Jan 31, 2009

Ajim n Kimi at KLCC Park

Alangkan aku malas nak jejak kaki kat KLCC tuh akhirnya last weekend aku kena gagahkan kaki temankan Ajim ngan Kimi gi mandi manda kat sana. Stress giler bila aku pandang kiri kanan org duk bimbit paper bag (Nak Shopping Gak). Tapi apakan daya yang aku boleh buat pandang ajalh. Muz dah gelak2kan aku. Mula2 bawak Kimi gi mandi coz Ajim nak main kat playground. So aku lepaskan Ajim ngan Bibik dia dulu (Bibik tapi muda lagik ler , baru 34 umur bibik aku tu). Kimi duk layan jiwa dalam pool tuh tapi dia cam takut skit sebab ramai orang sangat tak mcm kat umah Muz.
Kimi siap merangkak cam kat umah aja. Rileks aja aku tgk.
Pastu aktiviti seterusnya, ke playground. Layan ajalah gambarnya. Yang penting aku bahagia ngan family kecik aku ni.

Wajah kepenatan Ajim ni. Dahaga lah Ibu, dah puas lari sana sini.

Tengok Kimi Protes tak nak balik, taknak duk dalam stroller. Siap jerit kat semua orang.

PESANAN UNTUK DIRI SENDIRI. JAUHILAH KLCC UNTUK SEMENTARA WAKTU.

DAH NAK JADIK NURSE

Akhirnya dalam famili aku ada gak yang bakal keje ngan gomen. Kalau idak semua nak masuk private sector aja. Bila pk2 balik keje gomen nih bagus ada jaminan masa depan @ masa tua. Yalah nanti ada pencen, nak buat loan rumah senang, loan keta senang, serba serbi senanglah jawabnya. Sebulan yang lepas masa tahun baru 01.01.2009 aku, Muz, Ajim n Achu (Adik aku yang bongsu, tapi mang pon aku ada sorang aja adik) bertolak ler ke Nilai antarkan Kak Yong (Anak abg aku yg sulung) ke Kolej Jururawat kat sana. Abang aku ngan family dia pun ikut samalah kan. Nih firstime anak dia study jauhlah kiranya. Before dis Kak Yong kat Uitm tapi dapat offer kat sini dia quit UiTM tu.
Mak aih jauhnya dahlah masuk dalam utan kelapa sawit. Ngerinya kalau aku nak belajar jauh2 camtuh. Maunya aku tolak aja tawaran tu. Asalnya anak buah aku nih dapat masuk PNC kolej atas tawaran dari Kementerian Kesihatan Malaysia tapi dia belajar aja kat KPJ nyer kolej. Elok gak tu belajar kat kolej swasta dapat gak tgk apa yang different ngan kat hospital gomen kan. Sampai2 dalam pukul 8.45 org dah ramai dah duk beratur nak register kan anak2 dorang.
Aku bukan nak komen apa pun, tapi cukup tak sistematik cara dorang, berterabur ko ngan takder sign mana tempat nak register, apa nak buat pastu. At least tampal ler tentative program dorang kan. Nih mencanak aku duk kat luar tuh ngan Ajim. Nak pi minum ya ampun dia nyer cafe tak lalu aku dibuatnya. Dahlah kecik apa pon takdak nak beli. Aku duk pk camnalah Kak Yong nak survive duk kat situ kang. Nasiblah kejap aja dalam 2,3 bulan pastu nak transfer kat mana2 cawangan KPJ ler. Dalam pukul 11.00 baru nak start taklimat. Pukul 2.00 baru siap semua. Boring siot aku kat situ.
Tuh belum lagi tgk dia nyer hostel dorang. Teruk benarlah aku tgk. Ngan takder dapur nak masak, toilet satu. Satu apartment share kalau tak silap aku dalam 10 org. Sendiri pk ajalah camna crowded nya dalam umah tu. Mahu aja aku carikan umah lain kat Kak Yong tuh rasanya. Gomen bayar mahal2 kat dorang camtu yang dorang sediakan kat student . Aduh, tak puas hati betul aku bila pk balik. Makan pun nak kena beli sendiri nasiblah anak buah aku dapat elaun bulanan dalam 600 camtulah , lepaslah for makan kan. Harap2 Kak Yong cepatlah boleh blah dari sini.
Ni kat depan reception dorang. Nama kolej tuh cam blur skit kan.

Yang kat bawah nih bilik lecturer dorang. Nampak cam teratur gakkan.

