Feb 3, 2009

AJIM PEGI MENGAJI

Aku ngan Muz mmg bercadang nak hantar Ajim gi mengaji bila dia dia cukup 3 tahun. So, dalam bulan 6 tahun lepas aku start hantar Ajim ngaji dari pukul 8.00 sampai 10.00 pagi tiap hari kecuali hari Sabtu ngan Ahad cuti dengan ngan umah. Tapi nak dijadikan cerita aku terpaksa berhentikan Ajim sebab Ajim dah kena dera ngan sorang budak kat tempat ngaji tu. Masa tu baru sebulan Ajim ngaji kat situ.
Balik dari keje petang tu mama cakap ngan aku Ajim kena pukul ngan budak kat tempat ngaji tu. Aku dah gigil kaki tangan geram plus ngan sedih bila Ajim yang kecik tuh kena pukul. Mama cakap ngan aku dia tak nangis pun tapi dia cakap ngan Bibik dia sakit kat belakang masa balik dari ngaji. Bibik tengok ada bekas2 jari kat belakang ngan kaki dia. Aku ngan tak tuko2 baju kerja gi umah ustazah tu, ingat nak gi tanya dia pasal hal tu. Pukul 7.30 baru blh jumpa ngan ustazah coz class lepas maghrib baru start utk sesi malam.
Punyalah sakit hati aku bila ustazah tuh boleh cakap Dia tak tahu coz Ajim tak nangis pon. Aku siap amik pic lagik nak jadikan bahan bukti kat parent budak tu. Ajim dahlah paling kecik kat situ bayangkan camna Ustazah tu boleh biarkan anak murid dia buat camtu. Sakit hati aku ni bila pk balik. Start from that day Ajim dah tak mahu dah pi ngaji kat situ sebab takut kena pukul. Aku paksa gak hantar dia gi ngaji tapi bila kau tengok muka dia lain macam aja tiap kali nak ngaji. Aku decide berentikan antar dia. tak sanggup aku nak hantar lagik Ajim kat situ.

Wajah Ceria Ajim nak Gi Ngaji . Masa ni riang ria lagi sebab semua okay. Abaikan mata Ajim yang sepet coz baru bangun tido.

Kesan kat belakang ngan kaki Ajim yang buat aku membara tuh.

Macam kena dera pon ada gak si Ajim ni aku tengok. Wah boleh plak aku soal siasat semua budak yang ngaji kat situ sapa yang pukul Ajim. Aku siap tunggu lagi kat tempat ngaji sebab aku tak puas hati. Ajim kecik lagik tuh, boleh main2 pukul plak anak aku. Geram sesangat. Akhirnya aku tahu gak sapa budak tu, coz dia ada belajar tuisyen ngan Mama. Tapi aku tak cakap ngan parents dia coz tahu dia nyer background camna. Kesian plak bila aku pk kan, nanti tak pasal2 lak dia kena balun ngan makpak dia. Tapi akhirnya budak tuh parent dia tahu coz bibik aku cakap ngan bibik dia. Aduh, tak boleh nak cover line plak.

No comments:

Post a Comment