Apr 28, 2009

JOM MANDI KAT SINI

Aktiviti di hari minggu Ajim n Kimi. Berselerak depan umah tuh dibuatnya .
Kimi duk buang ball. Aku tukang kutipnya. Arghhh. Jadik khadam budak2 nih aja tiap hari.
Udah lama Ajim ngidam nak mandi dalam pool camni kat depan rumah. Tapi aku malas plak nak layan . Mahu idaknya, nak kena isikan air dulu. Dalam aku duk ngelak dari beli pool nih, my SIL plak belikan untuk Ajim masa besday Kimi ari tuh. Camna nih Abi, kena jugaklah rajinkan diri. Opsss lupa, Bibik kan ada. Hehehehhe. So, aktiviti mandi manda kita bermula. Ajim siap offerkan aku lagi mandi ngan dia dalam pool tuh. Punggung ajalah muat dik oiii.
Ajim sengih ajalah. Udah puas ati ko dik, abis basah Ibu dibuatnya. Dijirusnya air kat aku. Pang kang sebijik kang budak nih.
idung n muka Kimi dah merah. Mahu 3 liter air dia minum tuh.
Layan ajalah aktiviti anak2 aku nih. Over excited Kimi bila dapat main air camni.

Apr 27, 2009

KEK BIRTHDAY KIMI

Today Kimi dah cukup 1 Tahun 2 Bulan. Dah besar tuh. Tapi takmo jalan gak lagik. Camna nih. Gigi ada 8 batang blm campur ngan yang kuar skit2 tuh.
Amik nak gambo birthday cake Kimi ari tuh. Aduhai punyalah malang nasib aku, kamera godang tuh buat hal plak time besday Kimi. Yang ada ni hah ajalah gambonyer. Nan ado gambo Kimi ngah potong kek semua. Kesian tul besday boy nih. Nasiblah wei. Kek nih pon pagi baru aku gi amik. Untuk kak didi ngan Abang Jaz tu pasai ler tak sempat nak jumpa masa 1st March tuh. Kes ngambikkan kek nih ler. Nih pon pic blur aja macam Ibu Kimi nih. Huhuhuhuh. Yang ada pun gambo adiah yang dah duk ceruk ujung sana tuh. Ajim jer yang lebih2 aku tgk.

Beskal adiah besday duk ujung sana kaler kuning ngan blue tuh. Ball pit nih pon kimi nyer present ari tuh gak from my SIL.

Car yang kat tangan Abi tuh actually for Ajim. Maklumlah ada dua anak, jadik yang datang pon bawak adiah dua gak. Nanti aku tunjukkan lagik apa yang Kimi dapat ari tuh. 2 months ago. Ajim ngah test power the red car. Mmg dia suker yellow ngan red cam ibu gak. Kimi perati aja coz dia teruja dengar bunyi car tu.

Ajim dapat 2 remote control car. One red and another one is yellow. Yesss. Ajim ada car remote color red lagik Ibu.

Apr 25, 2009

NAK JADI PILOT

Aku ingat lagik masa bibik nak balik kampung ari tuh. Ajim sibuk cakap ngan Abi dia, he want to be a pilot so dia blh bawak Ibu, Abi, Kimi, Achu naik aeroplane antar Bibik balik kampung kat Lombok sana. Banyak benar citer2 Ajim nih, kejap tgk Tok Baba sakit nak jadik doktor pastu nak jadi pilot lak.
So, adalah satu hari tuh Mak nak gi Jalan TAR ngan Achu n Bibik beli baju2 nak bawak balik kg. So, Ajim, Kimi n Mak Ngah aku nak kena jagalah. Larat ker nih. Dah tak tahu nak bawak jalan gi mana2 , amik peluang ajalah gi Muzium TUDM kat Sg. Besi tuh. (Aku ingatkan tak open for public). Ajim syoklah coz dia dah berangan nak bawak aeroplane awal2 lagik. Tgkla ajalah Ajim in action kay. Tak maulah aku bawak heli buruk tuh. Apalah teruk sangat.
"Tgk tuh ada aeroplane kat sana. Ajim nak gi Ibu". Buruknya.
Sini tak boleh naik. Nak gi tgk yang kat sana plak. Jalan ler Ajim ngan lenggang kangkungnya.
Ajim, Kimi n Abi kat dalam heli tuh.

