May 10, 2011

08/05/2011 - outing day

Puas mengamuk baru dapat naik Motor nih.
Kat Jusco Au2, sementara nak tunggu Mini Concert AF9.
Ajim lagi in action. Happy tuh even dah besar nak gak naik motor camni. Ish
My Little Dhia Humayra dah setahun pon. Nampak tak sinaran gigi 2 batang kat bawah tuh. Time nih tengah demam, asal makan aja muntah tapi bila tanya gigi mana? Haaaa inilah rupanya.

Apr 25, 2011

1st birthday Dhia Humayra

Budak demam tapi nak main gak kat playground
Model Huggies Ultra tak berbayar
Sedar tak sedar my little princess dah setahun. Kejap beno aku rasa. Latest pic of My Little Dhia Humayra. May Allah bless Her.

Mar 1, 2011

ERTI KEHILANGAN

Sekejap aja masa berlalu aku rasa. Sedar tak sedar dah masuk Mac 2011 pun rupanya. Maksudnya almost 3 month dah arwah FIL tinggalkan kitorang. Tambah-tambah plak bila dah balik umah PIL ni, lagilah terasa dia takda dah. Macam terbayang aja duk panggil semua orang. Sunyi bila dia takda coz masa dia sakit selalu aja panggil2 nama semua orang kat umah. Cuma masa last2 tu , pandangan mata dia kosong , suara dah takmo keluar, makan pon x boleh masuk even air kosong. Terbayang pagi Isnin 20 Disember 2010 hari terakhir sebelum Ba tinggalkan kami, kaki sejuk, bernafas macam susah aja sambil pandangan tak lepas dari wajah yg ada. Tapi tak sapa yg tahu pagi tu, pagi terakhir sebenarnya. Ingat lagi masa tu nak gi keje dah, kuar tangga aku boleh jatuh terduduk depan pintu plak. tanda2 sebenarnya dia tak relakan aku pergi keje hari tu. Mana nak tahu kan. Even hati tak sedap tapi keje kena gi gak. Tak sempat buat apa2 pon, Muz tel dalam pukul 11.15 pagi cakap Ba dah takda. Menggigil kaki rasanya. Cukup ker jasa aku selama ni pada dia yang aku panggil Ba???? Wallahua'lam. Rupanya bukan aku aja yg seba tak kena hari tu, Muz pon sama gak. Mata terkena pintu keta sampai terluka. TAK SAPA YANG TAHU. Hari ni baru terasa apa ertinya kehilangan. CNY yang lepas balik kg bukan dengan niat nak balik cuti aja tapi sambil2 melawat Mak Saudara aku yang sakit kat Terengganu. Ovari Cancer Stage 3. Apa yang aku jangka? Nothing good news. Dah merebak ke seluruh badan. Takda harapan lagi dah. Cuma sejauh mana Mak Ngah mampu bertahan selama tulah kami akan usahakan yang terbaik buat dia. Terbayang lagi air mata Ayah Ngah bila cerita pasal Mak Ngah. Senyum cuma luaran saja. Macam kata cousin aku, ayah menangis tiap malam bila tengok mak ngah sakit macam tu. Ingat lagi Mak Ngah cuma nak balik rumah aja. Permintaan yang terakhir aku rasa. Masa semua orang duk sambut Maulidurrasul, jam 1.30 pagi Mak Ngah pergi tinggalkan semuanya. Alhamdulillah hajat Mak Ngah nak balik rumah tercapai jugak. Cuma 10 hari selepas kami pulang ke KL. Sekurang-kurangnya aku sempat memeluk, cium dan minta maaf atas silap aku selama ni. Syukur ya Allah kerna mudahkan pemergian insan yang aku sayang. Tanpa melalui kesakitan yang teruk. Semoga Roh Ba dan Mak Ngah dicucuri rahmat. InsyaAllah.

KAT SEPITAL SULTANAH NURZAHIRAH

KIMI NGAN DHIA ENJOY AJA MAIN BUAI KAT HOSPITAL SULTANAH NURZAHIRAH, K TRG
TENGOKLAH CAMNA NYER HAPPY DHIA BILA DAPAT MAIN BUAI NIH. dAHLAH RAMAI BUDAK2 DUK NUNGGU TURN NAK MAIN
Dhia n Kimi
I KNOW DAT TAK BAGUS KASI BUDAK2 MINUM SOFT DRINK CAMNI, TAPI TU AJALAH YG ADA KAT MACHINE.
All the pictures actually amik masa balik kg time raya cina ari tuh. Kat Hospital Sultanah Nurzahirah, Kuala Terengganu. Since budak2 x boleh naik kat wad jadik take turn lawat mak sedara. Ni seme Muz nyer keje snap the pic. Anak kecik yang tak tahu lagi apa maksudnya bila gi sepital tuh ada orang sakit. Yg dorang tahu nak enjoy ajalah kan. Ada buai, lenjan sampai puas.

