Feb 27, 2009

TODAY IS MY DEAR ARIFF HAKIMI 1ST BIRTHDAY

Alhamdulillah, Allah lanjutkan lagi usia aku untuk lihat My Dear Baby Kimi turn to 1 years old today. Pukul 2.30 pagi dia dah bangun dah sibuk nak minum susu and then bila I wish and sing to him "Happy Birhday" he smile at me. So sweet.
Kejap aja masa berlalu aku rasa.. Alih2 dah setahun pon Kimi. Aku boleh rasa lagi camna susahnya masa pregnantkan Kimi nih, asal petang aja aku mesti muntah. Makanlah asam ker, buah ker semuanya dah tak jalan. Minum air kosong pon nak muntah gak. Yang peliknya time keje dia okay plak sampai pukul 5.00 takdak nak mual2 camtuh. Balik umah aja dia buat perangai.
Tapi tulah, dalam duk mengadu tak sihat semacam dulu, kuarlah si Kimi tuh gak walaupun terawal sikit. Ngam 2 aja 36 weeks my cousin pon suggest aku deliver cepat2 takut Kimi lemas lak kat dalam perut coz perut aku tak boleh nak membesar. Alangkan masa nak masuk Operation Theatre pon pakar bius tuh boleh cakap "Adik nih betul ker dah cukup 36 weeks nih, kecik benor perutnya". Aku just jawab" Mestilah dah cukup minggu , kalau tak takkan my cousin suh masuk ward for operation".
Actually masa beranakkan Kimi nih my cousin sendiri yang operatekan aku almaklumlah nak kena c-section kan. Bersalinkan Kimi kat HUKM Cheras jam 09.30 am 27th February 2008. Yang aku tahu masa lepas2 dah kuar Baby Kimi tuh, nurse cakap ngan aku Kimi ada tanda kat kaki. Aku tengoklah kan, besarnya tahi lalat kat kaki kanan dia. Since aku mang dah ada nama untuk baby ni sejak aku ngan Muz tahu jantina dia kan, kami namakan dia ARIFF HAKIMI...

Feb 20, 2009

Bersepah2 kat ruang tamu

Balik umah tgk rumah bersepah-sepah, toys sana sini apa agaknya perasaan korang??? Marah of course ler. Geram tentu aja ada. Dahlah penat2 balik keje tgk selerak satu rumah mahu tak hangin. Nasiblah ada Bibik kat umah blh tlg kemaskan rumah. Kalau idak mahu menangis dibuatnya.
Ajim ngan Kimi ( kalau biar dia main kat bawah) mmg sah macam tongkang pecah rumah dibuatnya. Ni sikit baru toys yang dorang sepahkan, kadang2 blh tgk dari depan pintu masuk rumah sampai ke dapur. Jenuh tu nak simpan balik. Kadang2 naik jugak tangan aku nih kat si Ajim tuh. Tapi dia nih plak , belum kena lagik dah jerit2 macam kena dera aja. Tambah2lah hangin aku dibuatnya.

Feb 19, 2009

Kenapa Mug ada Tiga?????

Atas meja aku kat opis nih ada 3 mug kalau nak tahu... Memang tiap hari aku akan gunakan mug2 nih.. Kenapa timbul isu Mug nih plak??? Tadik my Senior Manager Procurement lalu kat tempat aku and ask me why ada 3 mug.. Dengan selambanya aku jawab....
Bukan ada tigalah.. ada 4 mug sebenarnya..
1. 1 Guna untuk minum air masak@ air sejuk. 2. 1 lagi Guna untuk minum air manis etc Nescaffe ker, teh ker... 3. 1 lagik letak coins @ tabung aku. 4. Last 1 lagik untuk letak pen2, ruler ...
Itu pon jadik masalah agaknya untuk dia. Aku rasa sebab tempat aku nampak semak sangatttttttttttt dengan mug2 tuh. Heheheheheh...
APAPUN AKU HEPI COZ ADA 4 MUG ....

KPLI

Sudahkan anda mengisi borang KPLI????? KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH......Ni untuk orang yang minat nak jadik cikgu cikgi aja. Aku dah isi pon. Dapat ker tak , ada aku kesah. Try my luck ajalah. Kalau ada rezeki, adalah kan.
Dulu ada gak orang tanya aku pasal KPLI nih... aku banyak kali mintak tapi tak pernah2 dapat.. paling tinggi pon tahap interview aja... Tak layakkah aku???? Agaknya masa test tuh dorang tgk aku tak sesuwei jadik cikgu. Syok jadi cikgu nih coz aku dulu pernah lah zaman cuti semester jadik cikgu ganti. Sampai sekarang anak murid ingat lagik. Itulah agaknya kelebihan jadi cikgu nih, sampai bila2 tetap org ingat waima aku ngajar pon 2 bulan aja.
Ini profession idaman aku ler. Tapi nak buat camna , last terpeleot kat opis aku la nih. Jadilah, janji rezeki ada. Best jadik cikgu nih, cuti banyak... (Kalau tak terlibat ngan aktiviti sekolah lah). Muz pon suka kalau aku jadi cikgu coz MIL aku pon cikgu besar dulu.. lar nih dah pencen. Ajim ngan Kimi pon mesti suker coz blh duk umah lama2 ngan aku.

