Sep 16, 2009

SHOPPING SAKAN AJIM NGAN ABI

Disebabkan aku dalam keadaan tak tentu arah skang nih, asik2 nak uwek kat sana, uwek kat sini, urusan membeli kasut raya for Ajim diserahkan sepenuhnya pada Abi dia sepenuhnya. Pas bukak posa, siap mandi2 Ajim ngan Abi pon gerak ler gi KLCC yang memang jadi tempat shopping kitorang. Senang nak parking, banyak pilihan.
Pilihan semuanya ditangan Ajim ngan abinya. Pandai2 doranglah nak beli apa pon coz Ibu takdak malam nih. Memang tak larat betul nih, kalau idak mana aku nak lepas peluang shopping yang jadi hobby aku tuh. Aku duk umah uwek, uwek aja. Depa dua beranak syok nyer shopping. Huh. Tahan ajalah Ina oiiii. Nasiblah Kimi dah tido awal2 lagi. Aku pon bolehlah layan diri kejap. Bibik plak nak kuar gi kedai. Aku asyik nak muntah plak. Kimi tido kat hall lagik, asyik ler aku berlari naik turun tangga coz muntah tak henti2. Seksanya.
Bila Achu siap mandi baru aku boleh muntah puas2. Sakit badan tak usah citerlah. Siap kuar airmata lagik aku menahan kali ni. Makan pon tak malam ni sebab tak boleh nak telan apapon. Asyik2 kuar aja apa aku makan. Tak larat ooooo. Abi plak call kata lambat coz jalan jammed kat Jalan Ampang tuh. Ajim sibuk duk menceceh citer dia beli kasut, beg duit, botol air, ada toys lagik. Tak sempat2 nak citer gak. Sekangkang kera aja pon amik masa kat sejam nak boleh sampai umah. Teruk ooo macam nih.
Dalam pukul 10.30 baru sampai umah Ajim ngan abi. Mak aih bukak2 aja pintu, Ajim tak sabar dah nak tunjuk semua barang yang dia beli. Semuanya Ajim punya. Habis berterabur dia nyer plastik bag tuh. Clarks shoe for Ajim saja dah RM 168.00 per pair dia nyer harga. Mak aih mahalnya kasut Ajim. Complete ngan beg duit Superhero, buku superhero, botol air superhero. Toys lagik. Siap cakap lagik, Abi banyak duit beli semua kat Ajim. Ibu ngan adik Kimi takder. Lain kali Abi beli. Kemain eksyen ngan Ibu budak kecik nih.
Semua barang dia pilih sendiri, bayar pon sendiri gak. Nasib baik baju2 dia semua dah beli. Tu pun aku hutang satu seluar kat Ajim lagik. Pas rayalah baru beli. Kena tengok budget gak. Nak kena simpan duit skit nih coz tahun depan lagik sorang nak kuar plak. Semua kena pk tuh. Esok2 aku masukkan pic barang2 yang Ajim shopping .

