Apr 11, 2009

TERJEBAK DENGAN ONLINE SHOPPING

Kemain lagik yer cik puan sekarang nih.. Asik2 duk belek sana sinun kat tenet pasal baju sana baju sini. Konon nak tgk apa pesen terbaru. Dah terjebak dah aku nih ngan penyakit baru. Mula2 dulu aku cakap ngan Muz nak try aja beli selai dua tgk okay tak. Pastu tambah lagik selai dua..last2 dah berhelai2 baju aku beli kat online shop nih. Sungguh tak bagus untuk kesihatan poket aku nih. Makin nipis aja duit2 dalam beg.
Mula2 dulu aku takderlah teruk sangat nak nyoping nih tapi skang makin dan bertambah teruk . Tahap addicted tuh.. BAHAYA betul aku rasakan. Aku pernah beli baju kat sini...http://shopaholics-boutique.blogspot.com/ dalam 6 helai sekali beli. Enam tuh cik kak oiii.. Hangin aja badan Muz bila tengok baju2 tu sampai. Skang nih satu lagik yang aku slalu jenguk http://afashionreborn.blogspot.com/ yang nih mmg tip top dia nyer baju. Very nice. Aku tersangkut gak tuh mengorder baju.
Tapi ada beberapa perkara yang nak kita pikir bila nak soping online ni.. salah satunya masa... kadang2 kalau pre-order tuh nak kena tunggu lama. Kalau ko sabar takperlah kalau tak nyabar cam aku nih.. tak bolehlah aku rasa. Baik ko carik yang ready stok kat dorang nih baru puas hati.
Pastu kena ready ngan kualiti dia. Kadang2 ada yang tak berapa nak bagus... So far aku rasa okay aja tapi lagik puashati beli kat butik2 biasa aja. Aku alangkan lagi prefer pegi Isetan, Nichi ker or Parkson gi beli baju. Boleh gak soping untuk anak2 kan.
Tapi nasihat akulah kan untuk diri sendiri dah2lah tuh bawak bertaubat beli baju. Hehehehh.

No comments:

Post a Comment