Dis year banyak benar rasanya aku dah amik leave. Hehehehe. Manjang aja ada hal . Start ngan cousin aku kawin, dua2 belah nak kena pi. Meaning dat aku kena amik cuti. Pastu anak buah aku plak ada hal. Nak kena jenguk dia kat Nilai.
Next week plak Hari Wilayah, sambung ngan Raya Cina. Cuti sakan dibuatnya dua tiga menjak ni. Hari sabtu ni nak buat kenduri arwah FIL cukup 40 hari (sekejap ajakan dah 40 hari dia takder). Macam baru lagi aku rasa dia duk sakit kat umah, tup2 dah 40 ari pon. Isk. Sempena tahun baru cina, aku pon apa lagik, balik Terengganu ler sampai end of next week. Sakan beb. Ingat nak amik on 31st lagik cuti tapi Muz plak tak blh cuti. Nasiblah. So, send Ajim balik kg ngan Achu dulu.
Apapon, entry skang tanpa gambo.
Ops Dhia pon dah cukup 9 bulan dah. Still lagik merangkak. Berat pungkok sangat kot.
Hidup sememangnya Indah bila dikelilingi insan-insan tersayang. Anak-anak jadi penawar di kala duka. Suami menjadi teman berbual bicara, mencurah rasa.MY FAMILY IS MY BEST FRIEND FOREVER.
Jan 26, 2011
Jan 11, 2011
3 MINGGU YANG BZ
Dah baper lama yek tak berhapdet ni.. Takder napsu pon ader gak skang. Tambah plak bila ujung2 tahun campo ngan awal tahun campor ngan pemalas ya Rabbi.. Jawabnya mmg tak berhapdet. Actually aku bukan taknak hapdet tapi disebabkan masa dan keadaan tak mengizinkan. First on 20th Disember FIL aku meninggal. Takkan ler aku nak mengadap laptop plak memalam. Pastu bz ngan anak2 especially arrange Ajim nak masuk tadika. Mana nak ngadap orang yang datang rumah nak melawat.
Pastu bz ngan cousin kawen lak. Almaklumlah sejak Ba (FIL) takder Muz nak kena ambil alih tanggungjawab ler skang jadi semua refer kat Muz. Jadik aku pon macam senior citizen plak aku rasa sebab semua ngan makcik2 aja. Skrg ni pon asik cuti aja aku dibuatnya. Keje melambak2 duk pending atas meja tuh.
Dis week pon nak kena cuti lagi. Bos pon naik boring apa nak sign leave form aku.
Semoga dis year better than before.
Labels:
Ajim,
Dhia Humayra,
Family,
Kimi
Dec 14, 2010
ironman vs transformer
AJIM PON TAKNAK KALAH... CUMA DIA LUPA NAK PAKAI SARUNG TANGAN IRON MAN TUH. KALAU IDAK BARULAH NAMPAK REAL.
REGA UTK DUA NI AJA DAH 150++. MACAM AJIM TAKPERLAH COZ DIS ONE FOR HIS BIRTHDAY DULU. KAT PIC ADA DATE. KESIMPULANNYA KALAU BOLEH, JANGAN BIAR ANAK2 TGK TV BANYAK SANGAT. DUIT IBU GAK YANG MELAYANG.
KAT UMAH KALAU DUA2 IN ACTION NGAN SORE IBU SKALIK NAIK KALAU NAK TAHU. SATU TAMAN BOLEH DENGAR JERITAN MANJA SEORANG IBU...
Dec 8, 2010
Mandi manda
See..three of them.. yang nampak kaki ngan tangan tu their Abi ler...bukan senang nak tengok anak2 main macam ni..Ada alasan2 nyer.. (Opss... kalau mandi kat kolam kecik camni maksudnya kat umah Puncak Jalil)
My dear Dhia nyer lah happy dapat masuk swimming pool kecik nih... Ajim pulak duk agah2 kan adik Dhia tu yang duk menyengih aja. Even maser mula2 masuk dalam air macam terkedu aja.. Lupa yang Dhia takut ngan air yang sejuk ...
Kimi paling suker swimming pool. Dari kecik sampai skang tapi penakut ya Rabbi.. Kat tepi2 ajalah.
Ajim in action. Kat Setiawangsa ni. kat umah Muz.. Meaning that umah PIL.