Jan 30, 2009

TAMAN TASIK TITIWANGSA

Apa yang best ngan Tasik ni? Salah satunya tempat aku jejalan ngan anak2 hujung minggu. Mana lagik nak pegi kalau tak kat sini. Aku dah naik muak tgk playground kat KLCC tuh sebenarnya. Since playground baru kat Tasik Titiwangsa nih dah siap aku pon heret anak2 pegi lepak kat sini pulak. Boleh tahan gak cantiknya. Mau tak cantik, still baru lagi playground ni.
Ajim pon suka kat sini tapi he prefer yang kat KLCC sebab ada swimming pool skalik. Lepas main2 boleh terjun kat pool plak sejukkan badan. Aku ni plak malas nak gi KLCC bukan apa tau, mahunya aku nampak Isetan, Parkson and macam2 kedai yang ada kat situ, meroyan plak aku nak shopping kang. Takkan nak tengok aja kalau dah sampai kat situ. Other way kalau tak nak kasik aku nyer keinginan shopping tu, jangan bawak duit banyak2, atm kad pon jgn bawak, IC saja yang patut ada dalam beg. Barulah aku tak shopping.
Tengok camna Kimi duk dalam tunnel nih, ingat macam kat umah aja dia. Siap boleh baring2 and tepuk2 lagik tunnel tuh.
Ajim time nih boleh plak dia cakap ngan aku. Ibu , Ajim boringlah naik ni, cam Kimi aja. Tak besh arrrrrrrrrr.
Nampak muka Kimi tuh, cam tak excited aja duk kat sini tau. Bz nak cari abang dia yang dah hilang tak tau gi mana dah masa ni.
Ajim and Kimi. Masa naik slide nih, muka kimi suspen aja. Pastu nak pulak dia jerit2 nak naik lagik.

Jan 29, 2009

INGAT NAK DATING TAPI............

Punyalah lama aku n Muz pasang hajat nak berdating (without Ajim n Kimi) tapi until now takdak peluang manjang. Macam ari tuh aku dah siap cakap ngan Ajim yang aku nak pi klinik ambik injection. For sure he said okaylah kan, taknak ikut coz takut kena inject gak ngan doc. Last2 tak jadik pi tgk movie coz dah lewat balik dari kedai n lupa lak yang Ari Selasa takder midnite plak. So, plan tak menjadik.
Pastu nak makan pon punyalah seksa, ingat gi Bangsar blh makan kat Madam's Kwan tapi close plak... yerlah still CNY manalah dorang nak open kedai. Last2 dinner ajalah kat Chawan Cafe kat depan Bangsar Village tuh. Kedai lain semua dah close. So our next target for dating Monday next week tapi nak kena tgk gak kot ada plan lain plak ngan Ajim tuh.

Jan 21, 2009

Sambut besday tiap kali balik kampung

Anak sapalah nih yang tiap kali balik kampung aja, mesti nak potong kek sambut besday dia. Adus, pening kepala aku dibuatnya. Tiap kali balik kampung aja mesti nak potong kek.

" Besday ajim kan Ibu jadi kenalah potong kek".

" Pegilah beli kek kat Ajim".

" Share ngan Kimi tau".

Senang betul hati ko Ajim main arah2 aja nak beli2 kek tiap kali tu. Tak kuasalah aku nak beli kek tapi nasib ko ler Ajim , Mak We ko ada . Rajin nak ngabihkan duit kat ko belikan itu ini. Kakak aku yang sorang ni memang selalu belikan Ajim toys tak kiralah beskal ker, robot2 ker janji Ajim suker. Maklumlah dulu Ajim nilah satu2 nya anak teruna kat dalam family aku (anak buah aku yang lain semua pompuan). Semua pakat duk layan Ajim ajalah. Now dah ada Kimi, takderlah full attention kat Ajim aja.
Layan pic Ajim ngan kek2 nya.
(Aku stress coz x blh nak upload pic nih, dari semalam lagik aku try)

