Dec 14, 2010

ironman vs transformer

KIMI DH BERTUKAR MENJADI TRANSFORMER PLAK. nAK BUAT CAMNA KALAU DA SELALU TGK TV JADI MACAM NILAH. SEMUA NAK BELI.
AJIM PON TAKNAK KALAH... CUMA DIA LUPA NAK PAKAI SARUNG TANGAN IRON MAN TUH. KALAU IDAK BARULAH NAMPAK REAL.
REGA UTK DUA NI AJA DAH 150++. MACAM AJIM TAKPERLAH COZ DIS ONE FOR HIS BIRTHDAY DULU. KAT PIC ADA DATE. KESIMPULANNYA KALAU BOLEH, JANGAN BIAR ANAK2 TGK TV BANYAK SANGAT. DUIT IBU GAK YANG MELAYANG. KAT UMAH KALAU DUA2 IN ACTION NGAN SORE IBU SKALIK NAIK KALAU NAK TAHU. SATU TAMAN BOLEH DENGAR JERITAN MANJA SEORANG IBU...

Dec 8, 2010

Mandi manda

See..three of them.. yang nampak kaki ngan tangan tu their Abi ler...bukan senang nak tengok anak2 main macam ni..Ada alasan2 nyer.. (Opss... kalau mandi kat kolam kecik camni maksudnya kat umah Puncak Jalil)
My dear Dhia nyer lah happy dapat masuk swimming pool kecik nih... Ajim pulak duk agah2 kan adik Dhia tu yang duk menyengih aja. Even maser mula2 masuk dalam air macam terkedu aja.. Lupa yang Dhia takut ngan air yang sejuk ...
Kimi paling suker swimming pool. Dari kecik sampai skang tapi penakut ya Rabbi.. Kat tepi2 ajalah.
Ajim in action. Kat Setiawangsa ni. kat umah Muz.. Meaning that umah PIL.
Yang selalu nak gi swim Kimi tapi bila sampai swimming pool mmg taknak masuk except aku masuk skalik. Tu pon siap boleh dengar suara satu apartment tuh. Tapi tulah aku tak suka sangat anak2 mandi swim lama2 sangat coz 1) Ada aja yang balik umah selsema..stress aku dibuatnya 2) Demam bila main air coz tak tahan sejuk especially Kimi 3) Taknak balik umah.. tu yang tak tahan tu. Mulalah hangin aja dibuatnya.. If ujung minggu tak gi mana2 biasanya bawak dorang pi KLCC ajalah. Dhia tukang tgk, tinggal Ajim ngan Kimi aja yang duk lenjan lelama sampai ketar2 badan tuh. Tapi tulah, ramai sangat orang bila weekend nih.

Nov 30, 2010

Pagi yang indah

Hari Ahad memaglah hari yang ditunggu dek Ajim ngan Kimi. Masa tuh ajalah boleh bawak dorang gi mana-mana. Nak gi playground or window shopping kat KLCC. Since this week cuaca tak berapa nak cantik, cadangan asal nak gi jalan2 kat MAHA tak jadik. Tambah plak ngan Dhia macam ada fever skit. So cncel ajalah plan first tuh.
Ajim duk merengek nak swim tapi tulah dah sia mandi pepagi takkan nak beredam lagi. Nampak macam cuaca pon elok ajakan. Aku pon kejap nak gi playground kat Petronas tapi bila pk2 balik, ada gangguan dan pencemaran udara skit. Tak jadi. We decide gi Tman Bukit jalil ajalah. Alah kat simpag tuh, dekat nga Petronas and Shell.
Aku kan dah terkenal ngan pemalasna, nak tolak stroller Dhia naik bukit pon tak larat. Pastu aku duk melepak baca paper sesambil jeling skit2 kat Ajim ngan Kimi yang ralit main tu. Alah apa nak kisah, janji budak2 enjoy dahlah.

Dhia in red dress

Dia duk melalak bila pakaikan baju. Maunya tak dia kan memang terkenal ngan lasaknya.
Ibu cari jalan ngan kasi puting kat Dhia. Baru jalan. Tapi tengoklah anak dara sorang nih, angkat kain sampai nampak apa yang tk patut nampak.
usik Dhia lagik, nasib tak melalak. Kekadang saja2 usik Dhia sampai dia menangis, comel plak tgk muker Dhia bl nangis.