Keje, keje, keje.. Bila malas datang melanda

Aku dah setat boring nak keje lak skang nih. Even bukannya bos aku pedulik aku buat keje ker tak. Wahhh... ari malas sedunia nih. Padahal hari ni sepatutnya aku rajin keje tapi terbalik lak jadi pemalas yang amat. Tak productive tul aku nih. Tapikan okay apa kalau aku malas pon, gaji bukannya naik tiap2 bulan. Heheheheh.
Bos kecik aku cakap, kena bersyukur gak coz still ada keje sedangkan orang lain ramai kena benti. Aku ada gak income kan, boleh gak awal2 bulan pi shopping ngan duit sendirik. Lagikan keje utk nak senangkan diri kita, bukannya orang lain. At least pamperkan lah sebulan sekali. Husband pon tak marah coz boleh gak jawab... Alah, I kan guna duit I sendirik nih. Tak mintak ngan u.
GM aku plak skang nih asik nak buang orang aja. Tiap2 ari aku dengar dia maki orang...Bukan aku okay.

Feb 17, 2009

SHOPPING ONLINE

Hobi baru aku, surf tenet sambil tgk2 baju yang duk jual online nih. Kot2 ada yang berkenan boleh gak aku amik selai dua... Dah dasar nya nak menyoping aja kata Muz, mana2 pon blh you jeling gak kat baju tu. Sempat lagik tuh. Actually aku bukannya duk ngadap tenet 24 jam pon, kalau aku rasa free blh lah. Kalau idak nak kena buat keje gakkan. Now i'm addicted to one blog yang aku rasa blh tahan gak cantik baju2 kat dalam tuh. Aku baru aja nak try beli online kat situ. But by end of this month baru sampai apa yang aku order. Kalau everything's okay baru blh aku war2 kan kat kengkawan. Tak nak plak dorang kena tipu.

Feb 12, 2009

Rambut Baru Ajim

Ajim nih kalau rambut dia dah panjang huduh benar rupanya aku tgk. Abi dia selalu ejek dia cakap rambut dia macam topi Ultraman nyer . Sian anak aku. Nak ajak gi kedai potong rambut dia malas plak. Last2 petang Senin 2/2 tu dia nampak Abi dia potong rambut ngan shaving skali so dia pon cakap nak gunting rambut dia guna machine cam Abi dia. Muz mmg ler suker aternya Ajim nih kalau bawak kedai mampos tak mau guna mesin tuh. Siap ngamuk nak balik lagik. Maybe dia tgk Abi dia cam okay aja potong sendirik rambut, tu yg dia cam konfiden aja. Punyalah payah nak potong rambut anak teruna aku yang sorang nih, kejap pusing kanan, pusing kirim pastu tunduk plak, angkat muka coz nak tgk aku ada tak sebelah. Ish. Payah nau ler . Akhirnya berjaya jugak potongkan rambut setelah berbakul2 Abi dia bebel.
Ajim menyengih sebab dah siap dah gunting rambut. Kalau idak muka suspen aja
Tgk muka saspen balik bila Abi cakap belum siap lagik, ada senget sikit kat tepi telinga Ajim tuh.

Feb 10, 2009

HARI CUTI

Cuti2 nih mang syok kalau gi jalan2 sebenarnya. Tapi bila duk pk budget, kang buatnya tangan aku gatal nak soping-soping dan soping camna??? Kang ujung bulan pon blm lagik nak korek tabung lak. Jadi lupakan sebentar hajat aku yang suci murni tuh.
Cuti 2,3 ari lepas aku bukan buat apa pon, pagi bangun bekpes, gi kedai beli lauk2 n pastu tgk budak2 ni ha, layan dorang main kejap, pastu tido kejap barang 30 minit, layan tv , tuh ajalah keja aku. Gi umah mama (MIL aku nih, MAK for my mom). bawak Ajim n Kimi. Yelah, mama bukan boleh tak jenguk budak berdua nih sari. Sengsara aja agaknya. Nasib baiklah umah dekat jer, 5 minit aja ngan keta. Takderlah teruk sangat.
Isnin, pagi bawak Ajim n Kimi bekpes kat NZ Curry House tu, pastu balik umah main2 ngan dorang. Plan nak gi Tasik Titiwangsa petang tuh, pukul 5.00 dari umah. Sampai2 aja hujan plak. Larik balik umah Mama. Mama dah siap tapaukan Pizza for us, maksudnya 1 utk my family and 1 lagik for my SIL aku. (Mama mithali nih).
Pukul 8.00 balik umah, tgk news pastu tido lah. Tu ajalah cuti nih nya programm, bosan ajalah.

