Jan 25, 2010

SHORT TRIP YG MEMENATKAN

Memang ler penat bila balik Penang day trip macam tu. Letih siot belakang aku dibuatnya. Mana nak layan budak manja Kimi lagi. Nasiblah ada MIL aku yang suka layan anak2 aku berdua tu. Yalah dia pon kesian kat aku nih hah. Ngan perut yang dah memboyot, mahunyer nak selesa jalan jauh-jauh skang nih. Tapi tulah, kesian kat MIL aku plak nak gi tengok mak sedara aku tu, jadi ikutkan ajalah. Dari KL pon 1.30, sesampai kat Penang dalam pukul 5.30 camtu coz hujan lebat lak masa on the way gi Penang.
Even dah selalu pusing Penang, baru hari nih perasan yang Gleneagle Penang nih dulu PMC. Kadang2 nama tak mencerminkan dalamannya. Masuk dalam tu, alahai aku nyer 1st impression, iskkkkk baik Hospital Ampang plak, HUKM pon jauh better than this hospital. Bilik yang 4 org tuh pon... huduhhhhhhh yang amat. Jahatnya aku.
Sian mak sedara aku tuh, rupanya motor dia kena langgar ngan Lori... Nasiblah tak teruk sangat kena. Kalau betul2 kena rempuh tak tahulah apa nak cakap. Tapi tulah, dalam sikit aja kena tuh, bibir kena jahit gak. Badan lebam-lebam. Pastu dia nyer tulang punggung and paha, retak sikit. Makan nak kena bersuap coz tak boleh gerak banyak2 sangat. Dr advise nak kena jaga betul2.
Dalam duk kutuk sepital ni, boleh aku tercicir hp kat sana. Nasiblah ada satu abang tu perasan and simpan hp tu. Siap call lagik cakap hp ada kat dia. Thank you ler kat abang tu. Dalam tuh ada pic sepital yang kaunternyer macam hapa ntah. Tahulah nak sambut CNY.... Nanti ajalah aku upload gambo yer...
Dah sesiap gi Umah Mak Chah Plak (Another MIL nyer adik).... dapatlah gak jumpa ngan Uncle Azmi yang memang susah sesangat nak jumpa ngan dia. This is my first time aku jumpa kalau nak tahu. Lagikan Muz pon dah 12 tahun tak jumpa ngan dia. Huhuhuhu. Punyalah teruk anak sedara. Uncle Azmi yang masakkan Mee Hailam for us , Kimi cakap sedapppppp. Ajim makan sampai habis and Muz pon makan bertambah sepinggan lagik. Heheheeh. Nak kena buat baik ngan Uncle ni, mintak resepi.
Malam pukul 9.30 baru gerak dari Penang balik KLLLLLLL. Ibu letih , kaki kebas sepanjang jalan coz Kimi nak tido atas riba Ibu ajaaaa. Ngan org lain tak mo... Sampai KL dah pukul 1.30 pagi.... Badan aku macam nak relai satu2 part dah ni. Nak kena balik umah Puncak Jalil plak..pukul 3.00 baru blh titon....

Jan 23, 2010

EMERGENCY BALIK PENANG

Dah lama betul rasanya aku tak jenguk Penang, dekat setahun gaklah. Since memang takdak sesapa pon kat sana lagi dah. harapkan Kampung, kampung ajalah yang tinggal, umahnya dah lama jual. Sedara mara adalah sorang dua aja dah. Semua pakat pindah randah ke Kl dah.
Nak jadikan cerita, dalam kul 11.30 ada call dari family Mak Cik Inah ( Mak Sedara Muz) cakap Mak Cik Inah accident, kat Gleaneagle skang nih. Mama pon kelam kabut nak balik gak coz nak tahu gak situasi camna kan. So, jap lagi short trip to Penang. Balik malam ni jugak ke KL. Aku pontak tahu larat ke idak nih. Coz perut aku nih pon lain macam aja. Jangan nak terberanak dahlah. Okay kot coz baru aja 24 minggu kan.
Tawakkal ajalah Ina oiii. Bawak budak2 sekali. Achu kang balik umah Mama aja sebab susah nak balik jejauh Puncak Jalil tu. Dahlah sensorang. Pukul berapalah agaknya sampai KL balik malam ni....