Barulah nampak muka Dhia ngan dress tuh. Actually aku tempah ngan Durra Lupa lak dia nyer web page. ( Here the add http://durratulain.blogspot.com Atually ada 2 pasang dress 4 Dhia, tak sangka plak baju blh tak muat. Dh besar sangat ker Dhia ibu nih. Nasiblah Durra nak gantikan dengan yag lain. Really sorry yea Durra coz tak pasal2 nak kena jahit lain untuk Dhia. Next time akak order lagi tapi siap kasik ukuran lah. tak nak berulang lagi.

Nov 12, 2010

DAH START HUJAN PLAK DAH

Setiap kali masuk bulan sebelas aja aku mesti macam bosan skit tau. Salah satu sebabnya musim hujan dah nak start dah. Yang beshnya kat kampung takderlah teruk sangat hujan. Kat KL ni dia nyer musim hujan petang dah start dah. Sebab tuh kain baju semua malam2 dah siap basuh n sidai sekalik. Tapi tahun nih disebabkan Raya Haji aku tak balik Terengganu jadi tak tahu macamna sitasi. Aku just hantar Ajim aja balik wakilkan aku ngan Muz....nak buat macamna. Ajim kena balik coz diakan cucu kesayangan mak aku. Kalau tak balik mahu tangkap leleh pagi2 raya. Ajim balik ngan Achu ajalah naik bas on hari Selasa malam tuh... Since Ajim nyer tadika cuti 2 hari, ajim cuma tambah cuti sari lagik. Lagipon hari Jumaat kan school kejap aja kata Abi dia. Ada excuse ler nak cuti on Friday pas raya tu. Makcik gak duk kat umah aja. Tunggu orang datang umah mama ajalah. Bila musim hujan aja, perkara yang paling aku tak suka...apalagi jalan jammeddddddddddddd manjang. Macam pagi tadi, adus sejam on the road dari Bukit Jalil nak sampai setiawangsa. Bercinta dibuatnya. Nasiblah bukan aku yang drive kalau idak mahunya aku menjerit kat tengah MRR2 tu. Jadi get ready nak rempuh jammed tiap hari jawabnya. BARU TERINGAT BAJU MELAMBAK TAK BASUH COZ SKANG SEMUA NAK KENA BUAT SENDIRI.... MAID YANG NAK KEJE TUH TAK JADI KEJE COZ DIA PREGNANT NAK MASUK 2 BULAN DAH... MANA LARAT NAK JAGA BUDAK2 TU...

Oct 31, 2010

DHIA AT 6 MONTH

Dhia dah besar pon skang. Kejap aja masa berlalu rasanya. Tak sedarkan dah masuk 6 bulan pon Dhia.
Dhia baru aja pandai meniarap. lambat gak kalau bandingkan ngan abang2 Dhia. Tapi mulut ya rabbi tak tahu nak duk diam aku tengok. Kalau nak tido lagilah bising menceceh. Pastu ada satu perangai yang aku naik meluat aku tengok, kalau nak tido malam kena peluk2, cium pipi, dahi baru nak tido. Kalau tak tak der nyer nak tido sampai sudah.
Boringnya tak boleh upload pic pulak... Skang slalu jadi macam ni, error manjang. Kalau idak boleh add pic Dhia masa 1st time meniarap hari tu.. Skang Dhia pon dah start makan cerelac 3 times a day. Susu macam biasa still lagi siang 4 botol, malam 3 botol.
Siang2 aku biarkan aja Dhia duk atas tilam, biar dia golek2 baru cepat skit merangkak. Kalau idak nanti semua lambat dia belajar.