Yang selalu nak gi swim Kimi tapi bila sampai swimming pool mmg taknak masuk except aku masuk skalik. Tu pon siap boleh dengar suara satu apartment tuh. Tapi tulah aku tak suka sangat anak2 mandi swim lama2 sangat coz 1) Ada aja yang balik umah selsema..stress aku dibuatnya 2) Demam bila main air coz tak tahan sejuk especially Kimi 3) Taknak balik umah.. tu yang tak tahan tu. Mulalah hangin aja dibuatnya..
If ujung minggu tak gi mana2 biasanya bawak dorang pi KLCC ajalah. Dhia tukang tgk, tinggal Ajim ngan Kimi aja yang duk lenjan lelama sampai ketar2 badan tuh. Tapi tulah, ramai sangat orang bila weekend nih.
Labels:
Ajim,
Dhia Humayra,
Family,
Kimi
Nov 30, 2010
Pagi yang indah
Hari Ahad memaglah hari yang ditunggu dek Ajim ngan Kimi. Masa tuh ajalah boleh bawak dorang gi mana-mana. Nak gi playground or window shopping kat KLCC. Since this week cuaca tak berapa nak cantik, cadangan asal nak gi jalan2 kat MAHA tak jadik. Tambah plak ngan Dhia macam ada fever skit. So cncel ajalah plan first tuh.
Ajim duk merengek nak swim tapi tulah dah sia mandi pepagi takkan nak beredam lagi. Nampak macam cuaca pon elok ajakan. Aku pon kejap nak gi playground kat Petronas tapi bila pk2 balik, ada gangguan dan pencemaran udara skit. Tak jadi. We decide gi Tman Bukit jalil ajalah. Alah kat simpag tuh, dekat nga Petronas and Shell.
Aku kan dah terkenal ngan pemalasna, nak tolak stroller Dhia naik bukit pon tak larat. Pastu aku duk melepak baca paper sesambil jeling skit2 kat Ajim ngan Kimi yang ralit main tu. Alah apa nak kisah, janji budak2 enjoy dahlah.
Dhia in red dress
Dia duk melalak bila pakaikan baju. Maunya tak dia kan memang terkenal ngan lasaknya.
Ibu cari jalan ngan kasi puting kat Dhia. Baru jalan. Tapi tengoklah anak dara sorang nih, angkat kain sampai nampak apa yang tk patut nampak.
Barulah nampak muka Dhia ngan dress tuh. Actually aku tempah ngan Durra Lupa lak dia nyer web page. ( Here the add http://durratulain.blogspot.com Atually ada 2 pasang dress 4 Dhia, tak sangka plak baju blh tak muat. Dh besar sangat ker Dhia ibu nih. Nasiblah Durra nak gantikan dengan yag lain. Really sorry yea Durra coz tak pasal2 nak kena jahit lain untuk Dhia. Next time akak order lagi tapi siap kasik ukuran lah. tak nak berulang lagi.
Nov 12, 2010
DAH START HUJAN PLAK DAH
Setiap kali masuk bulan sebelas aja aku mesti macam bosan skit tau. Salah satu sebabnya musim hujan dah nak start dah. Yang beshnya kat kampung takderlah teruk sangat hujan. Kat KL ni dia nyer musim hujan petang dah start dah. Sebab tuh kain baju semua malam2 dah siap basuh n sidai sekalik.
Tapi tahun nih disebabkan Raya Haji aku tak balik Terengganu jadi tak tahu macamna sitasi. Aku just hantar Ajim aja balik wakilkan aku ngan Muz....nak buat macamna. Ajim kena balik coz diakan cucu kesayangan mak aku. Kalau tak balik mahu tangkap leleh pagi2 raya. Ajim balik ngan Achu ajalah naik bas on hari Selasa malam tuh...
Since Ajim nyer tadika cuti 2 hari, ajim cuma tambah cuti sari lagik. Lagipon hari Jumaat kan school kejap aja kata Abi dia. Ada excuse ler nak cuti on Friday pas raya tu. Makcik gak duk kat umah aja. Tunggu orang datang umah mama ajalah.
Bila musim hujan aja, perkara yang paling aku tak suka...apalagi jalan jammeddddddddddddd manjang. Macam pagi tadi, adus sejam on the road dari Bukit Jalil nak sampai setiawangsa. Bercinta dibuatnya. Nasiblah bukan aku yang drive kalau idak mahunya aku menjerit kat tengah MRR2 tu. Jadi get ready nak rempuh jammed tiap hari jawabnya.
