Jun 13, 2009

KHAMIS YANG TAK INDAH

Aku sebenarnya dah lama geram kat sorang budak kat opis aku nih, dahlah pemalas nak buat keje, kuat mengadu plak tuh. Suka jaga tepi kain orang. Cukup lengkaplah dalam erti kata lain. Dalam seminggu mesti ada 2 hari yang dia MC. Siap boleh berlakon lagik tuh one day before nak cuti. Sedangkan seminggu sebelum tu dah cakap nak cuti on that day. Tapi disebabkan dia dah takder al lagi dah terpaksalah berlakun sakit. Aku dah cukup masak ngan perangai dia sorang nih.
As a senior , I need to know and monitor dia nyer work closely. But ada one day to aku dah decide malas nak pedulik lagi pasal dia nih. Sebabnya bila kita tegur pasal keje, tarik muka. What a #^^^^#* betul. Nak dijadikan keje, aku dah ditugaskanuntuk training dia ngan satu system tu. Training aku dah buat dah, tapi system tuh plak tak boleh guna coz server tak pasang lagik.
Di pagi Khamis yang tak berapa nak indah tuh, aku tak pasal2 kena marah ngan GM aku pasal dia. Hanginlah badan aku dibuatnya. Ko nyer keje aku plak kena marah. Siap cakap ngan aku lagi' Salina, shut up your mouth". Aku tahulah aku mang suka menjawab ajalah. Lastly aku cakap ngan GM aku tuh, why should I involve with her job, I done my part already what". Semua orang diam. Yelah, sesuka hati nak marah aku plak.
Kat sini, aku dah merangkap semua dah, aku dahlah nak kena buat keje sendiri, jaga GM aku ni lagi. Semua keje dia pon aku nak buat. Tu pon banyak lagi songeh ngan aku. Dah abis semua2 tu, baru tahu nak cakap elok2 ngan aku. Dia budak gemuk pendek tuh punya pasallah, aku plak nak kena marah. Tak tahu buat keje cakap ajalah tak tahu banyak plak alasan.
Nasiblah telefon aku asik berdering aja, sejuk skit ati aku nih.

Jun 9, 2009

JALAN2 KAT GENTING

Cuti hujung minggu lepas , aku mmg takder plan apa2 pon ngan hubby. Tup2 masa balik keje ari Jumaat tuh, dia sibuk nanya aku plak ada tak lagik hotel kat genting or bukit tinggi kalau nak pi. Ikutkan experience aku jarang benau nak adanya. Kena plak hujung minggu, public holiday pastu cuti sekolah. Mahunya fully booked. Check by internet mmg takdo bilik kosong. Malamnya hubby cakap kat aku "Jom yang, kemas barang2 anak, esok pagi kita gamble aja naik genting".

By 8.00 aku dah sesiap semua, chow ajalah to genting. Lalu kat gohtong tuh, baru terperasan Seri Malaysia ada plak. Hubby pon apa lagik, u turn and then singgah tanya. Dah rezeki Ajim agaknya, Alhamdulillah dapat gak bilik for us.

Bermulalah xpdc memanjat ke Genting plak. Ajim siap cakap kat aku lak "Ibu, takder pon sejuk cam kat London". Amboi2 ingat kat London ker skang nih. Kat sana pon skang dalam 17-20 degree kot. Kalau berangin huh mau keluar hingus tak sedar. "Alah, ada skit2 macam London pon jadilah. Kan sejuk nih". Itu ajalah jawapan yang blh aku kasik.
Masalahnya skang nih, satu pic pon takdak coz aku blh plak tertinggal hp aku kat umah pagi tuh. Dalam duk kelam kabut kemas barang tuh. Yang ada pon dalam hp hubby aku aja. Jadilah entry tanpa gambo lagik. Tapi tuhlah pi beli tiket semua, ramai nyer orang alahai tak terdaya aku nengok. Tapi Ajim ada luck plak hari nih, main baling2 dapat toys satu. Besar plak tuh. Aku baling pon tak dapat apa2. Heheheheh. Tangan aku agaknya mak tak bedung dulu kot.
Ajim enjoy the trip tapi Kimi, sian dia bukan tahu apa pon lagik. Ngantuk plak tuh tak tido sehari , ngamuk ajalah dia. Pukul 9.30 baru blh dinner and then balik hotel. Letih sey. Ada budak kecik mengamuk taknak tido n taknak makan.