Jul 24, 2009

Harry Potter - The half Blood Prince

Last skalik kuar pi tgk wayang ngan Muz ari tuh tengok Transformer. Malam tuh pas aja balik dinner reramai kat luar, we decide pi tengok movie lak. memang pon every year mesti tgk wayang skalik coz Muz mmg kaki wayang nyer. Layan ajalah kan.
Balik umah hantar budak2 semua pastu pujuk2 Ajim kata nak pi jumpa kawan Abi (My Husband) baru pi KLCC. Tu ler port me n Muz kalau nak gi tgk wayang. Hopefully ada citer yang best skit coz kebanyakan movie dah tgk dah. Ice Age pon dah tgk gak. Sampai ngam2 10.45 pm and we decide tgk Harry Potter ajalah. Tak sangka plak ramai orang gak memalam nih. Jadi takderlah rasa sejuk sangat aircond tuh.
Very nice story for me, better than before tapi cam biasalah jalan citer cam tergantung aja. Citer tak abis. By the time sampai umah dah pukul 2 am. Ngantuk seyy bila pikir esok nak keja plak. Apapon , aku n Muz enjoy the story.

Jul 22, 2009

TODAY IS THE DAY

Mmmmm, sekejap aja masa berlalu, dah sambut birthday lagi yer yang. Tak per , still young (hati aja kot sebab rambut dah ada uban). 22nd July is the day sebenarnya and he celebrate the 38th years since mama lahirkan dia. Wah, dah tua sesangat tuh. Tak lama lagi nak pencen dah. Malam kuar makan ngan semua orang that's mean 16 orang. My MIL belanja ler. My hubby dah malu kucing dah coz dia mmg taknak potong2 cake nih. Cam budak2 aja katanya. Every year biasanya me n Muz kuar gi mana2 berdua aja. Jarang nak pi makan ramai2 nih. Since my MIL insist nak belanja makan gak, rezeki jangan ditolak.
Sebenarnya motif kuar makan ramai2 nih, nak bawak my FIL kuar sekali. Sian dia duk kat umah aja sejak dia bed ridden nih. So, asalkan my FIL enjoy kami semua pon enjoy gak ler. Nanti aku tempek dinner malam tuh. And orang yang blow the candle and cut the cake , macam biasalah my hero. Ajim
Malam tuh bila balik umah belek pic, baru perasan yang aku takder pon dalam pic. Yang ada budak2 ngan bibik aku aja. Apa sudah jadik ni.
Anyway, Happy birthday to my belove Muz. We all love you. Of course fm Me, Ajim n Kimi.

Jul 21, 2009

MANDI SUNGAI

Tak abis lagik ngan citer balik kampung yang dah basi nih. Namanya balik kampung jadi banyaklah yang nak diceritakan. Dah baper lama aku tak mandi manda sungai , adalah dekat ngan 2 tahun kot. Hampeh tul aku nih. Kata budak kampung.
Hari kedua kat kampung abang aku yang sulong plan nak gi mandi manda kat air terjun Sekayu tapi tak jadi plak coz anak buah aku ada tuisyen petang tu. Almaklumlah budak nak amik SPm tahun nih. Disebabkan Ajim dah sibuk menceceh nak gak gi mandi sungai, terpaksalah aku bawak gak sikecik berdua nih. Hangkut ngan Achu n bibik skalik.
Sampai aja , alamak ceteknya air. Tak lepas pon lutut aku. Boring tul. Malas lak aku nak cari port lain. Takpalah janji budak2 blh main air.

Sejuk sesangat air, sampaikan Kimi tak mau masuk dalam sungai. Nak kena pegang dulu, beri basah badan skit2 baru okay.

Ajim tak kisah nyer. Dia suka ler kalau air skit camni. Macam kat KLCC katanya. Cetek

Tangan Kimi dah ketar2 coz sejuk. Bangun nak lari dah.

Sejuk. Ajim layan aja.

Last , dah nak balik. Saja tunjuk gambar aku yang jauh2 aja.

