih aja. Kisah sebelum bulan puasa tau, kang tak pasal2 aku kena marah plak coz makan bulan posa.
Alkisahnya si Kimi nih kan a little bit lasak budaknya. Mana boleh duduk diam. Nak jalan sana sini. Dah sampai kat kedai, kenalah duk dalam baby chair kan untuk selamatkan keadaan skit. Makan pon kat food court kat area umah aku. Kat Setiawangsa. Mula2 dia cam okay aja, pastu mulalah buat hal. Tengoka ajalah gelagat Kimi nih.
Masa mula2 duk tu behave aja Kimi
Tunjuk muka bosan plak.

Lambatnya sampai makanan, makan nih pon sodap. Agaknya tulah Kimi pk.

Sudu nih bolehlah pinjam kejap

Besh, besh, besh, mmg sudu nih besh kan Ibu.

Aug 17, 2009

Shopping for raya

Awalnya citer pasal raya. Kemain lagi yer Ibu Ajim ngan Kimi nih. Mahunya idok, baju dua beradik nih mahal coz anak jantan. Jadi aku kenalah bersedia nak kena beli sikit2 baju dorang nih. Tiap kali jalan2, katakanlah tersinggah kat shopping mall, mesti aku check2 kan skali baju untuk dorang. Macam ari tuh, dah terlalu kat The Curve tu, pusing2 kat Debenham terberkenan plak satu shirt for Ajim, terbeli plak jugak kat dia. Jenguk2 sana, nampak plak baju untuk Kimi, pegang2 belek2 beli lagi. Hehehhehe.
Disebabkan lagi 5 hari nak puasa, rasa shopping for them dah nak kira settle half ler. Baju melayu for them, dah hantar gi jahit pon. Tinggal for Ibu, Abi ngan bibik saja lagi. Tak lupa gak for Mak, Ayah, Mama and abang aku kat kampung tu. Itu Abi nyer part plak sebab dia yang janji nak belikan.
Dua2 baju untuk Ajim. Yang dark blue beli kat Sogo. Red kaler tu kat Debenham, The curve. Yang atas tuh for Ajim and kat bawah Kimi punya. Bought kat London ni. A gift from my SIL. Seluarnya plak terlupa nak snap pic.
For Kimi, aku lupalah berapa RM untuk 2 helai nih. Cheap gaklah kalau pk coz very good qulaity. Kat Debenham, the curve. Baju for Ajim, hotwheel nyer brand. Seluar Ajim from Miki Kids tuh. Atas 2 lai tuh for Kimi, poney . Semua nih aku grab kat Isetan masa members day ari tuh. Mahal suar budak2 nih, nak kena tgk budget gak.
Kasut for Kimi beli yang murah2 ajalah dulu. Coz kaki dia cepat benar panjang skang nih. Last month baru aja beli nike satu kat dia, tgk2 macam blh pakai lagi sebulan dua aja.
Kain baju melayu for Ajim ngan Kimi, hasil rembatan aku masa gi Jakel hari tuh. Mahal nihhhhh. Sampaikan aku kena marah ngan Abi bebudak dua orang tu.
Ni pon kain untuk baju melayu for Ajim ngan Kimi gak. Kaler cam chocolate ngan gold sikit. Beli kat Nilai semalam. Sapa suh singgah.
Ni plak kain pasang hadiah dari adik ipar aku, dia beli kat Dubai tapi aku belum pon cari lining lagik. Ntah bila nak buat pon tak tahu.
Baju raya for me, takdak dalam pic tau coz dah hantar gi tempah pon. 2 pasang aja. So, tema tahun nih, gold n maroon. My peberet kaler tuh. Sian Abi tiap tahun nak kena ikut theme kaler ibu aja. Tinggal lagik skang, another pants for Ajim n Kimi, baju lagi selai dua sorang and kasut for them. At least 2 pasang for Ajim n 1 pasang for Kimi.
Ibu ngan Abi... tengok ajalah dulu.

