Oct 13, 2009

BILA MAID GATAL NAK KAWIN

Asyik ajalah mengeluh dua tiga hari ni. Mana idaknya bibik yang ku sayang-sayang, ku tatang-tatang tu dah benti keje. Nak nangis pon tak guna gak. Benda dah jadi.
Alkisahnya hari Sabtu aku pon balik ler tido kat umah Puncak Jalil ngan bibik sekali ler. Almaklumlah kat umah sana kan macam berterabur lagi , jadi aku decide takyah ler masak kat umah. Jom gi makan kat luar semua. Ajak bibik, dia taknak ikut plak. I dont mind ler coz mmg dia slalu macam tu sebelum ni pon. Cuma aku heran sikit coz dia asyik duk berkepit ngan hp dia aja skang ni.
Balik dari makan tu macam biasalah kemaslah umah skit kan. Dia pon aku tgk cam biasa ajalah. Cuma dia adalah sebut ayat bunyi lebih kurang camnilah
" Susah-susah sangat, bibik kawin ajalah ngan Madi tu". Nama lelaki tu Madi. Aku buat tak kisah ajalah. Ingat dia gurau2 aja.
Pagi soknya (Pagi Ahad) dia siap masakkan breakfast macam biasa, siap settlekan baju kat luar semua. Normal ajalah tu kan. Pastu Muz call suh aku tanya bibik betul ker dia nak benti time tuh jugak. Aku pon ngan muka selamba ajalah tanya kat dia betul ker semua tu. And then she said yes.... MasyaAllah bibik aku nih apa dah hasut kepala otak dia. Bila tanya dia kenapa dia jawab coz Muz tak bank in kan gaji dia 2 bulan sebelum dia balik Lombok bulan 4 hari tu. Hangin aja aku dengor coz mmg aku tgk sendiri slip tu. Why lepas 4 bulan baru dia nak cakap.
And then aku yang mmg ngah hangin tih, suh dia packing baju dia semua walaupon aku mmg sayang kat bibik aku ni. Mahunya idok more than 2 years ngan aku. Dialah jaga budak2 ni semua. Rupa-rupanya dia dah siap packing barang dia dah. Pastu mamat tuh suh hantar bibik kat LRT Station. Kemain lagik macam mem besar. Mama dah mengamuk dah coz nak jadi cerita Mama pon datang sama umah aku Ahad tu. Nak tolong arrange barang kat umah.
Masa nak kuar umah tu dia siap mintak duit lagik ngan aku, tak sedar yang dia duk hutang ngan Muz 2 bulan gaji. Aku dalam duk marah , pon ada rasa kesian gak coz aku tahu duit dia dah habis hantar balik kg ari tu. Kasik ler 100 kat dia buat belanja. (Baiknyaaaaa Ibu). Aku cakap ngan bibik, pasal RM 1000.00 yang dia tak dapat tu, dia kena check dengan orang yang dia suh masukkan duit hari tulah. Pasal apa plak nak salahkan Muz. Tu salah dialah tak check ngan pakcik tu. Aku ni jenis tak suka nak marah2 dia coz bibik jaga anak2 elok aja sebelum ni. Dia buat keje pon bagus.
Lepas hantar dia balik barulah Mama cerita yang Madi tuh duk kasi duit kat dia every month. Bibik Tari (SIL aku nyer bibik) pon cakap yang bibik aku dah cakap ngan dia , nak berhenti coz nak kawin ngan Mamat di. Sakit aja hati aku bila pk balik. Mama siap marah aku lagi, tulah baik sangat ngan bibik kan ker payah skang. Nak kena cari bibik lain. Dahlah skang ni nak amik maid indon dah kena beku. Nak kena tanya ejen plak pasni.
Semalam, Isnin aku pon terpaksalah amik El coz takder sapa nak jaga anak aku berdua tuh. Nasib badanlah.

