Jan 31, 2009

DAH NAK JADIK NURSE

Akhirnya dalam famili aku ada gak yang bakal keje ngan gomen. Kalau idak semua nak masuk private sector aja. Bila pk2 balik keje gomen nih bagus ada jaminan masa depan @ masa tua. Yalah nanti ada pencen, nak buat loan rumah senang, loan keta senang, serba serbi senanglah jawabnya. Sebulan yang lepas masa tahun baru 01.01.2009 aku, Muz, Ajim n Achu (Adik aku yang bongsu, tapi mang pon aku ada sorang aja adik) bertolak ler ke Nilai antarkan Kak Yong (Anak abg aku yg sulung) ke Kolej Jururawat kat sana. Abang aku ngan family dia pun ikut samalah kan. Nih firstime anak dia study jauhlah kiranya. Before dis Kak Yong kat Uitm tapi dapat offer kat sini dia quit UiTM tu.
Mak aih jauhnya dahlah masuk dalam utan kelapa sawit. Ngerinya kalau aku nak belajar jauh2 camtuh. Maunya aku tolak aja tawaran tu. Asalnya anak buah aku nih dapat masuk PNC kolej atas tawaran dari Kementerian Kesihatan Malaysia tapi dia belajar aja kat KPJ nyer kolej. Elok gak tu belajar kat kolej swasta dapat gak tgk apa yang different ngan kat hospital gomen kan. Sampai2 dalam pukul 8.45 org dah ramai dah duk beratur nak register kan anak2 dorang.
Aku bukan nak komen apa pun, tapi cukup tak sistematik cara dorang, berterabur ko ngan takder sign mana tempat nak register, apa nak buat pastu. At least tampal ler tentative program dorang kan. Nih mencanak aku duk kat luar tuh ngan Ajim. Nak pi minum ya ampun dia nyer cafe tak lalu aku dibuatnya. Dahlah kecik apa pon takdak nak beli. Aku duk pk camnalah Kak Yong nak survive duk kat situ kang. Nasiblah kejap aja dalam 2,3 bulan pastu nak transfer kat mana2 cawangan KPJ ler. Dalam pukul 11.00 baru nak start taklimat. Pukul 2.00 baru siap semua. Boring siot aku kat situ.
Tuh belum lagi tgk dia nyer hostel dorang. Teruk benarlah aku tgk. Ngan takder dapur nak masak, toilet satu. Satu apartment share kalau tak silap aku dalam 10 org. Sendiri pk ajalah camna crowded nya dalam umah tu. Mahu aja aku carikan umah lain kat Kak Yong tuh rasanya. Gomen bayar mahal2 kat dorang camtu yang dorang sediakan kat student . Aduh, tak puas hati betul aku bila pk balik. Makan pun nak kena beli sendiri nasiblah anak buah aku dapat elaun bulanan dalam 600 camtulah , lepaslah for makan kan. Harap2 Kak Yong cepatlah boleh blah dari sini.
Ni kat depan reception dorang. Nama kolej tuh cam blur skit kan.

Yang kat bawah nih bilik lecturer dorang. Nampak cam teratur gakkan.

No comments:

Post a Comment