Oct 22, 2010

NO UPDATE COZ I'M SWING

Aku pon tak tahu apa perasaan aku skang. Sedih, geram, marah & macam2 lagiklah. Semua bercampur baur plak. Semua serba tak kena dibuatnya. 1)Cukup marah ngan maid aku yang tetiba aja nak benti. Kiranya dah masuk 2 minggu maid aku takder nih. Dah tak larat nak cari ganti pon. Stress waaa. 2)Sedih bila FIL aku kena admitted coz of dia kena strok... Bila tgk muka dia aku pon tak tahu nak describe dia nyer keadaan macamna. Aku rasa left side semua dah tak function coz tangan n kaki dah tak boleh angkat. Based on dr, takder harapan untuk sembuh macam dulu. 3)Geram bila ada staff yang ngadu domba katakan aku yang sebabkan dia kena berhentii keje. Wahhh hebatnya aku kalau macam tu. Sepatutnya dia tanya pada dia nyer managerlah why big boss suh dia benti... Macam2 hallah dalam dua minggu nih. Ngan aku amik cuti 4 hari dah dalam this 2 weeks. Silap2 gaya aku plak yang kena benti keje nih. Nauzubillah lah kan. Still lagik nak keje... untuk penuhi kemahuan aku sendiri tuh... nak baju baru, kasut baru, beg baru.. hhuhuhu. Dalam dua minggu nih jugak aku duk ulang alik ke HKL , tido kat umah MIL aku kat Setiawangsa. Apa jadik kat umah Puncak jalil pon aku tak tahu. Ishhhh. Apapon setiap yang berlaku ada hikmahnya. Aku dah dapat maid baru , tapi just on 1st November baru start keje. Alhamdulillah ada lagi rezeki anak2 aku untuk dapat yang lagi baik. Akak nih indonesia tapi dah PR pon. Mama pon dah biasa ngan dia dulu.

Sep 29, 2010

BETUL KER?

Baby Dhia duk demam, batuk siap ngan selsema skalik sekarang ni. Nak dijadikan cerita Dhia just masuk 5 bulan masa dia demam tuh. Betul ker orang tua-tua cakap (orang lama-lama) baby demam coz nak tukar bulan. Aku duk peratikan jugak, anak2 aku sebelum nih memang tiap kali 2,3 hari nak tukar bulan aja mestoi ada yang tak kena. Demam ker, selsema ker... Bukan nak percaya tapi terfikir gak tuh. Yang kesiannya Dhia lah, kecil2 nak kena makan ubat. First time plak tu. Alhamdulillah dah 5 bulan pon, inilah kali pertama kena jumpa dr coz demam2. Timbang semalam Dhia pon berat dah 6.7 kg. Taklah banyak sangat naik tapi naik gak , pikirkan ngan Dhia demam lagik. Minum susu pon kurang. NO pic of Dhia. Nantilah bila pree aku upload.

Jul 20, 2010

DHIA HUMAYRA

Nilah baby Dhia Humayra , anak dara kesayangan aku . Time nih dah nak masuk sebulan pon Dhia. Baru aja nak kenalkan kat kengkawan semua.
Masa ni plak dalam Dhia umur 5 hari.
DHIA HUMAYRA BINTI MUZAFFAR
LAHIR KAT HUKM ON 24 APRIL 2010 PUKUL 6.30 PETANG. BERAT 2.9 KG.
Lahirkan baby Dhia memang suatu pengalaman yang cukup indah buat aku. First coz Dhia is my first baby girl. 2nd Sakit nak bersalin pon kejap aja. Hari nak bersalinkan Dhia aku sempat lagi pergi opis buat keje. Pukul 2 admitted and then pukul 5 pecahkan air ketuban. 6.30 dhia dah lahir. This is first time Abi temankan aku kat labour room. siap boleh buat lawak lagi. Takder apa2 pon ubat penahan sakit aku ambik. memang betul2 rasa sakit bersalin macamana.
Apapon Alhamdulillah, hajat Mama nak cucu girl kesampaian gak becoz side Muz takder sorang baby girl pon lagi. So, Dhia aja cucu pompuan Mama. Beli baju pink pon macam tak hingat dunia aku skang ni. Cute sesangat baju girl.

BARU NAK JENGUK UMAH YANG DAH BERSAWANG

Lama sungguh rasanya aku tinggalkan umah ni. Dah nak masuk 3 bulan dah nih. Sejak sarat peknen sampailah Baby Dhia dah nak masuk 3 bulan.
Ops lupa plak.. Baby Dhia Humayra is my new baby. Born on 24/04/2010 at HUKMC. Nanti aku tempekkan pic bila dah okay semua. Awal bulan 8 barulah aku pree nak berjinak balik ngan aktiviti lama aku ni.
Bila ada masa nak aku bersihkan sawang yang ada kat umah ni. Make up biar cantik2 skit barulah rasa nak jenguk umah. Kalau semak camni, hati pon tak senang.