"Ibu. Ajim dah blh bawak sendiri heli nih. Ibu naik ngan Ajim nak tak??". Jawapannya tentulah taknak. BURUKKKKKKKKKKKKKKK. Kang Ibu naik terbarai semua tuh.

Kimi pon nak gak merasa naik aeroplane buruk tuh.

BABY CUTE CONTEST

Dah ada winner pon for this contest. Aku pon secara tak sengaja ter terjah kat blog Mama Damia nih http://damiaqish.blogspot.com. Wah2 very the cute ler baby2 nih yer. Especially si Aqeel nih http://szsh.blogspot.com/. Tahniah buat baby Aqeel nih. Tak lupa gak buat all the winners kan. Rajin mama dorang antar pic baby2 nih. Pada yang tak menang tuh jangan putus asa plak. Next time blh masuk contest lain plak. Bila tengok baby Yasmeen nhttp://hati-ema.blogspot.com/ nih aduh melonjak hati aku nih , nak baby girl gak lerrrrrrrrrrrrrrrrrr .
For Mama Damia, very good approach ngan anjurkan contest camni. Mama 2 semua blhlah eratkan silaturrahimkan ngan adanya contest2 camni.

JALAN DI JUSCO AU2

Semua nih citer yang dah basi dah pon. Dan dekat 2 minggu mak datang KL aku tak sempat nak bawak mak gi mana2 pon lagi. Dengan kakak akak yang susah nak naik lif, escelator or tangga jauh skali dia mau ikut. So aku ngan Muz decide carik tempat yang senang Kak Ngah aku nak jalan2. Last2 kami gi kat Jusco AU2 yang sekangkang kera aja ngan umah aku tuh.
Bukan nak gi shopping pon just nak makan aja. Mak aku plak jenis nak makan nasi aja. Kena plak jaga makan sebab dia ada High Blood Pressure so kena makan yg lite2 ajalah. Ajim syok ler jalan2 ngan mak ngan mak ngah dia tuh. Menyengih aja and siap pegang tangan lagi.
Mak aku ngan Kak Ngah kat Jusco.
Mak ngah makan ngan penuh seleranya. Minum teh tarik tuh.
Ajim mmg attached ngan Abi dia manjang. Ngan aku bukan nak sangat pon. Teman bergaduh adalah.
Nak makan kena Achu suapkan skang nih. Kalau aku suap mahunyer 4 jam baru siap makan. Nak lari2 dulu baru datang balik sambung. Geram tuh. Achu dia takut coz mak sedara dia nih garang ngan dia.
Ajim dah malas nak jalan . Sambil mulut ngomel kat Achu dia. "Abi lambat sangat amik car ler. Ajim nak balik dah , ujan lebat nih". Anak aku yang sulung nih mmg jenis bising sikit.

