Aug 7, 2009

SHOPPING,SHOPPING,SHOPPING

Penyakit aku yang kuat shopping nih bertambah2 teruk sejak 2 menjak nih. Kena plak time2 nak puasa , naik risau aku mikirkannya. Kena plak sekarang sale sana sini. Bermaharajalelah aku kat shopping mall jawabnya. Ngan shopping kat internetnya, ngan shopping kat mall bila balik plak. Mahu kering duit dalam poket nih, tak sempat nunggu hujung bulan.
Macam last friday, aku pergi kat Jakel nak beli kain baju melayu for Ajim ngan Kimi, dah melayang RM 400.00 utk budak kecik 2 orang tu. Belum kira beli kain samping plak untuk Abi ngan Ajim. Tambah lagik another 120.00. Last2 kat situ aja dah abis kat 1k dah. Sengkek makcik dibuatnya. itu baru part baju melayu. Baju untuk jalan2 plak camna. Plan malam kang nak gi Isetan untuk members day. Kot blh rembat selai dua. Kita tengok ajalah esok camna. Ada tak hapdet for shopping malam ni.
Sekarang aku dah boleh tahan diri dari beli baju kat diri sendiri coz tengah gian beli baju kat anak2 plak untuk raya. Ibu takpa nanti beli slow2 lepas dah settle dorang. Ibu nyer part beli pakaian, Abi nyer part plak kena beli kasut untuk dorang. (Kasut murah aja ler Abi, tang seluar budak2 tak tahan tuh bila dua2 boy, mahal siot). Dalam duk2 taknak beli tuh, terbeli gak malam tadi satu glincher and satu Crocs Havana untuk diri sendiri. Jangan marah yer Abi, itu duit ibu sendiri tau.
Apapon, selamat bershopping untuk semua.

1 comment:

  1. hahahaa..samala penyakit kita nih..ish nk jmpe doktormana ek..ekek;D
    uish nape u xamik part beli kasut..murah sket..even kalu mahal pn xpe sbb beli sepasang jek..ekeek:D

    ReplyDelete