Mar 17, 2009

Bila Aku Stress...

Balik rumah nak tido serba tak kena. Nak makan pon tak berapa nak selera. Apalah dah jadik ngan aku nih skang. Semuanya pasal keje kat opis tuh yang tak habis2 ngan masalah. Sejak staff yg kena vss takder , Tuhan aja yang tahu camna aku rasa. Semuanya serba tak kena. Aku nak buat keje semua tak jadik. Lepas satu masalah, satu masalah timbul. Mahu aku tak stress.
apa yang patut aku buat????
1) Berdiam diri ke.
2) Bising2 kat boss pasal keje banyak. Pastu confirm aku kena tala ler jawabnya.
3) Buat aja keje aku tu mana yang tak siap letak aja tepi. (Jawabnya ada yang tanya, banyak sangat ker keje ko skang Ina?) .
4) Orang lain nyer keje biarkan aja dulu. Buat yang mana penting.
5) Wahhhh... stress sangat nih.
Apa perasaan korang agaknya kalau orang lain nyer salah pon ko kene marah. Orang yang buat salah tuh takder sapa2 pon nak marah, boleh duk rileks2 lagik. Mentang2lah dah nak cuti ........ kemain lagik.
Pastu ada plak sekor (ish, orang mana blh cakap sekor kan) sorang staff aku nih buat cerita cakap aku camtu, camni... Bengang tul aku dibuatnya. Kalau aku tak bagus takkan GM aku nak tinggalkan aku sorang aja kat office nih. Sendiri mau ingatlah. Skit2 ngadu, skit2 ngadu. Mau aku tak bengang. Dahlah bawak cerita yang tak betul..
Apatut aku buat ngan minah ni??? Nak serang dia ker?? Marahkan dia ker?? Hantar email???? Ugut dia??? atau last skalik kerat aja lidah dia tuh suka buat cerita sangat...
AKU SANGATLAH STRESS SKANG NIH...

Mar 6, 2009

TAKDER HATI NAK KEJE

Sejak last week lagik aku macam takder hati nak keje. Semuanya coz of aku bengang nak kena buat banyak keje skang nih. Sejak ekonomi merudum nih punyalah teruk ekonomi company aku skalik terjejas. So, top management decide terpaksalah cut cost to cover macam2 lah. Salah satu caranya ialah cut OT for admin staff, cut claim, cut driver and armed guard nyer OT and many more.
Last week adalah kemuncak segalanya... cewah.. masa tuh aku cuti balik kampung 23 & 24th February . Last2 aku terima berita my dept will close...What a big suprise for me. Tiba2 aja jadik camtu. On 25 tu aku pon pi ler office cam biasa aja, barulah kuar cerita... left aku ngan purchasing officer aja. My Senior Manager n My Manager pon kena out. Adeh sakit kepala den nih. Camna aku nak handle semua keje. My GM senang jer cakap.
Dont worry Salina you can do it. I'll find someone to help you kay.
Cakap cam senang kan tapi burden tuh aku gak yang nak kena tanggung. Memang ler assistant aku still ada tapi dia plak dah nak cuti bersalin plak. Lagi tambah sakit aku nih. Aku kena stay sampai pukul 7.30 coz nak kena siapkan keje. Camna tuh.
Rajin ker aku nak stay tiap2 hari. Stress oooooo

Mar 2, 2009

KIMI'S BIRTHDAY PARTY

Hari Ahad yang bz buat aku n Muz coz pagi2 lagik dalam kul 9.30 dah gerak ker kedai nak pi amik satay utk function petang nih. Sian plak Muz hari ni dia nak kena bakar satay sensorang disebabkan dia nyer staff tuh tak blh datang plak.Menyusahkan betul ler... Pastu nak kena gi Jalan Ipoh amik kek birthday Kimi tuh kat King's Confectionary around 10.30.. ntah sempat tak ngan Abang Jaz yang pi hantar Lemon Rosemary Chicken aku tuh...tapi aku dah siap tinggalkan duit kat Bibik kalau2 Abang Jaz sampai rumah before aku balik.
Pastu siapkan meja plak coz nak letak2 makanan semua kan . Dah setel semua baru aku teringat Kamera belum beli lagik bateri.. Stress betul dibuatnya. Muz lagiklah stress coz semua dia nak kena buat. Takpalah yang oiii sekali sekala aja nih , birthday Kimi setahun sekali aja bukan macam Ajim , severy month. Hehehehhe. Last2 satay pon aku join bakar sekali ngan bantuan mamat sorang tuh..aku lupa lak nama dia.....Panas sampai berpeluh2 aku dibuatnya. Setel semua tuh and then baru boleh aku mandi2 and tukar baju. Function start pukul 4.30 and then habis dalam kul 9.30. Letih siot tapi aku puas sebab most yg aku invite datang walaupon a little bit late.. sampai malam pon ada lagik yang datang.
For Abang Jaz and Kak Dini http://dj-lrc.blogspot.com/ Lemon Rosemary Chicken to memang besh sampaikan semua tanya sapa yang buat. Diorang ingat aku yang masak and sibuk tanya resepi. The most important things licin takdak yang tinggal.
Pic bisthday takdak lagik nanti kalau aku senang baru upload.