Oct 13, 2009

BILA MAID GATAL NAK KAWIN

Asyik ajalah mengeluh dua tiga hari ni. Mana idaknya bibik yang ku sayang-sayang, ku tatang-tatang tu dah benti keje. Nak nangis pon tak guna gak. Benda dah jadi.
Alkisahnya hari Sabtu aku pon balik ler tido kat umah Puncak Jalil ngan bibik sekali ler. Almaklumlah kat umah sana kan macam berterabur lagi , jadi aku decide takyah ler masak kat umah. Jom gi makan kat luar semua. Ajak bibik, dia taknak ikut plak. I dont mind ler coz mmg dia slalu macam tu sebelum ni pon. Cuma aku heran sikit coz dia asyik duk berkepit ngan hp dia aja skang ni.
Balik dari makan tu macam biasalah kemaslah umah skit kan. Dia pon aku tgk cam biasa ajalah. Cuma dia adalah sebut ayat bunyi lebih kurang camnilah
" Susah-susah sangat, bibik kawin ajalah ngan Madi tu". Nama lelaki tu Madi. Aku buat tak kisah ajalah. Ingat dia gurau2 aja.
Pagi soknya (Pagi Ahad) dia siap masakkan breakfast macam biasa, siap settlekan baju kat luar semua. Normal ajalah tu kan. Pastu Muz call suh aku tanya bibik betul ker dia nak benti time tuh jugak. Aku pon ngan muka selamba ajalah tanya kat dia betul ker semua tu. And then she said yes.... MasyaAllah bibik aku nih apa dah hasut kepala otak dia. Bila tanya dia kenapa dia jawab coz Muz tak bank in kan gaji dia 2 bulan sebelum dia balik Lombok bulan 4 hari tu. Hangin aja aku dengor coz mmg aku tgk sendiri slip tu. Why lepas 4 bulan baru dia nak cakap.
And then aku yang mmg ngah hangin tih, suh dia packing baju dia semua walaupon aku mmg sayang kat bibik aku ni. Mahunya idok more than 2 years ngan aku. Dialah jaga budak2 ni semua. Rupa-rupanya dia dah siap packing barang dia dah. Pastu mamat tuh suh hantar bibik kat LRT Station. Kemain lagik macam mem besar. Mama dah mengamuk dah coz nak jadi cerita Mama pon datang sama umah aku Ahad tu. Nak tolong arrange barang kat umah.
Masa nak kuar umah tu dia siap mintak duit lagik ngan aku, tak sedar yang dia duk hutang ngan Muz 2 bulan gaji. Aku dalam duk marah , pon ada rasa kesian gak coz aku tahu duit dia dah habis hantar balik kg ari tu. Kasik ler 100 kat dia buat belanja. (Baiknyaaaaa Ibu). Aku cakap ngan bibik, pasal RM 1000.00 yang dia tak dapat tu, dia kena check dengan orang yang dia suh masukkan duit hari tulah. Pasal apa plak nak salahkan Muz. Tu salah dialah tak check ngan pakcik tu. Aku ni jenis tak suka nak marah2 dia coz bibik jaga anak2 elok aja sebelum ni. Dia buat keje pon bagus.
Lepas hantar dia balik barulah Mama cerita yang Madi tuh duk kasi duit kat dia every month. Bibik Tari (SIL aku nyer bibik) pon cakap yang bibik aku dah cakap ngan dia , nak berhenti coz nak kawin ngan Mamat di. Sakit aja hati aku bila pk balik. Mama siap marah aku lagi, tulah baik sangat ngan bibik kan ker payah skang. Nak kena cari bibik lain. Dahlah skang ni nak amik maid indon dah kena beku. Nak kena tanya ejen plak pasni.
Semalam, Isnin aku pon terpaksalah amik El coz takder sapa nak jaga anak aku berdua tuh. Nasib badanlah.

No comments:

Post a Comment