Hidup sememangnya Indah bila dikelilingi insan-insan tersayang. Anak-anak jadi penawar di kala duka. Suami menjadi teman berbual bicara, mencurah rasa.MY FAMILY IS MY BEST FRIEND FOREVER.
Jul 11, 2011
May 10, 2011
08/05/2011 - outing day
Puas mengamuk baru dapat naik Motor nih.
Kat Jusco Au2, sementara nak tunggu Mini Concert AF9.
Ajim lagi in action. Happy tuh even dah besar nak gak naik motor camni. Ish
Labels:
Ajim,
Dhia Humayra,
Family,
Kimi
Apr 25, 2011
1st birthday Dhia Humayra
Mar 1, 2011
ERTI KEHILANGAN
Sekejap aja masa berlalu aku rasa. Sedar tak sedar dah masuk Mac 2011 pun rupanya. Maksudnya almost 3 month dah arwah FIL tinggalkan kitorang. Tambah-tambah plak bila dah balik umah PIL ni, lagilah terasa dia takda dah. Macam terbayang aja duk panggil semua orang. Sunyi bila dia takda coz masa dia sakit selalu aja panggil2 nama semua orang kat umah. Cuma masa last2 tu , pandangan mata dia kosong , suara dah takmo keluar, makan pon x boleh masuk even air kosong.
Terbayang pagi Isnin 20 Disember 2010 hari terakhir sebelum Ba tinggalkan kami, kaki sejuk, bernafas macam susah aja sambil pandangan tak lepas dari wajah yg ada. Tapi tak sapa yg tahu pagi tu, pagi terakhir sebenarnya. Ingat lagi masa tu nak gi keje dah, kuar tangga aku boleh jatuh terduduk depan pintu plak. tanda2 sebenarnya dia tak relakan aku pergi keje hari tu. Mana nak tahu kan. Even hati tak sedap tapi keje kena gi gak. Tak sempat buat apa2 pon, Muz tel dalam pukul 11.15 pagi cakap Ba dah takda. Menggigil kaki rasanya. Cukup ker jasa aku selama ni pada dia yang aku panggil Ba???? Wallahua'lam.
Rupanya bukan aku aja yg seba tak kena hari tu, Muz pon sama gak. Mata terkena pintu keta sampai terluka. TAK SAPA YANG TAHU. Hari ni baru terasa apa ertinya kehilangan.
CNY yang lepas balik kg bukan dengan niat nak balik cuti aja tapi sambil2 melawat Mak Saudara aku yang sakit kat Terengganu. Ovari Cancer Stage 3. Apa yang aku jangka? Nothing good news. Dah merebak ke seluruh badan. Takda harapan lagi dah. Cuma sejauh mana Mak Ngah mampu bertahan selama tulah kami akan usahakan yang terbaik buat dia. Terbayang lagi air mata Ayah Ngah bila cerita pasal Mak Ngah. Senyum cuma luaran saja. Macam kata cousin aku, ayah menangis tiap malam bila tengok mak ngah sakit macam tu. Ingat lagi Mak Ngah cuma nak balik rumah aja. Permintaan yang terakhir aku rasa.
Masa semua orang duk sambut Maulidurrasul, jam 1.30 pagi Mak Ngah pergi tinggalkan semuanya. Alhamdulillah hajat Mak Ngah nak balik rumah tercapai jugak. Cuma 10 hari selepas kami pulang ke KL. Sekurang-kurangnya aku sempat memeluk, cium dan minta maaf atas silap aku selama ni. Syukur ya Allah kerna mudahkan pemergian insan yang aku sayang. Tanpa melalui kesakitan yang teruk. Semoga Roh Ba dan Mak Ngah dicucuri rahmat. InsyaAllah.
KAT SEPITAL SULTANAH NURZAHIRAH
KIMI NGAN DHIA ENJOY AJA MAIN BUAI KAT HOSPITAL SULTANAH NURZAHIRAH, K TRG
Dhia n Kimi
I KNOW DAT TAK BAGUS KASI BUDAK2 MINUM SOFT DRINK CAMNI, TAPI TU AJALAH YG ADA KAT MACHINE.
All the pictures actually amik masa balik kg time raya cina ari tuh. Kat Hospital Sultanah Nurzahirah, Kuala Terengganu. Since budak2 x boleh naik kat wad jadik take turn lawat mak sedara. Ni seme Muz nyer keje snap the pic. Anak kecik yang tak tahu lagi apa maksudnya bila gi sepital tuh ada orang sakit. Yg dorang tahu nak enjoy ajalah kan. Ada buai, lenjan sampai puas.