Apr 24, 2009

Ajim ngan Citer Upin n Ipin

14 Feb 2009 Jam 18.00 aku,Muz,Ajim n Achu dah bertunggu tangga kat KLCC coz nak tgk citer Upin N Ipin. ( Ramai orang ngah BZ nak celebrate Valentine's Day) . Punyalah ramai orang maklumlah 1st week movie nih kat panggung. Nasiblah aku dah beli awal2 lagik 12 hb ari tuh, so takyah nak berebut2 ngan orang lain. Ajim excited sesangat nak tgk citer coz dia mmg dah tunggu lama sangat nak tgk citer ni. Tiap kalik iklan kat TV9 aja dia mesti ajak aku nyer. Punyalah payah nak explain kalau cakap blm ada kat panggung citer tu. Sampaikan nak kena tunjuk kat Ajim kat screen luar tuh blm keluar lagik no 3 , so tak blh masuk lagik. Jenuh jugak nak mujuk nyer. Tambah plak ramai beno budak2 kat luar duk nunggu sama.
Masa nih movie blm start. Tapi popcorn dah start makan dah. Sengih aja Ajim nih.
Sanggup dia tahan mata tak tido dalam panggung , kalo biasa2 dah lama Ajim lena tuh. Pastu sibuk nak baju Upin n Ipin plak sebab dia tgk ramai budak2 pakai baju tuh. Nak carik yang ada seluar skalik. Siap buat muker seposen n kesian, jadi Ibu belikan Ajim ........Taraaaaa
Ajim with Baju Ipin. I for IPIN.

Apr 22, 2009

BILA AKU LETIH

Bila aku letih dengan keje kat opis apa yang patut aku buat agaknya??? Balik umah tido ker???? Amik cuti ker???? (Camna nak amik cuti kalau keje melambak). Carik assistant sorang kat aku boleh tak?????
Kadang2 rasa cam nak menangis pon ada gak bila pikirkan balik ngan keje skang nih. Semuanya nak cepat tapi bukannya dapat apapon. Bayangkanlah keje yang dulu 3 orang buat aku nak kena buat sensorang... Mahu pengsan tuh. Kadang2 bila balik umah tangan2 aku nih rasa cam kaku aja coz banyak sangat nak kena sign, check and type semua keje2 tuh masa kat opis.
Tapikan tangan aku taknak kaku plak bila ngadap tenet nih. Ajaib betul aku rasa. Heheheheh

Apr 21, 2009

AHAD YANG BIZI

Ahad yang kutunggu muncul gak akhirnya. Ingatkan bolehlah aku bergolek-golek atas katil sampai pukul 9,10 ker. Mana mungkin aku blh tido lena camtu selagik bibik tak balik. 1 month to go until bibik balik sini. Pagi2 lagik nak kena bangun siapkan Kimi nyer stuff masukkan dalam bakul siap2 coz plan nak gi park kat KLCC. Masakkan porridge untuk Kimi dah amik masa aku almost 1 hour. Pastu nak gi kedai plak beli bekpes 4 me, Muz an Achu. Pack everything and rest kejap before start iron baju yang berlambak tuh. Siap semua tengok2 jam dah pukul 10.00 pagi. Mana nak gi KLCC kalau camniiiiiiiiiiiiiiii . Dah lambat dah nak gi, dah panas kat luar tuh. Stress ler ngan Muz mandi pon tak siap lagik. So KENSELLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL gi KLCC.
Around 12.00 siapkan Kimi coz nak gi lunch kat Cozy House, Great Eastern Mall yang tak sampai 5 Kimi dari umah aku nih. Tapi coz of Muz dah lambat pukul 12.30 baru blh gerak dari rumah. Aku selalu cakap ngan Muz , bersiap mengalahkan pompuan jer. Aku pon tak camtu , make up berbagai ler. Huh. Sampai sana plak nak kena tunggu turn sebab ramai orang sangat kat sana.... Tunggu lagi. Sian Kimi gi mana2 pon dia nyer food sama aja, porridge tuh gak yang dia kena makan. Pastu gi Ampang Point saja singgah tgk kot ada apa2 yang berkenan nak belikan untuk Kimi. Seluar semua dah tak boleh nak pakai, dah pendek dah ngan dia. Sian anak Ibu nih, semua nak kena beli baru. Takder yang berkenan maksudnya aku nak kena gi KLCC gak shopping for Kimi n Ajim (Ajim mesti kena belikan skalik baru adil). On the way nak gi KLCC my MIL lak call kata petang nih nak keluar bawak my FIL gi Park kat KLCC tu, jalan2 amik angin. (Angin apa lagik nak amik, kan mmg dah ada kat sekeliling nih).
So, KENSEL LAGIK GI KLCC tghr nih, petang kang baru pergi ngan semua orang. It's mean my MIL, FIL, SIL and another SIL with her husband, 3 sons and me with Muz, Kimi and Achu. Ramainya... camna nak shopping nih. Malaslahhhhh camni.