Feb 7, 2009

BILA HARI SABTU HARI BEKERJA

Hari Sabtu sebenarnya hari untuk kita rehat2 kat umah, main ngan anak2 or kalau rasa duit dah banyak gi jalan2, shopping2 and makan2 kat luar. Tu mmg jadik aktiviti wajib kalau aku ngan Muz dua2 cuti. Macam last week masa Hari Wilayah tu, aku mmg tak syok coz Muz keje aku plak duk rumah sesaja. Mana ada aku blh berjalan ngan anak2 kalau Muz takdo. Tak larat den ngan Ajim nyer kerenah tuh.
Pernah sekali aku ngan Achu (Adik aku ler ) decide nak gi jalan2 shopping kat Sogo bawak Ajim, mak aih punyalah seksa sampai aku rasa nak balik dan2 tu jugak. Baju selai pon tak blh beli duk layan dia kehulu kehilir berlari. Stress wooo kalau bawak anak yg tak reti duk diam macam Ajim ni. Skrg ni lagilah aku tak blh bawak coz Kimi pon dah ala2 lasak lebih dari Ajim. Kalau dukung takmau duk dendiam aja macam budak lain. Pusing kanan, pusing kiri sampai aku naik letih. Nak buat camna anak aku gakkan. Mahunya tak ikut lasak maknya masa kecik2 dulu.
This month Kimi pon dah nak masuk setahun. Sekejap aja aku rasa setahun berlalu. Muz pon cakap, blh bayang lagik camna aku tergayak2 bawak perut dulu. Huduh heh bila aku ingat balik.
(APA KENA MENGENA NGAN TAJUK AKU KAT ATAS TU? AKU PON TAK TAHU).
Sebenarnya aku ngah bosan coz kena keje ari ni time org lain ngah sedap2 , sonok2 duk kat umah. Boring siot ni.

Feb 3, 2009

AJIM PEGI MENGAJI

Aku ngan Muz mmg bercadang nak hantar Ajim gi mengaji bila dia dia cukup 3 tahun. So, dalam bulan 6 tahun lepas aku start hantar Ajim ngaji dari pukul 8.00 sampai 10.00 pagi tiap hari kecuali hari Sabtu ngan Ahad cuti dengan ngan umah. Tapi nak dijadikan cerita aku terpaksa berhentikan Ajim sebab Ajim dah kena dera ngan sorang budak kat tempat ngaji tu. Masa tu baru sebulan Ajim ngaji kat situ.
Balik dari keje petang tu mama cakap ngan aku Ajim kena pukul ngan budak kat tempat ngaji tu. Aku dah gigil kaki tangan geram plus ngan sedih bila Ajim yang kecik tuh kena pukul. Mama cakap ngan aku dia tak nangis pun tapi dia cakap ngan Bibik dia sakit kat belakang masa balik dari ngaji. Bibik tengok ada bekas2 jari kat belakang ngan kaki dia. Aku ngan tak tuko2 baju kerja gi umah ustazah tu, ingat nak gi tanya dia pasal hal tu. Pukul 7.30 baru blh jumpa ngan ustazah coz class lepas maghrib baru start utk sesi malam.
Punyalah sakit hati aku bila ustazah tuh boleh cakap Dia tak tahu coz Ajim tak nangis pon. Aku siap amik pic lagik nak jadikan bahan bukti kat parent budak tu. Ajim dahlah paling kecik kat situ bayangkan camna Ustazah tu boleh biarkan anak murid dia buat camtu. Sakit hati aku ni bila pk balik. Start from that day Ajim dah tak mahu dah pi ngaji kat situ sebab takut kena pukul. Aku paksa gak hantar dia gi ngaji tapi bila kau tengok muka dia lain macam aja tiap kali nak ngaji. Aku decide berentikan antar dia. tak sanggup aku nak hantar lagik Ajim kat situ.

Wajah Ceria Ajim nak Gi Ngaji . Masa ni riang ria lagi sebab semua okay. Abaikan mata Ajim yang sepet coz baru bangun tido.

Kesan kat belakang ngan kaki Ajim yang buat aku membara tuh.

Macam kena dera pon ada gak si Ajim ni aku tengok. Wah boleh plak aku soal siasat semua budak yang ngaji kat situ sapa yang pukul Ajim. Aku siap tunggu lagi kat tempat ngaji sebab aku tak puas hati. Ajim kecik lagik tuh, boleh main2 pukul plak anak aku. Geram sesangat. Akhirnya aku tahu gak sapa budak tu, coz dia ada belajar tuisyen ngan Mama. Tapi aku tak cakap ngan parents dia coz tahu dia nyer background camna. Kesian plak bila aku pk kan, nanti tak pasal2 lak dia kena balun ngan makpak dia. Tapi akhirnya budak tuh parent dia tahu coz bibik aku cakap ngan bibik dia. Aduh, tak boleh nak cover line plak.