Jan 11, 2010

1ST DAY AJIM AT TKC

Citer dah basi pon pasal anak pi school. Since today (11/01/2010) hari pertama Ajim gi school aku pon berhajat ler nak tunggu dia sampai abih class. Maksudnya kena amik half day ler jawabnya. Disebabkan Ajim belum ada lagi uniform, aku pakaikan ajalah dia ngan t-shirt kaler merah. Pagi2 lagi dah dengar dia meraung tak nak bangun tido. Liat betul ler anak aku sorang ni bangun awal sejak dari dulu lagi.
Before this mmg ler dia bangun dalam pukul 7.30 camtu tapi since nak gi school, pukul 6.45 aku dah kena gerak dia mandi2 dulu. Pukul 7.00 kena siap kuar umah dah. Kang lambat2 tak gi school plak anak aku nih.
Pic mmg takder pon aku amik coz sibuk ngan teacher dia. TKC takder Mandarin class tapi bila bincang balik ngan Muz, we decide hantar Ajim kat TKC aja this year. Dekat ngan umah Mama and cikgu2 kat situ pon kenal Mama and my family, better rasanya. Class in English. Bahasa ada tapi sikit ajalah. Ada swimming kelas start next month. Ajim so excited.
Masuk kelas cam okay aja bila aku babai dia. Muka dia selamba aja. TKC nyer rules yang besh is, parents tak blh tunggu student kat dalam school area. Jadi bila Ajim dah masuk class, aku pon blah balik umah Mama. Pukul 11.30 dah gi keje balik dah.
When aku call Muz camna masa dia balik. He said macam okay aja. Pukul 2.00 baru sampai rumah. Sibuk duk cerita kawan dia ada yang nama Zakwan, ada nama Aqil and gf nama Alisha. Menyengih aja. Tapi citer tuh tak abis kat situ lagi, siap ngadu kat Tok Mama dia yang dia sedih coz Abi ngan Ibu takder kat school. Ajim rasa cam nak nangis aja. Dia siap cakap lagi esok mesti Ajim menangis punya.
Kita tunggu ajalah camna citer 2nd day dia kat school.

Jan 4, 2010

TADIKA UNTUK AJIM

Kelam kabut sungguh aku tahun 2010 ni. Patutnya semuanya lancar macam yang aku rancang. Since ayah aku masuk hospital for operation jadi mmg semua macam tunggang langgang ler jawabnya. Dah nak buat camna.
Skang nih aku rasa cam stress skit coz Ajim belum lagi aku register tadika lagi. Since dia dah 5 tahun kena hantar pi school gak this year. Muz cakap hantar ajalah mana2 tadika pon skang nih. Aku plak nak sesangat Ajim gi tadika yang ada class Mandarin as extra language for him. At least ada 3 bahasa .. BM, BI and Mandarin.
Aku try gak tanya a few tadika ler setakat nih ada 3 pilihan
a) Krista Setiawangsa - Regisration Fee RM 1,115.00 exclusive of transport. Monthly RM 280.00 kalau tak silap aku.
b) Q-dees Setiawangsa - Reg Fee RM 1500.00 exclusive of transport. Monthly tak tahu plak. Tak nak cakap.
c) Smart Readers Wangsa Maju - Reg Fee RM 1750.00 exclusive of transport. Monthly RM 270.00.
d) TKC Setiawangsa - Reg Fee RM 880.00 saja. Monthly RM 220.00 inclusive transport tapi takdak Mandarin Class plak.
Jenuh duk mikir nih. Mana nak hantar Ajim. Still ada kosong lagi for this 4 school tapi kena pk pro & cons gak ni. Aku prefer Krista coz ada Mandarin class tapi transport charge lain pla.
By tomorrow kena register Ajim gak, kesian dia nak gi school sesangat dah. Dia kan dah besar dah of course semangat lebih nak belajar. Jangan hangat-hangat tahi ayam dah.