Mar 1, 2011

ERTI KEHILANGAN

Sekejap aja masa berlalu aku rasa. Sedar tak sedar dah masuk Mac 2011 pun rupanya. Maksudnya almost 3 month dah arwah FIL tinggalkan kitorang. Tambah-tambah plak bila dah balik umah PIL ni, lagilah terasa dia takda dah. Macam terbayang aja duk panggil semua orang. Sunyi bila dia takda coz masa dia sakit selalu aja panggil2 nama semua orang kat umah. Cuma masa last2 tu , pandangan mata dia kosong , suara dah takmo keluar, makan pon x boleh masuk even air kosong. Terbayang pagi Isnin 20 Disember 2010 hari terakhir sebelum Ba tinggalkan kami, kaki sejuk, bernafas macam susah aja sambil pandangan tak lepas dari wajah yg ada. Tapi tak sapa yg tahu pagi tu, pagi terakhir sebenarnya. Ingat lagi masa tu nak gi keje dah, kuar tangga aku boleh jatuh terduduk depan pintu plak. tanda2 sebenarnya dia tak relakan aku pergi keje hari tu. Mana nak tahu kan. Even hati tak sedap tapi keje kena gi gak. Tak sempat buat apa2 pon, Muz tel dalam pukul 11.15 pagi cakap Ba dah takda. Menggigil kaki rasanya. Cukup ker jasa aku selama ni pada dia yang aku panggil Ba???? Wallahua'lam. Rupanya bukan aku aja yg seba tak kena hari tu, Muz pon sama gak. Mata terkena pintu keta sampai terluka. TAK SAPA YANG TAHU. Hari ni baru terasa apa ertinya kehilangan. CNY yang lepas balik kg bukan dengan niat nak balik cuti aja tapi sambil2 melawat Mak Saudara aku yang sakit kat Terengganu. Ovari Cancer Stage 3. Apa yang aku jangka? Nothing good news. Dah merebak ke seluruh badan. Takda harapan lagi dah. Cuma sejauh mana Mak Ngah mampu bertahan selama tulah kami akan usahakan yang terbaik buat dia. Terbayang lagi air mata Ayah Ngah bila cerita pasal Mak Ngah. Senyum cuma luaran saja. Macam kata cousin aku, ayah menangis tiap malam bila tengok mak ngah sakit macam tu. Ingat lagi Mak Ngah cuma nak balik rumah aja. Permintaan yang terakhir aku rasa. Masa semua orang duk sambut Maulidurrasul, jam 1.30 pagi Mak Ngah pergi tinggalkan semuanya. Alhamdulillah hajat Mak Ngah nak balik rumah tercapai jugak. Cuma 10 hari selepas kami pulang ke KL. Sekurang-kurangnya aku sempat memeluk, cium dan minta maaf atas silap aku selama ni. Syukur ya Allah kerna mudahkan pemergian insan yang aku sayang. Tanpa melalui kesakitan yang teruk. Semoga Roh Ba dan Mak Ngah dicucuri rahmat. InsyaAllah.

KAT SEPITAL SULTANAH NURZAHIRAH

KIMI NGAN DHIA ENJOY AJA MAIN BUAI KAT HOSPITAL SULTANAH NURZAHIRAH, K TRG
TENGOKLAH CAMNA NYER HAPPY DHIA BILA DAPAT MAIN BUAI NIH. dAHLAH RAMAI BUDAK2 DUK NUNGGU TURN NAK MAIN
Dhia n Kimi
I KNOW DAT TAK BAGUS KASI BUDAK2 MINUM SOFT DRINK CAMNI, TAPI TU AJALAH YG ADA KAT MACHINE.
All the pictures actually amik masa balik kg time raya cina ari tuh. Kat Hospital Sultanah Nurzahirah, Kuala Terengganu. Since budak2 x boleh naik kat wad jadik take turn lawat mak sedara. Ni seme Muz nyer keje snap the pic. Anak kecik yang tak tahu lagi apa maksudnya bila gi sepital tuh ada orang sakit. Yg dorang tahu nak enjoy ajalah kan. Ada buai, lenjan sampai puas.