Apr 6, 2010

MAMA KE MEKAH FOR UMRAH

Sungguh tak meriah kalau entry takder gambo... Pesal ler jadik camni aku nyer blog nih. Tuh yang buat aku bertambah malas nak hapdet.. Yerlah manjang kosong.. Pagi nih pukul 4.00 pagi dah bangun siap2 nak gi KLIA anto Mama. Nak kena ada kat sana dalam pukul 6.30 camtu. Alhamdulillah akhirnya Mama diberikan rezeki untuk gi umrah tahun nih. Adik ipar aku yang sponsor kali nih untuk Mak, Ayah, abang dia. Pastu Mama and Tasha. Ada rezeki lebih jadi dia dah niat nak hantar depa pi Umrah. Pukul 6.15 camtu dah sampai KLIA pon. Ngan Kimi duk merap aja skang nih. Tak larat makcik nih dibuatnya. Since flight pukul 10.00 sempatlah bekpes kat sana. Ajim plak punyalah happy sangat sampai termuntah2 coz baru lepas makan, perut penuh. Pukul 9 Mama check in and we all gerak balik dalam pukul 10.00 lbh. Badan memang tak larat nak gi keje tapi nak buat camna nak kena gi opis gak settlekan apa yang patut untuk Subsidi Diesel nyer application. Teruk sesangat aku rasa. Kaki pon sampai bengkak coz kat KLIA takdak tempat duduk. Nak kena berdiri lama plak tuh... Apapon aku doakan Mama ngan Tasha selamat pergi dan balik.

Mar 5, 2010

GILA BACA NOVEL

Kadang-kadang hobi lama aku datang menjenguk gak skali skala. Almaklumlah skang ngah bz sesangat mana ada masa nak buat keje yang sangat berfaedah ni. Since aku malam-malam ada sindrom tak boleh tido plak, aku amik keputusan baca buku. Bila keje lain dah siap aku boleh layan baca novel sampai 2-3 pagi. Dis week saja aku dah habiskan 4 biji novel yang aku pinjam ngan opismate. Ada lagi 2 biji nak aku abiskan weekend ni. Kata MIL aku, tu hobi yang bagus tapi jangankan ikutkan hati sangat coz badan nak kena rehat gak. Baru bb sihat. Betul,betul,betul. aku percaya semua tu coz bila aku bangun pagi aku ngantuk sesangat. Pukul 6 baru boleh bangun tidoooo. Letih plak tuh. Tapi satu yang aku perasan... kaki aku tak cramp lagi dah. Maybe sebab aku tido tak lama sangat. Malaslah nak hapdet coz pic tak boleh upload. Poblem aja manjang.

Mar 1, 2010

CHECK UP AT 29 WEEKS

This is my first time pegi klinik gov for check up... Aku pon bergegas ler coz appointment semua dah buat sesiap dek since last month lagik...ni pon baru nak hapdet sedangkan citer sebenarnya dah basi. Aku nyer appointment pukul 11.00 pagi tapi macam excited plak coz tak tahu camna HUKM nyer situation kan. Pukul 9.30 aku dah sampai kat sana. Naik boring plak rasanya , pusing2 HUKM cari cafe rupanya dah tutup for renovation. Kenapa aku pilih HUKM plak kali ni??? Coz my cousin gynae kat sana so dia cakap buat aja kat sana, nanti dia boleh uruskan semua sampai aku bersalin. Aku pegi pon dia dah buatkan sesiap appointment card, buku pink tuh pon dah ada skalik ngan refer letter. Banyak senang betul aku kali nih. 18/02/2010 tuh ler tarikhnya appointment aku tuh... Pukul 10 aku dah letak kad aku sesiap kat kaunter... punyalah jakun wei tak pernah pegi gomen.. hehehhee.. sedangkan semuanya sama aja. Kena timbang, amik pressure patu test urine cam kat PUSRAWI gak. Patu gi scan baru jumpa doktor. Since my cousin dah tak buat check up kat klinik bawah nih, dia suh kawan dia ajalah yang buat check up... Tapi masa deliver dia akan buat semua... Baby dah engage dah... pala kat bawah .. Alhamdulillah. Tapi yang buat saspen tuh still tak nampak gender lagik... boy ker girl aaaaarrr. Nakal plak si kecik nih, main sorok2 plak. Baby berat around 1.3 kg skang nih.. Mak budak dah naik jadik 53 kg... gemuknyaaaaaaaaaa. Naik 3 kg tuhhh... Makan apa ehhhh yg banyak sangat naik berat nih. Kaki pon dah cam bengkak sikit time tuh... Tapi bb okay Alhamdulillah. Kadang-kadang rasa macam dah tak sabar lagi nak tunggu bb kuar... Tak larat betul this time peknen.. Makan pon tak berapa nak selera. Perut rasa macam penuh dah.. Penuh ngan bb nih hah... Apapon harap2 semua okay nanti. Next check up 1/04/2010. Lambat lagi plak next appt. Alasan dr coz aku mmg buat regular check up kat Klinik panel, rekod semua okay. Pressure okay, no diabetis and baby dah engage. Jumpa dr masa 35 weeks plak....