Jul 20, 2009

PIGMENTS PAC

Ni dia pigments PAC yang aku beli ngan Red tuh. S 17. Abaikan gambar aku kat belakang tuh. Buruk benor upa coz tgh peknen kan Kimi. GEMUKKKK
Sesungguhnya dan sebenarnya aku nih mmg ler silent reader http://redmummy.com/ tuh. Silent mmg silent sesangat. I love to read all the story about Red ngan small familynya (now dah besar coz ada reddy skalik). Tambah2 lak si Red slalu sangat tunjuk pasal make up2 nih. Aku mmg bertambahlah suker.
Lately plak Red asyik ler promote memacam kat http://redmummy.com/ cam ari nih gak. Sajalah tuh nak suh aku rembat lagik satu Pigments Pac tuh. Nak jadikan cerita early Julai baru nih ada ler Red open pre-order for PAC, apalgi aku dendiam aja order satu S17. Without cakap kat hubby aku. Hehehehehe. Kalau cakap kang mahu kena marah coz dis month banyak nak pakai duit. Almaklumlah trip balik kampung every weeks. Kering kontang kang kalau tak budget betul2.
Last monday kot, adalah Sirman antau email suh pick pigments tuh tapi aku takder kat kampung. So kena wait till Rabu or Khamis baru blh bayar and amik. Aku plak jenis selagi tak bayar selagi tulah rasa tak senang duduk. Duit orang tuh. Pas bayar semua dah... Taraaaa hari Sabtu , zass gi VA amik. Wahhhhh, very nice ler. Nanti sat aku tempek pic nyer. Yang letak kat mata aku takder lagilah aternya aku kan ker low profile. Manjang gambo anak aku aja.
Apapon, mmg senang shopping ngan Red nih.

Jul 17, 2009

AYAM PENYET, THE CURVE

Nak makan??? Makan apa nih??? Tengok ajalah dulu kot2 ada yang berkenan.
Ni poh macam sedap gak dik. Nampak tak Abang Long tunjuk dgn pensil. Kita share okay Soda Gembira.
Nak makan apa lak??? Semua sedap. Chicken pon ada for Kimi kat sini. Kejap Abang Long tengok dulu menu.
Ajim nak air nih.. Fresh orange ajalah. Soda Gembira for ibu kay.

Adik Kimi amik No 20 ni ajalah . Semua orang duk sibuk nak makan aja.

Nilah kisahnya bila aku berjalan ngan anak-anak. Nak makan punyalah bercinta. Ngan Ajim nyer kerenah. Mulut dahlah pot pet manjang. Masa ni Kimi baru aja lepas ngamuk taknak turun keta mainan kat dalam The Curve tuh. Masak betul ngan perangai dia nih. Lain benar Ajim ngan Kimi nih. Nanti aku citer apa yang different antara Kimi ngan Ajim. Menda alah nih lah yang sebabkan Kimi mengamuk sakan kat sana. Malu woooo anak aku sorang nih buat perangai tengah orang ramai2. Hehehehehhe.

Kata tajuk entry Ayam Penyet, pic ayam penyet pon takder. Dah habis makan baru teringat nak amik pic. Malaslah nak taruk, tingat tulang ajala dah nih.

Kimi excited naik car.

Jul 16, 2009

BANYAKNYA DURIAN

First thing in the morning yang Ajim buat, gi kat tepi dinding yang ada selonggok buah durian. Mintak pisau satu pastu jerit kat semua orang
"Ajim nak makan durian nih". Bukaklah durian tuh. Ibu nih malas betullah". Kemain lagik sedap mulut dia sound kat aku camtu. Nak kena cepuk gak budak nih pepagi buta.
Masa tu baru pukul 8.00 pagi. Bekpes pon belum lagik dah nak makan durian plak budak nih. Mmg sajalah tuh nak sakit perut. Kena plak ada buah rambutan sama, lagi ler nak hantu Ajim dibuatnya. Gigihlah aku kopekkan buah durian tuh coz dia nak gak makan. Kalau marah kang, aku plak yang kena marah ngan mak. Almaklumlah Ajim kan cucu kesayangan semua orang.
Dah siap bekpes, Abang aku yang sulong pon sampai, kena plak dia cuti 3 hari, lencun arrr kitaorang makan durian jawabnya. Dia rajin tolong ayah angkut durian kat kebun tuh, harapkan ayah jawabnya mau pengsan. Kena plak tahun nih, rezeki Tuhan beri banyak plak. Alhamdulillah kata ayah aku. aku pon tumpang sama blh makan durian banyak2 n blh share2 ngan kengkawan kat opis gak. Lagipon mak mertua aku dah pesan sesiap, bawak balik durian ngan manggis bebanyak.