Apr 20, 2009

HUJUNG MINGGU

Hari Sabtu ngan Ahad mmg hari yang aku tunggu2 coz masa nih ajalah aku ada masa ngan my small family nih. Hari nih lah aku nak gi jalan2 bawak Kimi lepaking kat luar. Nak gi shopping pon time nih gak. Hari lain mana sompek nak gi jalan2 nih. Balik umah dah pukul berapa.. Paling awal pon aku balik skang kul 6.30 sampai umah kul 7.00. Amik Kimi kat umah Mama lagik. Kadang2 tuh terlajak sampai pukul 9.00 baru sampai rumah.
Last saturday aku plan asal nak gi makan kat luar tapi Abi ada hal plak nak kena pi Golf Club kat Bukit Jalil tuh. Last2 ngan Kimi, Achu skalik ikut Abi pi sana. Dah tuh baru singgah kat IOI Mall for lunch. Lunch apa kebendanya kalau pukul 4.00 baru boleh makan. Nasiblah Kimi nyer bubur semua dah aku siap2 kat dalam bakul tuh. takler kebulur anak aku sorang nih.
Kalau dah namanya suka shopping mana pon aku sempat nyinggahnyer, dapat gak aku kasik hint kat Muz suh beli baju kat aku. Hehehehe. Aku tak suh pon tapi kalau dia redha aku relakan aja. Biasanya aku suka beli online jer tapi dis time aku tgk baju tuh nice aku berkenan plak. Slow aja Muz cakap. "Kalau U berkenan yang amik ajalah tapi 2 saja tau". Heheheeh. Berjayaaaa akhirnya.
Balik dari Puchong dah pukul 6.30 and then baru singgah umah Mama. Ba (My FIL) pon mmg tak sihat sekarang nih so mmg dah jadik rutin gi sana tiap hari kalau aku tak ikut sama amik Kimi kat umah Mama. Dinner kat sana ajalah coz dah lewat. 9.30 balik umah siapkan Kimi semua and then resttttttttttttttttt. Tunggu Sunday plak, apa plan blm tahu lagik.

Apr 17, 2009

ENTRY TAKDER GAMBO

Sekarang entry semua takdok gambo yer disebabkan card reader sudah takder. Nanti2 aku carilah kat mana card reader tuh duduk atau kat mana aku balingkan ari tuh. Dalam lemari bawah pon takder kat atas pon takder. Dah tua dah aku nih upanya.
So, sementara waktu nih takder pic Ajim and Kimi yang latest. Ajim mmg takder until next month coz dia duk kat Terengganu nun. Rindulah plak aku kat kecik nih... Takder kawan nak gaduh dah nih. Balik umah pon sunyi aja. Baru kol malam tadik Ajim bising2 nak balik KL. Ajim nak balik KL ler Ibuuuuu. Aduh tersentuh hati aku nih. But promise aku kena keep gak. Jadik kena bersabar until next month.
Kimi cam biasa ajalah, still duk ngan my mother in law until bibik balik bulan depan. Jalan pon takmo lagik. Malas betul budak nih. Takper nanti bawak gi playground baru excited nak jalan cam orang lain.