Oct 10, 2009

NGAH RALIT JENGUK SUSUIBU.COM

Sejak dua menjak nih aku rajin plak jenguk http://susuibu.com/ . Saja nak tambahkan pengetahuan , even dis is my 3rd child. Yalah rasa macam tak cukup ilmu di dada aja lagi ni bab2 breasfeed. Tak tahu napa rasa excited sesangat nak fully bf for my next bb ni. Bila duk baca entry2 kengkawan yang kat dalam tu rasa macam menyesal pon ada gak coz Ajim ngan Kimi dua2 tak fully bf. Macam Ajim, even dia prem aku sempat gaklah bf kan dia dalam 6 bulan. Kimi plak kesia sungguh bila pk kan coz aku nih kan a little bit manja n takder suppot sangat. Bila c-sect nak duduk bf kan mmg rasa sakit. And then macam fed-up sikit coz susu tak berapa nak kuar.
Bila duk pk2 sensorang, terniat di hati plak kali ni aku nak bf kan bb. Since breast pump pon still ada , elok lagi , aku ingat nak guna balik benda alah tu. Takderlah nyesal sangat kan. Insya-Allah moga niat baik aku nih dapat support dari Muz.
Dulu, coz aku c-sect semua kesian nak suh aku bf kan Kimi. Kena plak aku kan keje jadi macam malas2 plak. Teruknya aku masa zaman dulu2. Ish. Skang nih aku nampak bezanya antara Ajim ngan Kimi. Ajim even kejap aja bf tapi dia more active and susah skit nak demam. Kalau Kimi plak, panas or sejum skit nak demam aja. agaknya antibodi tak berapa kuat. Mmg ler FM nih ada yang okay tapi bl pk balik sesal tak sudah tu.
Harap2 ler azam aku kali nih menjadik. Tak tahulah kan kita tak tahu apa yang akan mendatang.
Apa yang ada kat SI ni banyak yanga ku boleh jadikan panduan. Ilmu baru tak salah kita nak tambah.

Oct 9, 2009

AJIM BERBAJU MELAYU

Bila duk jenguk blog kengkawan, semua duk tayang pic berbaju raya. Malangnya aku tahun nih pic berbaju raya mmg langsung takdak. Malas benar nak amik gambo sebab rasa macam tak lawa aja baju aku tahun nih. Takpalah, aku tempek ajalah pic Ajim berbaju melayu di pagi raya.
Gambo nih sebelum Ajim gi masjid ngan Abi masa kat kampung. Pic Abi, Kimi pon takdak gak. Apalah teruk beno aku tahun nih.

Sengih aja Ajim tu. Excited giler nak gi masjid semayang raya ngan Abi dia. Rambut dia berterabur aja coz taknak pakai songkok elok2.

Sayang plak tengok gambo nih tak nampak penuh kepala Ajim. Half aja.

Oct 7, 2009

PRESENT FROM MY MIL

Hidup aku kan sikit kelam kabut dua tiga menjak ni. Tambah2 plak sejak peknen. Semua serba tak kena ngan aku. Balik dari kampung ari tu pon aku macam blur2 aja plak. Bila time keje aja, aku macam tak tahu nak buat apa. Tengok keje melambak tapi tak tahu nak start ngan yang mana satu. Sampaikan orang tengok aku pon naik pelik. Mana idaknya, tengok ajaaaaaaaaa kat keje tu, bukan nak usik2 skit.
2 days before besday aku ari tuh...Muz duk sibuk ajak aku gi umah Mama, katanya nak gi tgk Ba (FIL) coz 2 hari aku tak pi. Tahu ajalah bila balik keje, malas yang amat nak gi mana2 pon. Even ajak gi shopping pon puas nak kena pujuk baru beranjak. Memikirkan lama tak gi sana, aku ikutkan ajalah Muz cakap apa.
Mama pon kat umah ngan Ba saja, sunyi jugaklah kan. Nak riuhkan suasana ajak Ajim skalik. Mama pon panggil aku, say nak kasi something sempena my coming birthday on 1st October...Wahhh...in advance nampak gayanya aku dapat adiah. Mama pon kuarkanlah rantai leher and suh aku pakai time2 tuh jugak depan dia. Ish, biar betul Mama nih. Muz pandang aku senyum aja. Mama cakap dah lama dia nak belikan untuk aku sebenarnya rantai tu, tapi nak kena tgk budget gak. Since birthday aku, dia belikanlah. Terharu beb.