BARU TERINGAT BAJU MELAMBAK TAK BASUH COZ SKANG SEMUA NAK KENA BUAT SENDIRI.... MAID YANG NAK KEJE TUH TAK JADI KEJE COZ DIA PREGNANT NAK MASUK 2 BULAN DAH... MANA LARAT NAK JAGA BUDAK2 TU...
Oct 31, 2010
DHIA AT 6 MONTH
Dhia dah besar pon skang. Kejap aja masa berlalu rasanya. Tak sedarkan dah masuk 6 bulan pon Dhia.
Dhia baru aja pandai meniarap. lambat gak kalau bandingkan ngan abang2 Dhia. Tapi mulut ya rabbi tak tahu nak duk diam aku tengok. Kalau nak tido lagilah bising menceceh. Pastu ada satu perangai yang aku naik meluat aku tengok, kalau nak tido malam kena peluk2, cium pipi, dahi baru nak tido. Kalau tak tak der nyer nak tido sampai sudah.
Boringnya tak boleh upload pic pulak... Skang slalu jadi macam ni, error manjang. Kalau idak boleh add pic Dhia masa 1st time meniarap hari tu.. Skang Dhia pon dah start makan cerelac 3 times a day. Susu macam biasa still lagi siang 4 botol, malam 3 botol.
Siang2 aku biarkan aja Dhia duk atas tilam, biar dia golek2 baru cepat skit merangkak. Kalau idak nanti semua lambat dia belajar.
Oct 22, 2010
NO UPDATE COZ I'M SWING
Aku pon tak tahu apa perasaan aku skang. Sedih, geram, marah & macam2 lagiklah. Semua bercampur baur plak. Semua serba tak kena dibuatnya.
1)Cukup marah ngan maid aku yang tetiba aja nak benti. Kiranya dah masuk 2 minggu maid aku takder nih. Dah tak larat nak cari ganti pon. Stress waaa.
2)Sedih bila FIL aku kena admitted coz of dia kena strok... Bila tgk muka dia aku pon tak tahu nak describe dia nyer keadaan macamna. Aku rasa left side semua dah tak function coz tangan n kaki dah tak boleh angkat. Based on dr, takder harapan untuk sembuh macam dulu.
3)Geram bila ada staff yang ngadu domba katakan aku yang sebabkan dia kena berhentii keje. Wahhh hebatnya aku kalau macam tu. Sepatutnya dia tanya pada dia nyer managerlah why big boss suh dia benti...
Macam2 hallah dalam dua minggu nih. Ngan aku amik cuti 4 hari dah dalam this 2 weeks. Silap2 gaya aku plak yang kena benti keje nih. Nauzubillah lah kan. Still lagik nak keje... untuk penuhi kemahuan aku sendiri tuh... nak baju baru, kasut baru, beg baru.. hhuhuhu.
Dalam dua minggu nih jugak aku duk ulang alik ke HKL , tido kat umah MIL aku kat Setiawangsa. Apa jadik kat umah Puncak jalil pon aku tak tahu. Ishhhh.
Apapon setiap yang berlaku ada hikmahnya. Aku dah dapat maid baru , tapi just on 1st November baru start keje. Alhamdulillah ada lagi rezeki anak2 aku untuk dapat yang lagi baik. Akak nih indonesia tapi dah PR pon. Mama pon dah biasa ngan dia dulu.
Sep 29, 2010
BETUL KER?
Baby Dhia duk demam, batuk siap ngan selsema skalik sekarang ni. Nak dijadikan cerita Dhia just masuk 5 bulan masa dia demam tuh. Betul ker orang tua-tua cakap (orang lama-lama) baby demam coz nak tukar bulan.
Aku duk peratikan jugak, anak2 aku sebelum nih memang tiap kali 2,3 hari nak tukar bulan aja mestoi ada yang tak kena. Demam ker, selsema ker... Bukan nak percaya tapi terfikir gak tuh.
Yang kesiannya Dhia lah, kecil2 nak kena makan ubat. First time plak tu. Alhamdulillah dah 5 bulan pon, inilah kali pertama kena jumpa dr coz demam2. Timbang semalam Dhia pon berat dah 6.7 kg. Taklah banyak sangat naik tapi naik gak , pikirkan ngan Dhia demam lagik. Minum susu pon kurang. NO pic of Dhia. Nantilah bila pree aku upload.
Subscribe to:
Posts (Atom)