Apr 11, 2009

TERJEBAK DENGAN ONLINE SHOPPING

Kemain lagik yer cik puan sekarang nih.. Asik2 duk belek sana sinun kat tenet pasal baju sana baju sini. Konon nak tgk apa pesen terbaru. Dah terjebak dah aku nih ngan penyakit baru. Mula2 dulu aku cakap ngan Muz nak try aja beli selai dua tgk okay tak. Pastu tambah lagik selai dua..last2 dah berhelai2 baju aku beli kat online shop nih. Sungguh tak bagus untuk kesihatan poket aku nih. Makin nipis aja duit2 dalam beg.
Mula2 dulu aku takderlah teruk sangat nak nyoping nih tapi skang makin dan bertambah teruk . Tahap addicted tuh.. BAHAYA betul aku rasakan. Aku pernah beli baju kat sini...http://shopaholics-boutique.blogspot.com/ dalam 6 helai sekali beli. Enam tuh cik kak oiii.. Hangin aja badan Muz bila tengok baju2 tu sampai. Skang nih satu lagik yang aku slalu jenguk http://afashionreborn.blogspot.com/ yang nih mmg tip top dia nyer baju. Very nice. Aku tersangkut gak tuh mengorder baju.
Tapi ada beberapa perkara yang nak kita pikir bila nak soping online ni.. salah satunya masa... kadang2 kalau pre-order tuh nak kena tunggu lama. Kalau ko sabar takperlah kalau tak nyabar cam aku nih.. tak bolehlah aku rasa. Baik ko carik yang ready stok kat dorang nih baru puas hati.
Pastu kena ready ngan kualiti dia. Kadang2 ada yang tak berapa nak bagus... So far aku rasa okay aja tapi lagik puashati beli kat butik2 biasa aja. Aku alangkan lagi prefer pegi Isetan, Nichi ker or Parkson gi beli baju. Boleh gak soping untuk anak2 kan.
Tapi nasihat akulah kan untuk diri sendiri dah2lah tuh bawak bertaubat beli baju. Hehehehh.

Apr 10, 2009

BILA BIBIK BALIK KAMPUNG

Kenapa lama sangat aku tak hapdet kat sini? Dah naik berabuk n bersawang pon ada dah aku tgk. Mana taknya tak sempat nak godek2 tenet pon skang nih coz keje melambak sangat. Kat umah plak ngah tunggang langgang sebab bibik aku takder............
Bila bibik takder semuanya jadik kelam kabut. Pestime nih bibik balik kg dia lelama. Almost 2 month gak ler dia nak duduk istirehat kat LOMBOK tuh. Sebut Lombok aja aku tingat macam2 kisah anak2 teruna kat sana bawak larik anak dara Malaysia nih ha.. Ngeri sei. Rutin hidup pon dah sedikit nak kena adjust ler coz pagi2 nak kena siapkan Baby Kimi n apa yang patut kat dapur tuh. Pastu lepas Abi hantar aku gi keje dia kena patah balik umah mama hantar Baby Kimi kat sana . Duk ler Kimi kat umah Mama sampai petang. Nasiblah umah mak mertua aku nih dekat aja. Senang sikit. Since bibik Mama pon bukannya ada keje sangat blh gak ler dia tengokkan Kimi. Cuma nak kena tambahkan sikit saguhati kat dia bila cukup bulan.
Sampai opis aja aku kelam kabut buka pc, check email pastu turun gi bekpes ngan Muz and Kimi. Opssss... AJIM TAKDER KAT KL sekarang nih... AJIM KAT KAMPUNG ikut MAK plak. So ada dua anak, satu umah Mama satu kat umah Mak aku.. Adil tak??? Sungguh tak adil untuk diri aku sebab aku nak anak2 duk ngan aku dua2. Tapi sebab dah janji ngan mak kena tunaikan gak.. Stresssssssssssssssss bila Ajim takder coz tak boleh nak marah2 dia, tak boleh nak gaduh ngan dia...
Balik petang kelam kabut amik Kimi plak kat umah mama.. Sampai umah plak sibuk nak kemaskan apa yang patut. Nasib baik ada Achuuuu (Achu tuh adik akulah, duk ngan aku skalik)... Camtu ajalah rutin idup aku skang...