AJIM BATUK 2

Pagi sebelum gi Nilai, Ajim dah start batuk2 bila lepas minum susu. Dia mmg macam tuh dari kecik lagik, kalau tersedak susu aja mesti batuk takmo benti lepas tu. Sampai skang umur dah 4 tahun pon sama gak lagi. Tengahari dalam pukul 1.30 camtu , aku baru aja balik dari kedai ngan Muz, Ajim plak tgh tido. Sedap aja landing, Ajim batuk pastu muntah2. Tanya dia sakit kerongkong ker tak. Dia jawab tak , gatal2 aja. Sah ler kahak banyak tu. Abis muntah aja, dia boleh habiskan sate 7 cucuk ko. Bukan sikit tuh. Aku pon takat 5 aja blh habiskan. Lapo katanya coz Ajim dah buang semua yang ada kat dalam perut. Appetite still ada lagi, makan mana tolak.
Pukul 4.30 amik Kak Yong (Anak buah) hantar pi Nilai, semua still nampak okay aja. Makan pon okay malam tu. Tup2 on the way back to KL, dia batuk sampai muntah2 banyak sangat. Abis muntah boleh dia sambung tido balik. Sampai KL, ingat nak bawak gi klinik, punyalah ramai orang, mahunyer pukul 12 pon tak siap lagi. Balik rumah beri makan ubat and Ajim sambung balik tido.

Bila tengok muka Ajim tgh tido, kesian plak tengok dia. Tapi dia takder demam pun. Just batuk aja sikit2. tadi kol bibik, Ajim dah okay pon tengah main basikal kat luar.

Aug 7, 2009

SHOPPING,SHOPPING,SHOPPING

Penyakit aku yang kuat shopping nih bertambah2 teruk sejak 2 menjak nih. Kena plak time2 nak puasa , naik risau aku mikirkannya. Kena plak sekarang sale sana sini. Bermaharajalelah aku kat shopping mall jawabnya. Ngan shopping kat internetnya, ngan shopping kat mall bila balik plak. Mahu kering duit dalam poket nih, tak sempat nunggu hujung bulan.
Macam last friday, aku pergi kat Jakel nak beli kain baju melayu for Ajim ngan Kimi, dah melayang RM 400.00 utk budak kecik 2 orang tu. Belum kira beli kain samping plak untuk Abi ngan Ajim. Tambah lagik another 120.00. Last2 kat situ aja dah abis kat 1k dah. Sengkek makcik dibuatnya. itu baru part baju melayu. Baju untuk jalan2 plak camna. Plan malam kang nak gi Isetan untuk members day. Kot blh rembat selai dua. Kita tengok ajalah esok camna. Ada tak hapdet for shopping malam ni.
Sekarang aku dah boleh tahan diri dari beli baju kat diri sendiri coz tengah gian beli baju kat anak2 plak untuk raya. Ibu takpa nanti beli slow2 lepas dah settle dorang. Ibu nyer part beli pakaian, Abi nyer part plak kena beli kasut untuk dorang. (Kasut murah aja ler Abi, tang seluar budak2 tak tahan tuh bila dua2 boy, mahal siot). Dalam duk2 taknak beli tuh, terbeli gak malam tadi satu glincher and satu Crocs Havana untuk diri sendiri. Jangan marah yer Abi, itu duit ibu sendiri tau.
Apapon, selamat bershopping untuk semua.

Aug 6, 2009

KIMI DEMAM

Since skang nih macam2 penyakit duk ada, hati aku cam tak tenteram ajalah bila temperature badan Kimi naik skit. Selasa petang tu Bibik cakap kat aku yang Kimi asyik duk merengek aja, skit2 merajuk , nak nangis tak tentu pasal. And then aku rasa sikit kepala dia, panas ler plak. And then cek punya cek temperature dia naik 38.5 plak. Ish, Kimi demam nih.
Cakap ngan Muz yang Kimi demam, he said "Beri Kimi makan ubat dulu, then kita tengok pagi esok camna". If demam lagik kita bawak pi Check Up kat Damai hospital ker. Since Abi dia dah cakap camtu , aku suh Bibik kasi ubat dululah, tunggu sampai sok paginya. Malamnya tu Kimi macam okay aja, badan pon tak panas, dia berpeluh macam biasa gak. Pagi semalam, bila check temperature still tak turun gak, we decide to bring him to my panel clinic. If nak kena buat blood test or apa2 aja, Damai duk kat sebelah aja. Senang.
Punyalah buas kimi masa kat klinik, tak duduk diam. Jalan sana, jalan sini, panjat sana , panjat kerusi kat sini plak. Stress oooo ngan Kimi nih. Nasib ko demam dik, kalau idak mahu rasa cubit ibu nih. Nampak plak ada uncle sorang tuh ada janggut, dia pon nak panjat duduk atas uncle tuh. Ishhhh budak nih. Dalam kul 10.15 camtu baru boleh jumpa Dr. Soong nih coz ramai orang gak before kami sampai.
Masuk2 aja, Kimi dah menyengih kat Dr Soong. mak aih ko punyalah penakut kat Dr lain before dis, kemain ko menyengih plak ari nih. Actually Dr. Soong nih , dr yang check up masa aku peknen. Agaknya coz of that Kimi kenal and biasa ngan Dr. Soong. Heheheheh. Dr cakap Kimi tak demam, temperature cam biasa aja just 37.00 tapi throat dia merah sikit . Maybe coz of that dia duk merengek aja dengan Bibik. We just wanna check either need to make a blood test ke tak but he told us that no need coz Kimi okay aja. Alhamdulillah kalau betul camtu. Kesian ooo kalau baby kena amik darah. Sakitttttttttttttttt tau dak. Lagikan aku manjang aja nak ngelat kalau kena amik darah. Penakut seiiii.
So, Kimi takder apa apa. Jom balik umah ajalah yer Kimi tapi ngan Abi ajalah. Ibu nak workkkkkkkkkkk.