Ayah aku dah buangkan duri semua pastu ikat ngan tali senang Ajim nak bawak. Kira tuh dia punyalah.

Nampak dah pokok durian ngan Cempedak yang belum masak lagik tuh. Melambak weih. Sapalah nak makan sok2 nih sebab aku bulan depan tak balik dah, tunggu beraya ajalah.

Ajim jenguk kiri kanan kot2 ada lagi buah jatuh. Haram nak jatuh dah tengahari dah tuh.

Ayah in action. ngah buang duri durian tuh for Ajim.

BALIK KAMPUNG

Aku sebenarnya baru aja balik dari kampung Selasa lepas. Baru ker??? Balik Terengganu nih. Aku memang anak kampung jadik sah2 ler aku kena balik kampung every 2 months paling idak pon. Kang kalau tak balik mak aku konpem pok pek pok pek tak abis. Jadik menunaikan tanggungjawab aku sebagai anak, aku mewajibkan diri aku balik jugak. Lagipon Ajim tepon mak aja manjang tanya durian ada dok?? Ajim kan hantu durian macam citer Gang tuh.
So, tepat jam 16.00 ptg Sabtu lepas aku pon berangkat ler pulang balik Ganu , angkut ngan Bibik2 skalik tuh senang sikit tgk bebudak dua orang tu. Sampai dalam pukul 10.00 malam gak ler. Plus minus benti makan skalik. Nasiblah Ajim ngan Kimi senang tido dalam keta. Kena plak petang tuh mendung aja, tak ler terasa panas. Syok aja tido. Ibu pon tumpang tido gakler.
Sampai umah dalam pukul 11.30 lebih camtu, fuhh bestnya bau durian semerbak sambut aku balik kali nih. Banyak seiiii kat depan tangga tu. Mau pitam nak makan kali nih. Kimi plak menangis bila tgk mak aku , maklumlah dah dekat 2 bulan tak jumpa. Pukul 12.30 lbh baru boleh tido. Mandi plak air sejuk sampai ke tulang. Beshhhh wooo. Kang sambung citer pasal kebun durian bapak aku plak.

Jul 10, 2009

BESDAY AJIM LAGIK

Besday boy ada dua. Hari nih besday si Haris bukannya Ajim. Tak maluuuuu nak cut cake gak.
Present from my SIL , jauh nun beli kat London. Padahal kat KL pon melambak Power Ranger tuh. Apapon Thankssssssssss.
Seee my present. Kat umah baru blh bukak takut orang amikkk. Heheheheheh
Pic kat atas tuh nak tunjuk yang Ajim duk sibuk potong cake lagik. Walaupun before dis dah celebrate pon. Nih kira 2nd time celebrate besday. Kang ngamuk plak tak blh potong kek.
Berapa kali setahun korang sambut besday??? Manusia normal macam aku nih, sekali ajalah. Kalau nak tahu anak aku yang sulung tuh, ntah baper kalilah dia nak sambut besday dia setahun. Actually besday dia on 12/05. Dah konfirm kena cut cake kan. And then masa SIL aku balik dari London , nak celebrate her besday and anak buah aku , dia pon nak cut cake gak. Berapa kali nak potong kek nih Ajim oiii. Layan ajalah.

Jul 8, 2009

NAIK FERI

On the way to Sg. Petani, Abi dia saja jer nak ajak budak2 naik feri especially Ajim yang nak naik big ship macam The Ship kat Batu Feringghi tuh. Kesiannya Ajim, pestime naik feri , nyerlah dia kecut perut. Masa keta masuk dalam feri dia okay lagik, tapi bila ajak dia kuar, siap jerit lagik. "Ajim takut, Ajim takut" ...hehehehehe. Buat malu aja anak jantan aku yang sorang nih. Kimi gak muka ileks aja. Yerlah dia kan suka angin kuat2 kena muka dia. Dia bolehlah gelak. Tuh dalam doktor cakap kena demam campak. Patutnya tak boleh kena angin laut, nanti Kimi lagik miang and gatal badan dia.
Abis semua rambut2 aku kena tiup angin, dah cam rupa nenek kebayan dah aku rasa. Mana mahunya aku nak tempek gambo aku dalam nih. Gambo anak2 aku adalah ngan hubby. Layan gambo ajalah yer. Malas nak citer pon.
Muker takut aja Ajim nih. Pegang tangan Abi kuat2 takut jatuh dalam laut.