Sep 11, 2009

DAH CONFIRM ALMOST 7 WEEKS

Ajim ngan Kimi nak dapat adik lagi sorang. Isk rasa macam tak caya pon ada gak rasanya kali nih. Almaklumlah aku ngan Muz belum budget nak dapat baby dalam setahun dua nih. At least nak tunggu Kimi dalam 3 tahun baru nak dapat another baby. Tapi nak buat camna, dah namanya rezeki. Kena terima ajalah.
Allah berikan rezeki sempena bulan puasa yang banyak sangat dugaan tahun ni. Macam biasa kalau bulan 7 period aku 29 hb, meaning that bulan 8 around 27 or 28 cam tulah. Sebelum tu, aku dah cam ting tong skit dah masa mula2 bulan puasa tu. Tapi buat tak tahu ajalah, ngan alasan baru start puasa, badan tak blh nak adapt lagi. Tiap hari aku mesti just berbuka ngan minum air pastu nak kena baring jap baru blh sambung makan. Normallah kot early puasa. Pastu dalam 30/08/09 pon aku tak period, period gak... ish. Aku dah suspect dah, mesti kena ni coz aku tak pernah miss pon before this.
Aku cakap ngan Muz, selamba aja cakap ngan aku , tulah I suruh you gi amik injection tapi taknak, jangan nak salahkan I. Isk, boleh plak dia cakap camtu ngan aku. Dahlah aku ngah suspen aja nih. Tapi mmg hati kecil aku cakap , peknen lagik ler nih. Adusssss. Muz ajak aku gi check up kat Dr. Soong yang mmg dah biasa ngan aku tuh. Tapi nak kena check schedule dia dulu ada tak kat klinik tuh. Disebabkan aku mmg jenis tak sabar , jadinya aku pon amik keputusan gi beli Pregnancy Test sendiri. Hehehehe.
Esoknya, 31/08/09 pepagi lagi, bak kata orang subuh2 lagik aku dah bangun , katanya nak amik 1st urine in the morning supaya result tepat skit kan. Suspen gilo. Tengok2 , sah positif peknen. Tak tahu nak cakap apa time tuh, nak kata happy, mmg ler happy tapi cam ada sikit sedih bila pk pasal Kimi. Dia kan kecik lagi, dah nak dapat adik dah., Sian dia. Tapi bila pk balik, elok gak peknen time nih, esok2 takyah nak pk lagi dah nak beranak. Rasa2nya ini last kot, coz aku pon dah tak larat asik nak c-sect aja manjang. Badan pon dah tua, cukuplah 3 orang nih. Dah confirm tuh, aku terus gerak Muz. Aduh, kena lagik skalik. " Baper kali cakap jangan miss amik injection, taknak dengor. Terima ajalah".Duss sakit pala aku nih.
Terjawablah sudah, alasan kenapa aku manjang tak sedap badan masa mula2 puasa. Makcik peknen lagi nih. Kena gi jumpa Dr. Soong gak nak confirm.
Pepagi 4/9/2009, aku tgk keje pon cam dah okay, so just lintas jalan pi Klinik Redy, sebelah Damai Hospital tu untuk buat UPT. Tunggu punyalah lama nak jumpa Dr ni coz semua patient nak jumpa dia aja aku tengok. Dalam pukul 11.00 baru jumpa and then scan , wahhh dah nampak dah my bb. Hehehehe. Due on 05/05/2010. Sama bulan ngan Abang Long (Ajim). Hopefully semuanya okay macam Ajim ngan Kimi gak.
Tapi yang aku tahu, confirm aku morning sickness sampai 4 bulan macam dulu2 gak. Tahan ke idak pon tak tahulah. Ada scan image tapi tak clear sangat coz still small.