Aug 5, 2009

My Bibik

I still remember my first bibik ( and until now) Tini , start keje ngan aku masa aku ngan hubby duduk kat umah Mama lagi. Dalam hujung bulan 5 tahun 2007. Mula2 keje dia bangun pukul 4.30 pagi. Tak pasal2 kena marah ngan aku coz bangun awal sangat. Selidik punya selidik rupanya masa ngan majikan dia dulu, mmg dia tido pukul 11.30 dan bangun kul 4.30 pagi. Ish, ada plak, mana ada orang bangun awal2 pagi camtu. Start from that before tido aja aku mesti pesan kat dia, bangun pukul 6.15 just nice ler kan.
Pastu kalau makan mesti taknak join kat meja makan nyer. Aku cakap hubby n me memang takder pantang larang like bibik kena makan kat dapur ker or lepas kitorang makan ke apa. Semua sama aja. If dia lapar, makan ajalah dulu. Kadang2 ada orang cakap, kena keep distance ngan bibik, tapi for me Bibik macam family aku aja dah. So aku layan dia cam family gak ler. Kalau aku kuar gi makan ker, jalan-jalan mesti bawak dia sekali. Ngan mak aku kat kampung punyalah kamceng, dia dah anggap mak macam mak dia (Mak bibik dah meninggal masa dia keje ngan aku)
Alhamdulillah, setiap kebaikan yang kita berikan pada orang, kita dapat balasannya. Sejak dari mula dia keje, Ajim saja masa tuh sampai skang nih Kimi dah 1 1/2 tahun dia still lagi nak keje ngan aku. Anak2 pon dia jaga cam anak sendiri n budak2 pon rapat ngan bibik dorang. Even masa dia balik Lombok bulan 4 hari tuh, hati aku dah risau takut2 dia taknak datang balik. Alhamdulillah, balik gak akhirnya on 21 Jun . Dia pon cakap risau sangat2 kot Kimi ngan Ajim takder orang nak jaga masa dia takder hari tuh. Tapi takperlah, aku dah tumpangkan umah MIl aku kejap. Masa dia balik dari Indo, punyalah kurus, hitam plak tu coz kat sana susah katanya. Gaji dia pon dah 2 kali naik sepanjang 2 tahun dia keje ngan aku. Rezeki dia jugak, bila aku dapat lebih insyaAllah adalah juga untuk bibik reward for susah payah dia jaga anak2 aku.
Bibik pon ngan aku mungkin another 2 years aja lagi coz dia nak balik duduk kampung plak jaga anak2 dia plak. Kesian bila kau pk nak kena tinggal anak sebab nak cari rezeki kat tempat orang. Harap2 bibik keje lamaaaaaaaaaaaaaa lagik sebab susah nak cari macam dia nih.

Masa ni, bibik baru aja sampai kat KLIA dari Surabaya. Ajim tersengih2 aja bila tengok Bibik dia dah balik dah. Masa nampak bibik, dia berlari pastu lompat peluk bibik kuat2. Rindu benar dia kat bibik.

Ajim always sama pakai baju sama ngan Bibik. Matching.