I LIKE THIS PIC

Ajim duk menyengih. Kimi duk kat belakang dia layan diri.
Kimi suka buat muka manja camni. Nampak gigi dia dua batang tuh.
Ajim ngan Kimi pepagi lagi dah bangun main dua orang kat atas katil. Aku bangun nak siap2 gi keje dorang pon join sama bersiap ligan katil tuh.
Bila tengok pic anak2 kan mesti rasa nak senyum sensorang. Pehal ngan aku nih? Sewel? Mereng dah ker? Tapi aku rasa semua mak2 kat dunia kalau tgk pic anak2 ngan gelagat dorang yang macam2 mesti senyum sensorang gak cam aku ni. Normal ma.
Tapi tuh lah, aku mang pon dah lekat tebiat sebelum start keje mesti tgk pic budak2 nih dulu baru nak cari idea mana nak mula keje. Mau amik 30 minit tu. Sungguh tak produktif aku, rugi kompeni bayar gaji aku camtuh aja. hehehehe.
Sebelum pi keje, bangun jer dari tido aku mesti gatal tangan nak take pic budak berdua nih. Saja jerlah kot2 ada yang aku nampak different ngan dorang ker kan, yang aku tak nampak semalam. Nak gak belek2 kan budak2 nih almaklumlah dorang duk ngan bibik aja kat umah. Aku tak pantau pon except Mama aja yang jenguk sekejap2 tghr tu. (Ada gak tak percaya kat bibik aku tuh, padahalnya punyalah dia sayang kat budak kecik berdua nih).

Jan 19, 2009

Kucing oh kucing

Peberet pets is kucing tapi kat umah tak bleh plak nak bela kucing coz Muz tak kasik. Katanya bayer kat anak-anak. Nanti kang ada kutu kucing ler, ada virus ler kat air liur kucing, tahi dia kotor, bau kuat ler, nanti gigit anak2 ler. Stress ooo bila banyak sangat alasan yang dia beriiii. Macam-macam alasan dia beri kat aku supaya aku takder niat nak bela kucing lagik.
Tapi disebabkan jiran-jiran aku banyak bela kucing ada gak yang terlajak masuk dalam umah aku plak.
Nih salah sekor yang slalu lepak kat umah aku. Manja giler ni, siap blh baring-baring and duk kat kaki orang lagik.

Jan 17, 2009

Tahun Baru Cina

Wah, wah ,wah. Dah nak celebrate Chinese New Year pon kita lagik seminggu.
Dah banyak dapat limau, dah ada orang kasik ang pow. Layak ker aku nih terima lagik.. apa nak pikir kalau orang kasik amik ajalah kan. Boleh gak aku buat beli Hand bag idaman aku tuh next month. Tengah jimat cermat nih taknak soping. Walaupun hati aku duk hasut aku suh beli baju. Citer pasal baju, semalam kat Parkson ada satu baju tuh aku cukup berkenan, kaler Merah tu... Merah. Adus sampai ke malam aku terbayang baju tuh. Yanggggggg.. I nak baju tuh gak. Siyes cakap aku nak gak beli baju tuh nanti. Tunggu green lite aja dari Muz.
Apa plan aku masa CNY???

Noting ler jawabnya. Except aku nak kena antar Kak Yong pi Hentian Putra.. dia nak balik kg cuti pagi Ahad tuh. Pastu ari Senin ada besday parti ank buah aku Thariq plak. on 26 Januari tuh.

Thariq excited nak potong kek Spiderman tuh.

"Ajim takut Chicky tu Abi". Ajim tak nak kawan ngan Chicky.

Nih pic masa tahu lepas nyer besday bash kat KFC Setiawangsa.

Ari selasa tah apalah agaknya aku nak buat. Boring ler aku kali nih. Plan awal nak gi balik Penang tapi bila Muz cakap, tak boleh Yang, tuhkan CNY jalan jem sesangat camna nak balik sana.
Niat dihati nak gi jenguk Nana Pah @ Tok Guru Muz kat sana yang tak berapa sihat skang nih. Yalah kang kecik ati plak dia time2 dia sakit camni takder plak jenguk dia. Tapi bila pikirkan balik tul gak , kang tak pasai2 kami kena berkampung kat sana seminggu.
Ingat nak gi FRIM ujung minggu nih, esoklah tuh tapi tak tahulah camna , nak kena tgk cuaca lak, okey ker tak. Kalau ujan mana besh pi tempat2 camtu. Lecah ler nak jalan2.

Jan 14, 2009

APA YANG BEST KAT ZOO????