Feb 11, 2011

Balik Dari Trg time CNY

Hidup nih mmg banyak dugaannya, kadang-kadang x terjangkau dek akal fikiran kita. Hari Ahad 6hb tuh akupon dgn semangatnya bersiap nak balik KL almaklumlah aku dah cuti panjang.Kena ingat gak keje kat opis tuh kang x nampak rupa aku plak, keje lagi tinggi dr aku nanti. Dalam pukul 11 aku pon kuar dari umah, nak gi amik Kak Yong dulu pastu baru balik KL. Perjalanan Alhamdulillah cuma masa nak kuar kat simpang Ajil tuh aja yang jalan jammes sikit. Pastu aku pon memulakan operasi pejamkan mata almaklumlah anak2 pon duk tido dah. Pukul 12 ke atas mmg dorg nyer time slep tuh. Senang skit aku bl mcm tu. Tinggallah Muz sensorg drive. Nak sampai highway Pantai Timur Muz tanya nak lalu kot mana, aku jawab kut kuantan ajalah, nanti blh singgah makan skalik kan. Syok2 sembang dah terlepas Kuantan pon. So decide makan kat satu kedai yg pernah we all singgah sblm nih, ingatkan dekatttttttttttt rupanya nu haaa kat Maran. Pukul 3.30 baru blh makan tghr. Stress waaa dibuatnya. Okaylah abis citer, nak kuar ke Karak Highway take time 30 minit. Dari Karak Highway ke KL plak stuck jammed around 3hrs plus gak ler. Malam tuh kiri kanan jalan keta rosak. Ngeri betul mikirkan coz ada budak2 skali. Bontot naik kematu duk lama dalam keta , Muz lagilah ngan tensen keta xdak minyak dah. Ingat nak isi katGenting Sempah, harammm tak blh masuk. Last2 tawakkal jalah , nasib sampai umah gak... 1st time dalam sejarah, dari Trg ke KL amik masa almost 10 hrs. SERIK DAH BALIK TIME RAYA CINA. KENA TUKAR MASA LAIN PLAK UTK CUTI PANJANG.

Jan 26, 2011

CHINESE NEW YEAR

Dis year banyak benar rasanya aku dah amik leave. Hehehehe. Manjang aja ada hal . Start ngan cousin aku kawin, dua2 belah nak kena pi. Meaning dat aku kena amik cuti. Pastu anak buah aku plak ada hal. Nak kena jenguk dia kat Nilai. Next week plak Hari Wilayah, sambung ngan Raya Cina. Cuti sakan dibuatnya dua tiga menjak ni. Hari sabtu ni nak buat kenduri arwah FIL cukup 40 hari (sekejap ajakan dah 40 hari dia takder). Macam baru lagi aku rasa dia duk sakit kat umah, tup2 dah 40 ari pon. Isk. Sempena tahun baru cina, aku pon apa lagik, balik Terengganu ler sampai end of next week. Sakan beb. Ingat nak amik on 31st lagik cuti tapi Muz plak tak blh cuti. Nasiblah. So, send Ajim balik kg ngan Achu dulu. Apapon, entry skang tanpa gambo. Ops Dhia pon dah cukup 9 bulan dah. Still lagik merangkak. Berat pungkok sangat kot.

Jan 11, 2011

3 MINGGU YANG BZ

Dah baper lama yek tak berhapdet ni.. Takder napsu pon ader gak skang. Tambah plak bila ujung2 tahun campo ngan awal tahun campor ngan pemalas ya Rabbi.. Jawabnya mmg tak berhapdet. Actually aku bukan taknak hapdet tapi disebabkan masa dan keadaan tak mengizinkan. First on 20th Disember FIL aku meninggal. Takkan ler aku nak mengadap laptop plak memalam. Pastu bz ngan anak2 especially arrange Ajim nak masuk tadika. Mana nak ngadap orang yang datang rumah nak melawat. Pastu bz ngan cousin kawen lak. Almaklumlah sejak Ba (FIL) takder Muz nak kena ambil alih tanggungjawab ler skang jadi semua refer kat Muz. Jadik aku pon macam senior citizen plak aku rasa sebab semua ngan makcik2 aja. Skrg ni pon asik cuti aja aku dibuatnya. Keje melambak2 duk pending atas meja tuh. Dis week pon nak kena cuti lagi. Bos pon naik boring apa nak sign leave form aku. Semoga dis year better than before.