Aug 4, 2009

WEEKEND YANG BZ

Bila sampai hari Jumaat aja aku dah kelam kabut ngan macam2 plan skang nih. Padat benor scheduled sampaikan tak sempat untuk diri sendiri plak. Letih sesangat.
Macam last Saturday and Sunday, start dari Sabtu tengahari lagik aku dah ada kenduri kat umah my uncle kat Keramat AU2. Balik tuh plak kelam kabut nak gi umah brother BIL aku plak kat Klang coz ada birthday party anak dia. Sampai umah dah malam dah. Tak sempat nak rest pon ari tu.
Sunday morning pukul 8.00 aku ngan Muz gi umah Mama coz nak mandikan Father in-law aku plak. Almaklumlah nak pi Majlis Akikah anak cousin aku kat Seri Kembangan dalam pukul 11.00 camtu. Sampai kat sana mana nak duduk2, borak2 dulu baru balik. Since dah sampai kat that area, singgah ajalah kat Putrajaya , gi Alamanda coz nak belikan Ajim buku. Selagi tak dapat bising aja mulut dia tu. Balik dari Putrajaya menyinggah plak kat KLCC, bawak budak2 gi park kejap. Dah lama tak bawak Ajim n Kimi gi sana sejak pool kat situ tutup for maintenance bulan 5 ari tu.
Ajim n Kimi main kat playground tuh sampai lencun ngan peluh. Sejak Kimi dah pandai jalan n berlari nih, jenuh benar nak control dia skang. Berlari sana , berlari sini nak pegang tangan pon tak kasi. Itu belum lagi kira main naik turun tangga kat umah. Kekadang tuh aku letakkan aja playpen dia kat depan tangga tu, baru senang nak buat apa2.
Punyalah ramai manusia kat KLCC nih , nak gerak pon susah, asyik nak berlaga aja. Pukul 6.30 gerak balik umah. Nasib ler rumah dekat aja, 10 minit sampai dah. Bukan kata balik rumah boleh rest, nak kena gi umah MIL aku lagi ada aja yang tertinggal and tak kena. Malam pukul 11.30 baru boleh pejamkan mata. Isnin keje plak. Letihhhhh badan sesangat.
Motifnya : - NAK GI CUTI JEJAUH , TAK PAYAH PIKIR APA2 PASAL KEJE. REHAT AJA.

Jul 24, 2009

Harry Potter - The half Blood Prince

Last skalik kuar pi tgk wayang ngan Muz ari tuh tengok Transformer. Malam tuh pas aja balik dinner reramai kat luar, we decide pi tengok movie lak. memang pon every year mesti tgk wayang skalik coz Muz mmg kaki wayang nyer. Layan ajalah kan.
Balik umah hantar budak2 semua pastu pujuk2 Ajim kata nak pi jumpa kawan Abi (My Husband) baru pi KLCC. Tu ler port me n Muz kalau nak gi tgk wayang. Hopefully ada citer yang best skit coz kebanyakan movie dah tgk dah. Ice Age pon dah tgk gak. Sampai ngam2 10.45 pm and we decide tgk Harry Potter ajalah. Tak sangka plak ramai orang gak memalam nih. Jadi takderlah rasa sejuk sangat aircond tuh.
Very nice story for me, better than before tapi cam biasalah jalan citer cam tergantung aja. Citer tak abis. By the time sampai umah dah pukul 2 am. Ngantuk seyy bila pikir esok nak keja plak. Apapon , aku n Muz enjoy the story.

Jul 22, 2009

TODAY IS THE DAY

Mmmmm, sekejap aja masa berlalu, dah sambut birthday lagi yer yang. Tak per , still young (hati aja kot sebab rambut dah ada uban). 22nd July is the day sebenarnya and he celebrate the 38th years since mama lahirkan dia. Wah, dah tua sesangat tuh. Tak lama lagi nak pencen dah. Malam kuar makan ngan semua orang that's mean 16 orang. My MIL belanja ler. My hubby dah malu kucing dah coz dia mmg taknak potong2 cake nih. Cam budak2 aja katanya. Every year biasanya me n Muz kuar gi mana2 berdua aja. Jarang nak pi makan ramai2 nih. Since my MIL insist nak belanja makan gak, rezeki jangan ditolak.
Sebenarnya motif kuar makan ramai2 nih, nak bawak my FIL kuar sekali. Sian dia duk kat umah aja sejak dia bed ridden nih. So, asalkan my FIL enjoy kami semua pon enjoy gak ler. Nanti aku tempek dinner malam tuh. And orang yang blow the candle and cut the cake , macam biasalah my hero. Ajim
Malam tuh bila balik umah belek pic, baru perasan yang aku takder pon dalam pic. Yang ada budak2 ngan bibik aku aja. Apa sudah jadik ni.
Anyway, Happy birthday to my belove Muz. We all love you. Of course fm Me, Ajim n Kimi.