Kenapa orang suker pegi Zoo???? AKU TAK SUKER....
Aduhai sebenarnya tempat yang paling aku nyampah nak gi tuh dia ZOO Negara ler. Sebabnya
1) Busuk Sangat
2) Luas Tuh, tak larat nak jalan
3) Asik2 itu aja yang ada, rimau (ops Tiger kata Ajim), Elephant, Giraffe and the gang ler.
4) Tak menarik sangat pon, takder apa utk kita nih. Yang tua-tua ni lah. Takat Animal tuh baik aku tgk kat animal planet aja. Tapi Ajim siap sound aku tuh... Ibu nih apalah, real baru besh tgk.
5) Tak der pat makan yang besh.
6) Ramai owang sesangat. Tahu ajalah time pegnan nih manalah aku suka tempat ramai2 orang, rimas woooo.
Satu hari di bulan Februari tahun lepas aku telah dipaksa oleh Ajim ngan Abi untuk ke Zoooo negara,. Hampeh tul. Puas aku ngelak tuh. Kena gi jugak. Mahunya aku pegi ngan perut ngah memboyot (Masa tuh ngah pegnan Kimi 8 bulan dah ). Tapi disebabkan Ajim dah nangih2 nak gi jugak tgk elephant tuh...aku ikutkan ajalah.
Layan Pic tuh tapi abaikan perut aku yang beso sangat. Buruk weih upa aku masa pegnan.
Ajim saspen aja muka tgk Giraffe ngan elephant tuh. Apalah jakun sangat ko nih dik. Wat malu Ibu aja. Dah nak balik baru nak senyum.

Jan 10, 2009

Pose Style Sama

Nih Ajim pose senget kepala sikit masa kat umah My Mom kat Terengganu. Ajim nih mmg kalau amik pic mesti ada sikit senyuman kat mulut dia tuh. Kenan sapalah agaknya budak nih. A little bit nakal skang nih. Of course ler aternya dia dah beso. I'm a big boy now Ibu.
Banyak sangat kerenah dia sekarang yang buat aku kadang-kadang hilang akal. Dah tentu dia nak attention dari Ibu ngan Abi sejak ada adik nih. Dah pandai ketul2 kepala Kimi plak tuh. Tu yang buat aku tambah naik hangin dgn Ajim ni. Tapi Ajim nih mmg anak kesayangan Abi sesangat, bila kena marah ayat paling best aku dengar
" Ajim tak sayang Ibu" or "Ajim tak sayang Abi" depends pada sapa yang marah kat dia. Last2 dia yang kuar air mata tak pasal2.
Yang nih plak adik Kimi. Macam seksi skit bila dia posing style abang dia. Mata dia tuh sebenornya besar tapi bila dalam pic nih alahai nak terpejam rapat lak.
Sebabkan dia still lagik tak boleh jalan, tak reti nak ngamuk and tak reti nak melawan. Takdaklah sangat dengar dia kena jerit ngan Ibu dia nih. Lagipon buang karan aja kalau aku jerit bukan dia paham pon. Kecik lagik nih tunggulah beso sikit kau tahulah Kimi camna Ibu ko nih.
Kalau Kimi and Ajim duk berdua ja kat umah, alahai abis satu umah tuh dorang sepahkan. Bibik gak jadik mangsa keadaan nak kena kemaskan balik.

I LOVE BOTH OF THEM. MY DEAREST SON

Jan 2, 2009

2009 AKHIRNYA TIMBUL GAK

Pejam mata, pastu tutup mata last2 aku tertido gak. Dalam duk semangat nak sambut tahun baru blh plak aku terlena. Sedar2 aja dah ktung ktang, prang prung bunya bunga api ngan mercun. Kalau dari tingkat atas umah aku mang nampak clear bunga api dari KLCC tuh.
Aku tersedar pon coz Kimi duk merengek bising sangat kot dengan bunyi mercun tadi. Wahhhh.. Dah tahun baru rupanya. Sekejap aja aku rasa tahun 2008 tuh, dah 09 plak. Bukak diari baru nih jawabnya. Apa yang aku dapat / achieve tahun 2008???
1. My baby Ariff Hakimi lahir.
2. Involve with ISO 28000:2007. That's mean keje bertambah.
3. Ada increament gaji skit.
4. Pindah umah yang lebih selesa, lebih besar n ada privacy.
Tahun 2009 nyer azam
1. Nak beli rumah .. landing property for my small family nih at least Single Storey.
2. Nak beli kete besar skit at least KIA Citra walaupun aku minat sesangat nak Hyundai Trajet.
3. Nak buat bisnes sendirik ngan Muz maybe kat Terengganu walaupun aku n family kecik aku nih duk kat KL.
Azam apa agaknya tahun nih???