Jan 25, 2010

SHORT TRIP YG MEMENATKAN

Memang ler penat bila balik Penang day trip macam tu. Letih siot belakang aku dibuatnya. Mana nak layan budak manja Kimi lagi. Nasiblah ada MIL aku yang suka layan anak2 aku berdua tu. Yalah dia pon kesian kat aku nih hah. Ngan perut yang dah memboyot, mahunyer nak selesa jalan jauh-jauh skang nih. Tapi tulah, kesian kat MIL aku plak nak gi tengok mak sedara aku tu, jadi ikutkan ajalah. Dari KL pon 1.30, sesampai kat Penang dalam pukul 5.30 camtu coz hujan lebat lak masa on the way gi Penang.
Even dah selalu pusing Penang, baru hari nih perasan yang Gleneagle Penang nih dulu PMC. Kadang2 nama tak mencerminkan dalamannya. Masuk dalam tu, alahai aku nyer 1st impression, iskkkkk baik Hospital Ampang plak, HUKM pon jauh better than this hospital. Bilik yang 4 org tuh pon... huduhhhhhhh yang amat. Jahatnya aku.
Sian mak sedara aku tuh, rupanya motor dia kena langgar ngan Lori... Nasiblah tak teruk sangat kena. Kalau betul2 kena rempuh tak tahulah apa nak cakap. Tapi tulah, dalam sikit aja kena tuh, bibir kena jahit gak. Badan lebam-lebam. Pastu dia nyer tulang punggung and paha, retak sikit. Makan nak kena bersuap coz tak boleh gerak banyak2 sangat. Dr advise nak kena jaga betul2.
Dalam duk kutuk sepital ni, boleh aku tercicir hp kat sana. Nasiblah ada satu abang tu perasan and simpan hp tu. Siap call lagik cakap hp ada kat dia. Thank you ler kat abang tu. Dalam tuh ada pic sepital yang kaunternyer macam hapa ntah. Tahulah nak sambut CNY.... Nanti ajalah aku upload gambo yer...
Dah sesiap gi Umah Mak Chah Plak (Another MIL nyer adik).... dapatlah gak jumpa ngan Uncle Azmi yang memang susah sesangat nak jumpa ngan dia. This is my first time aku jumpa kalau nak tahu. Lagikan Muz pon dah 12 tahun tak jumpa ngan dia. Huhuhuhu. Punyalah teruk anak sedara. Uncle Azmi yang masakkan Mee Hailam for us , Kimi cakap sedapppppp. Ajim makan sampai habis and Muz pon makan bertambah sepinggan lagik. Heheheeh. Nak kena buat baik ngan Uncle ni, mintak resepi.
Malam pukul 9.30 baru gerak dari Penang balik KLLLLLLL. Ibu letih , kaki kebas sepanjang jalan coz Kimi nak tido atas riba Ibu ajaaaa. Ngan org lain tak mo... Sampai KL dah pukul 1.30 pagi.... Badan aku macam nak relai satu2 part dah ni. Nak kena balik umah Puncak Jalil plak..pukul 3.00 baru blh titon....

Jan 23, 2010

EMERGENCY BALIK PENANG

Dah lama betul rasanya aku tak jenguk Penang, dekat setahun gaklah. Since memang takdak sesapa pon kat sana lagi dah. harapkan Kampung, kampung ajalah yang tinggal, umahnya dah lama jual. Sedara mara adalah sorang dua aja dah. Semua pakat pindah randah ke Kl dah.
Nak jadikan cerita, dalam kul 11.30 ada call dari family Mak Cik Inah ( Mak Sedara Muz) cakap Mak Cik Inah accident, kat Gleaneagle skang nih. Mama pon kelam kabut nak balik gak coz nak tahu gak situasi camna kan. So, jap lagi short trip to Penang. Balik malam ni jugak ke KL. Aku pontak tahu larat ke idak nih. Coz perut aku nih pon lain macam aja. Jangan nak terberanak dahlah. Okay kot coz baru aja 24 minggu kan.
Tawakkal ajalah Ina oiii. Bawak budak2 sekali. Achu kang balik umah Mama aja sebab susah nak balik jejauh Puncak Jalil tu. Dahlah sensorang. Pukul berapalah agaknya sampai KL balik malam ni....