Ni rantai yang Mama belikan before birthday aku.

Tapi betullah orang cakap, kalau dapat MIL macam Mama ni hati senanglah. Cuba kalau yang tak okay, tak tahulah nak cakap. Memang Mama baik ngan aku , layan pon macam anak sendiri. Mama ngan Ba selalu cakap, bila dah kawin ngan anak Mama ngan Ba meaning that menantu pon anak sendirilah. Tak ada different, tak ada word anak orang lain. MIL & FIL aku mmg sporting habis dari dulu lagi, ngan anak2 boleh buat lawak, macam ngan kawan2 aja. Kadang2 tak rasa pon macam duk ngan family In-law.

Pendant plak Mama beli semalam kat Poh Kong , Jusco AU2, Keramat.

So, for my besday... Mama kasi Rantai ngan Loket skalik.

Muz selamba aja cakap depan Mama semalam "Selamat duit I yang, baru aja I ingat nak ajak you beli pendant ari Ahad ni".

WE ARE MOVING

Skang nih dah tak baper nak terhapdet blog nih. Almaklumlah tuan rumah ngah bz nak pindah umah. Kalau kat Setiawangsa semuanya dekat ngan family Muz tapi bila duk kat Puncak Jalil semuanya jauh. Ngan umah Mama jauh, ngan opis pon jauh. Nampak gayanya tempat shopping pon nak kena tukau plak ler. Gi IOI Mall ajalah pasni (Shopping gak yang aku ingat).
Last Saturday, pindah semua barang kat umah baru pastu skang nih tengah duk kemas2 barang lagik. Tak tahu bila boleh masuk and tido kat sana. Umah berselerak ngan macam2 barang lagik. Semua angkut yang kat umah Setiawangsa dulu, nanti bila dah budget okay baru blh tukau. Ngah pening kepala pk, nak kena cari keta besar skit pasni almaklumlah family nak bertambah lagik sorang tahun depan. Mana nak cukup kalau keta kecik2 nih. Duit,duit, duit...macam air aja mengalir skang nih.
Sementara nak settle umah Puncak Jalil aku sefamily tido umah Muz kat Setiawangsa dululah. Senang skit nak gi keje. Cadangnya ari Sabtu ni nak gi tido sana dah. Just nak pasang kipas ngan cat umah skit lagi. Water heater semua pon belum terpasang lagi ni. Jadi dalam seminggu dua ni, hidup skit kelam kabut ler nampaknya. Balik aja keje nak kena siap cepat2 pastu dalam pukul 8.00 aja nak gi umah Puncak Jalil plak. Pukul 12 lebih balik Setiawangsa tido. Esok pon sama gak. Naik cemuih dah aku duk kat highway dua tiga menjak ni.
Bila duk tgk list apa nak dibeli dan dibuat, banyak lagi yang tak siap upanya. Ingatkan dah settle. Ish, dah terover budget plak tu. Blm lagi kira yang kecik2 nyer barang nak dibeli. Si kecik Ajim pon dah sibuk nak cat bilik dia plak. Dahlah tu, kaler orange yang dia nak. Tak tahulah apa rupa bilik kalau Abi dia ikut kata Ajim tu. Aku duk pk nak setting bilik dia kaler biru tapi tengoklah camna.
Apapon, bila dah settle semua poblem then aku blh arr tunjuk skit2 aja rupa umah aku tuh. Sipi2 ajalah. And then baru blh hapdet betul2 macam dulu.
Citer raya aku rasa dah basi dah. Malas nak hapdet pasal raya.