Ajim dah tak takut sangat dah. Cam okay ajalah Ibu. Syok aja kena angin laut nih.

Barulah steady skit tuh pun tangan Abi tak gak lepas2. Penakut. Kata Ultraman.

Jul 7, 2009

TRIP TO PENANG

Dah lama bebenor aku n family tak balik ke Penang. Sejak kawin sampai skang mana pernah balik sana coz bukan ada sesapa pon lagik kat Sungai Pinang tuh. Actually aku pon tak tau kat mana kg Muz... yang aku tahu Sg. Pinang aja kat town. Huhuhuhu punyalah teruk aku nih.
Since family Muz semua dah bermastautin kat KL and dah takdak umah kat Penang aku takdaklah beria sangat nak balik Penang. Nothing marrrr. Muz sendiri pon dah 7 tahun tak balik kampung sendiri.
03/07/09 (Jumaat)
Balik aja dari opis aku balik2 terus gi klinik coz Achu nak gi amik MC. Kes sayang cuti yang ada tuh. Aku nekad amik EL ajalah kali nih sebabnya minggu depan plak nak balik kampung aku. Makan durian weih. Dalam pukul 7.30 terus gerak ke Penang . Sampai2 dalam kul 12.00 dah. Stay kat Marine nyer villa . Disebabkan tak selesa we decide stay semalam aja kat situ. Kotor sangat mana nak selesa sebab ramai. Actually we all 3 family tuh yang ramai sangat tak termasuk uncle aku yang tak jadik pegi sebab admitted plak.
Malam tuh aku ngan Muz kuar gak saja nak ronda2 Penang tapi sesatlah plak sebab dah tak tahu jalan sangat. tuhlah sapa suh tak balik kampung. Asyik2 duk rasa diri tuh Irish jadilah macam rusa masuk kampung aja Muz skang nih. Pusing2 Penang sambil duk kenang kisah lama zaman Muz muda2 dulu. Gi tenguk umah Muz yang lama kat Sungai Pinang tapi orang lain dah beli umah tuh. Balik villa around 4.00 am , letih tuh badan tapi layankan ajalah. Lena malam tuh tido coz tak larat sangat badan.
04/07/09 (Sabtu)
Pagi2 buta lagik dah gerak pi Road walk. Nothing for me tapi maybe for them ada nostalgianya. Especially for my father in law tuh. sian plak bila dia cakap semua kawan2 dia dah tak nampak lagi dah. Mana nak adanya lagi coz most of them dah meninggal. Tapi mama n others diam ajalah kan. After breakfast go to Naza hotel and check in. MIL yang bayarkan and she get discount coz pensioner. Okaylah kan. Masa duk lepak2 kat cafe terperasan plak kaki Kimi ada biji2 and kat badan dia ada macam rashes.
Mulalah hati aku rasa cam tak sedap maklumlah skang nih macam2 kes ada kan. Bawak plak Kimi gi klinik. Nasiblah Kimi takder apa2 , just kena demam campak. Tapi aku tak plak rasa camtu, macam allergy Antibiotik aja. Lebih dari doktor plak aku nih. Petang nak gi umah my cousin plak pastu my auntie punya umah. Very nice. Aku pon tak sangka last2 aku sampai gak kat umah Mak Chah nih, my uncle masak tapi dia plak hilang. Tak suka orang ramai2 datang.
After that gi Batu Feringghi plak. Malam pukul 11.30 baru sampai hotel. Letih sei. Apa lagik tido ajalah sampai pagi.
05/07/09 (Ahad
Pagi2 gi bekpes and after check out skalik. Nak gi Guar Perahu plak umah Mak Mah (Muz nyer auntie). Pastu nak gi Sungai Petani umah cousin Muz. Petang balik gi Taiping plak. Malam pukul 8.00 bertolak balik KL. 10.30 sampai dahhhhhhhhhhhh. Letih .
Balik Penang untuk puaskan hati my Father In Law tuh. kata nak gi kubur arwah Nani (nenek Muz) tpi tak pegi pon.
Entry kali nih tanpa gambo. Sebab mmg tak banyak amik gambo pon.