Nov 19, 2008

Geram Giler Nih

Arghhhh...rasa cam nak menjerit pon ada gak hari nih. Ilang trus mood nak buat keje. HR dah panggil sign surat increament tapi alamak RM1--.-- aja naiknya. Apalah yang kedekut sangat nih. Keje berlambak n tambah2 lagik keje. Tapi tang nak increase kan gaji staff cukup ler berkira. Nih aku lak yang nak berkira ngan company nih.
Dahlah bonus TAK PERNAH ADA. Tahun nih dah masuk 6 tahun aku keje tapi gaji ciput aja. Paling tinggi pon naik 1--.-- aja setakat ni. Tapi tulah dalam duk camtu aku blh lak tahan ngan co aku nih, dah masuk ENAM TAHUN NIH.. Lama woooo aku rasa. Malas nak kejeeeeeeeeeeee. Ingat aku nih apa, kuli batak dorang ker. Keje semua nak suh buat . Kadang2 dah merangkap secretary GM aku nih pon ada gak. Bukan aku nak mengungkit tapi tulah TAK PUAS HATI ler. Masa secretary dia MC dalam 10 Bulan tuh, sapa lagi yang tolong dia kalau bukan aku. Nih makcik nih jugak tau. Orang lain mana dia nak percaya tolong keje dia. Aku suh dia cari sec baru , dapat 2,3 hari keje, dah dia suh antar tempat lain. Macam2 ler dia nyer alasan. Keje lembab ler, susah nak paham ler. Abis keje aku sapa nak buat????? Silalah jawab .
Aku sayangkan co nih bukan apa, keje blh tolak ansur. enviroment kira okay ler. Ngan boss aku okay. My transport Manager lagik ler okay, siap boleh aku lak yang marah dia. Mana nak carik co. yang staff boleh marah boss nih. Tulah dalam dok marah2 tuh.. ada gak yang cakap ngan aku..
"RILEKSLAH AKAK, ADA GAK NAIK RM1--.-- PON, TAK MACAM SAYA NIH, LANGSUNG TAKDOK".
Tapi sebenarnya aku tetap TAK PUAS HATI. Pic kat bawah nih tak der kena mengena pon dgn rasa tak puas hati aku tuh. Saja jer nak join tuh.

No comments:

Post a Comment