Sep 7, 2009

CHEEKY BOY

Sekejap jer Kimi dah setahun 6 bulan. Kalau aku pk rasa macam baru aja lagik duk usung perut yang memboyot sana sini. Malam tadi masa angkat dia naik bilik, aku pandang muka dia puas2, duk belek kaki tangan dia. Lahaiiii syahdu plak rasanya. Besar dah anak ibu nih. Terbayang lagik dak kecik nih masa mula2 kuar dulu. Lahaiiiii kecik sesangat.
Actually Kimi ni kalau aku bandingkan perkembangan dia ngan abang ada sikit beza lah.
a) Kimi gigi tumbuh cepat dalam 4 bln lebih dah tumbuh gigi 2 batang. Ajim lambat sikit .
b) Ajim dalam setahun dah pandai sebut banyak word like Ibu, mak, ayah and achu. Dalam setahun setengah dia dah blh sebut proper word macam beach, bird, car, cat . Nak makan. Nak babat (susu). Kimi plak lambat sikit, until now dia baru reti sebut Ibu... abi tak reti lagi. Dia panggil abi..Baba. Kalau nak makan or susy, just sebut nak, nak aja.
c) Kimi setahun 4 bulan boleh jalan dah tapi abang long dia lambat sesangat. 1 1/2 tahun baru tau jalan.
d) Kimi suka merajuk, ajim manja lebih.
e) Kimi ganas sangat2 masa kecik tapi abang dia baik aja. Lar nih dah besar baru tahu ganasnya camana abang long dia.
f) Kalau demam Kimi still lagi blh main sana sini. Ajim plak kalau demam dia diam, tido aja.
g) Ajim tak kutip and masukkan benda2 kecik dalam mulut tapi Kimi tau plak nak masukkan. Puas aku ajar dia.
Satu perangai Kimi yang aku tak tahan , suka pukul orang pastu nanti dia kiss balik orang tuh. Selalu sangat kalau aku duk sesaja kat depan tv dia datang pastu ketuk2 ngan cd, mulalah sibuk nak kiss plak. Ajim dulu tak reti semua tuh. Gigit orang pon tak pernah. Sampai sekarang Ajim tak reti nak gigit sesapa tau.
Ajim pon dah besar sesangat dah. Kurus tapi tinggi. Orang slalu ingat Ajim dah pi school dah. Padahal budak tuh baru 4 tahun. Tahun depan nak gi school dah. Baru duk carik school mana nak hantar. Kena dekat2 area umah gak, kat Setiawangsa aja. Senang nak gi hantar ngan ambik balik school.
Orang selalu cakap kalau budak lahir premature dia pick up dia cepat skit. Maybe betul gak kot. Coz Ajim mmg pick up dia cepat sesangat. Dia mmg ingat kalau apa2 kita cakap kat dia. Lagu pon skalik aja dengar dia dah tahu dah. Tapi semalam dalam duk sibuk ajar Ajim ABC, Kimi pon dah boleh sebut sampai F. Hehehehehe.

Sep 2, 2009

LEMON ROSEMARY CHICKEN

Ayam,ayam,ayam...kalau kat umah my MIL kira macam wajib ada tiap2 hari coz my SIL mmg suka makan ayam. Ntah napalah , aku asyik teringat aja kat LRC sejak nak puasa hari tu lagi. Tapi bila belek kat web page owner LRC kat http://dj-lrc.blogspot.com/ dia nyer schedule tak sama plak. So kenalah tunggu 29 hb barulah blhh aku merasa lrc.
Dis is 3rd time kot aku order ngan Kak Didi LRC nih. Manjang aja ada hal kalau nak jumpa. Macam last Saturday gak, my hubby nak kena gi PJ Hilton and Carcosa dulu baru blh gi amik LRC ngan Kak Didu. Dahlah jalam jammed macam hapa ntah. Aku lewat dalam 20 minit. Sian kat tokei kedai nak kena gi PKNS plak pastu. Aku nyer pasal semuanya terganggu. Ampun yer Kak Didi ngan Abang Jaz.
Aku angkut ngan Kimi and Ajim skalik ari tuh. Dahlah si kecik nak tido aku tak bawak plak dia nyer selimut. Punyalah susah nak tido. Dahlah bau LRC tuh , buat air liur aku kecur aja. Still terbayang lagi macamana punya cun ayam tuh landing. Ngan baked potato skalik. Terliurrrrrrrrrrrrrr beb . Macam tak sempat nak sampai umah aja. Ajim dah sibuk nak belek2 ayam tu. Itu ibu punyalah Ajim.

Nampak tak ayam yang menyelerakan tuh.

LRC ngan Baked Potato skalik. 32 aku nyer. Satu pon aku tak tinggal kat sesapa. Tamakkkkkkk sei.

Pic sebelum aku makan LRC tuh untuk bukak posa. Lupa nak amik masa duk atas meja ngan lauk pauk yang lain. LRC mmg beshhhh.

To Kak Didi n Abang Jaz, thank and sorry coz sebabkan akak ngan abang lambat pi PKNS.

Malam nih bukak posa kat umah MIL aku lagik.