Jan 11, 2010

1ST DAY AJIM AT TKC

Citer dah basi pon pasal anak pi school. Since today (11/01/2010) hari pertama Ajim gi school aku pon berhajat ler nak tunggu dia sampai abih class. Maksudnya kena amik half day ler jawabnya. Disebabkan Ajim belum ada lagi uniform, aku pakaikan ajalah dia ngan t-shirt kaler merah. Pagi2 lagi dah dengar dia meraung tak nak bangun tido. Liat betul ler anak aku sorang ni bangun awal sejak dari dulu lagi.
Before this mmg ler dia bangun dalam pukul 7.30 camtu tapi since nak gi school, pukul 6.45 aku dah kena gerak dia mandi2 dulu. Pukul 7.00 kena siap kuar umah dah. Kang lambat2 tak gi school plak anak aku nih.
Pic mmg takder pon aku amik coz sibuk ngan teacher dia. TKC takder Mandarin class tapi bila bincang balik ngan Muz, we decide hantar Ajim kat TKC aja this year. Dekat ngan umah Mama and cikgu2 kat situ pon kenal Mama and my family, better rasanya. Class in English. Bahasa ada tapi sikit ajalah. Ada swimming kelas start next month. Ajim so excited.
Masuk kelas cam okay aja bila aku babai dia. Muka dia selamba aja. TKC nyer rules yang besh is, parents tak blh tunggu student kat dalam school area. Jadi bila Ajim dah masuk class, aku pon blah balik umah Mama. Pukul 11.30 dah gi keje balik dah.
When aku call Muz camna masa dia balik. He said macam okay aja. Pukul 2.00 baru sampai rumah. Sibuk duk cerita kawan dia ada yang nama Zakwan, ada nama Aqil and gf nama Alisha. Menyengih aja. Tapi citer tuh tak abis kat situ lagi, siap ngadu kat Tok Mama dia yang dia sedih coz Abi ngan Ibu takder kat school. Ajim rasa cam nak nangis aja. Dia siap cakap lagi esok mesti Ajim menangis punya.
Kita tunggu ajalah camna citer 2nd day dia kat school.

Jan 4, 2010

TADIKA UNTUK AJIM

Kelam kabut sungguh aku tahun 2010 ni. Patutnya semuanya lancar macam yang aku rancang. Since ayah aku masuk hospital for operation jadi mmg semua macam tunggang langgang ler jawabnya. Dah nak buat camna.
Skang nih aku rasa cam stress skit coz Ajim belum lagi aku register tadika lagi. Since dia dah 5 tahun kena hantar pi school gak this year. Muz cakap hantar ajalah mana2 tadika pon skang nih. Aku plak nak sesangat Ajim gi tadika yang ada class Mandarin as extra language for him. At least ada 3 bahasa .. BM, BI and Mandarin.
Aku try gak tanya a few tadika ler setakat nih ada 3 pilihan
a) Krista Setiawangsa - Regisration Fee RM 1,115.00 exclusive of transport. Monthly RM 280.00 kalau tak silap aku.
b) Q-dees Setiawangsa - Reg Fee RM 1500.00 exclusive of transport. Monthly tak tahu plak. Tak nak cakap.
c) Smart Readers Wangsa Maju - Reg Fee RM 1750.00 exclusive of transport. Monthly RM 270.00.
d) TKC Setiawangsa - Reg Fee RM 880.00 saja. Monthly RM 220.00 inclusive transport tapi takdak Mandarin Class plak.
Jenuh duk mikir nih. Mana nak hantar Ajim. Still ada kosong lagi for this 4 school tapi kena pk pro & cons gak ni. Aku prefer Krista coz ada Mandarin class tapi transport charge lain pla.
By tomorrow kena register Ajim gak, kesian dia nak gi school sesangat dah. Dia kan dah besar dah of course semangat lebih nak belajar. Jangan hangat-hangat tahi ayam dah.