Jul 21, 2009

MANDI SUNGAI

Tak abis lagik ngan citer balik kampung yang dah basi nih. Namanya balik kampung jadi banyaklah yang nak diceritakan. Dah baper lama aku tak mandi manda sungai , adalah dekat ngan 2 tahun kot. Hampeh tul aku nih. Kata budak kampung.
Hari kedua kat kampung abang aku yang sulong plan nak gi mandi manda kat air terjun Sekayu tapi tak jadi plak coz anak buah aku ada tuisyen petang tu. Almaklumlah budak nak amik SPm tahun nih. Disebabkan Ajim dah sibuk menceceh nak gak gi mandi sungai, terpaksalah aku bawak gak sikecik berdua nih. Hangkut ngan Achu n bibik skalik.
Sampai aja , alamak ceteknya air. Tak lepas pon lutut aku. Boring tul. Malas lak aku nak cari port lain. Takpalah janji budak2 blh main air.

Sejuk sesangat air, sampaikan Kimi tak mau masuk dalam sungai. Nak kena pegang dulu, beri basah badan skit2 baru okay.

Ajim tak kisah nyer. Dia suka ler kalau air skit camni. Macam kat KLCC katanya. Cetek

Tangan Kimi dah ketar2 coz sejuk. Bangun nak lari dah.

Sejuk. Ajim layan aja.

Last , dah nak balik. Saja tunjuk gambar aku yang jauh2 aja.

Jul 20, 2009

PIGMENTS PAC

Ni dia pigments PAC yang aku beli ngan Red tuh. S 17. Abaikan gambar aku kat belakang tuh. Buruk benor upa coz tgh peknen kan Kimi. GEMUKKKK
Sesungguhnya dan sebenarnya aku nih mmg ler silent reader http://redmummy.com/ tuh. Silent mmg silent sesangat. I love to read all the story about Red ngan small familynya (now dah besar coz ada reddy skalik). Tambah2 lak si Red slalu sangat tunjuk pasal make up2 nih. Aku mmg bertambahlah suker.
Lately plak Red asyik ler promote memacam kat http://redmummy.com/ cam ari nih gak. Sajalah tuh nak suh aku rembat lagik satu Pigments Pac tuh. Nak jadikan cerita early Julai baru nih ada ler Red open pre-order for PAC, apalgi aku dendiam aja order satu S17. Without cakap kat hubby aku. Hehehehehe. Kalau cakap kang mahu kena marah coz dis month banyak nak pakai duit. Almaklumlah trip balik kampung every weeks. Kering kontang kang kalau tak budget betul2.
Last monday kot, adalah Sirman antau email suh pick pigments tuh tapi aku takder kat kampung. So kena wait till Rabu or Khamis baru blh bayar and amik. Aku plak jenis selagi tak bayar selagi tulah rasa tak senang duduk. Duit orang tuh. Pas bayar semua dah... Taraaaa hari Sabtu , zass gi VA amik. Wahhhhh, very nice ler. Nanti sat aku tempek pic nyer. Yang letak kat mata aku takder lagilah aternya aku kan ker low profile. Manjang gambo anak aku aja.
Apapon, mmg senang shopping ngan Red nih.

Jul 17, 2009

AYAM PENYET, THE CURVE

Nak makan??? Makan apa nih??? Tengok ajalah dulu kot2 ada yang berkenan.
Ni poh macam sedap gak dik. Nampak tak Abang Long tunjuk dgn pensil. Kita share okay Soda Gembira.
Nak makan apa lak??? Semua sedap. Chicken pon ada for Kimi kat sini. Kejap Abang Long tengok dulu menu.
Ajim nak air nih.. Fresh orange ajalah. Soda Gembira for ibu kay.

Adik Kimi amik No 20 ni ajalah . Semua orang duk sibuk nak makan aja.

Nilah kisahnya bila aku berjalan ngan anak-anak. Nak makan punyalah bercinta. Ngan Ajim nyer kerenah. Mulut dahlah pot pet manjang. Masa ni Kimi baru aja lepas ngamuk taknak turun keta mainan kat dalam The Curve tuh. Masak betul ngan perangai dia nih. Lain benar Ajim ngan Kimi nih. Nanti aku citer apa yang different antara Kimi ngan Ajim. Menda alah nih lah yang sebabkan Kimi mengamuk sakan kat sana. Malu woooo anak aku sorang nih buat perangai tengah orang ramai2. Hehehehehhe.

Kata tajuk entry Ayam Penyet, pic ayam penyet pon takder. Dah habis makan baru teringat nak amik pic. Malaslah nak taruk, tingat tulang ajala dah nih.

Kimi excited naik car.