Feb 11, 2011
Balik Dari Trg time CNY
Hidup nih mmg banyak dugaannya, kadang-kadang x terjangkau dek akal fikiran kita. Hari Ahad 6hb tuh akupon dgn semangatnya bersiap nak balik KL almaklumlah aku dah cuti panjang.Kena ingat gak keje kat opis tuh kang x nampak rupa aku plak, keje lagi tinggi dr aku nanti. Dalam pukul 11 aku pon kuar dari umah, nak gi amik Kak Yong dulu pastu baru balik KL.
Perjalanan Alhamdulillah cuma masa nak kuar kat simpang Ajil tuh aja yang jalan jammes sikit. Pastu aku pon memulakan operasi pejamkan mata almaklumlah anak2 pon duk tido dah. Pukul 12 ke atas mmg dorg nyer time slep tuh. Senang skit aku bl mcm tu. Tinggallah Muz sensorg drive. Nak sampai highway Pantai Timur Muz tanya nak lalu kot mana, aku jawab kut kuantan ajalah, nanti blh singgah makan skalik kan. Syok2 sembang dah terlepas Kuantan pon. So decide makan kat satu kedai yg pernah we all singgah sblm nih, ingatkan dekatttttttttttt rupanya nu haaa kat Maran. Pukul 3.30 baru blh makan tghr. Stress waaa dibuatnya.
Okaylah abis citer, nak kuar ke Karak Highway take time 30 minit. Dari Karak Highway ke KL plak stuck jammed around 3hrs plus gak ler. Malam tuh kiri kanan jalan keta rosak. Ngeri betul mikirkan coz ada budak2 skali. Bontot naik kematu duk lama dalam keta , Muz lagilah ngan tensen keta xdak minyak dah. Ingat nak isi katGenting Sempah, harammm tak blh masuk. Last2 tawakkal jalah , nasib sampai umah gak... 1st time dalam sejarah, dari Trg ke KL amik masa almost 10 hrs.
SERIK DAH BALIK TIME RAYA CINA. KENA TUKAR MASA LAIN PLAK UTK CUTI PANJANG.
Jan 26, 2011
CHINESE NEW YEAR
Dis year banyak benar rasanya aku dah amik leave. Hehehehe. Manjang aja ada hal . Start ngan cousin aku kawin, dua2 belah nak kena pi. Meaning dat aku kena amik cuti. Pastu anak buah aku plak ada hal. Nak kena jenguk dia kat Nilai.
Next week plak Hari Wilayah, sambung ngan Raya Cina. Cuti sakan dibuatnya dua tiga menjak ni. Hari sabtu ni nak buat kenduri arwah FIL cukup 40 hari (sekejap ajakan dah 40 hari dia takder). Macam baru lagi aku rasa dia duk sakit kat umah, tup2 dah 40 ari pon. Isk. Sempena tahun baru cina, aku pon apa lagik, balik Terengganu ler sampai end of next week. Sakan beb. Ingat nak amik on 31st lagik cuti tapi Muz plak tak blh cuti. Nasiblah. So, send Ajim balik kg ngan Achu dulu.
Apapon, entry skang tanpa gambo.
Ops Dhia pon dah cukup 9 bulan dah. Still lagik merangkak. Berat pungkok sangat kot.
Jan 11, 2011
3 MINGGU YANG BZ
Dah baper lama yek tak berhapdet ni.. Takder napsu pon ader gak skang. Tambah plak bila ujung2 tahun campo ngan awal tahun campor ngan pemalas ya Rabbi.. Jawabnya mmg tak berhapdet. Actually aku bukan taknak hapdet tapi disebabkan masa dan keadaan tak mengizinkan. First on 20th Disember FIL aku meninggal. Takkan ler aku nak mengadap laptop plak memalam. Pastu bz ngan anak2 especially arrange Ajim nak masuk tadika. Mana nak ngadap orang yang datang rumah nak melawat.
Pastu bz ngan cousin kawen lak. Almaklumlah sejak Ba (FIL) takder Muz nak kena ambil alih tanggungjawab ler skang jadi semua refer kat Muz. Jadik aku pon macam senior citizen plak aku rasa sebab semua ngan makcik2 aja. Skrg ni pon asik cuti aja aku dibuatnya. Keje melambak2 duk pending atas meja tuh.
Dis week pon nak kena cuti lagi. Bos pon naik boring apa nak sign leave form aku.
Semoga dis year better than before.
Labels:
Ajim,
Dhia Humayra,
Family,
Kimi
Dec 14, 2010
ironman vs transformer
AJIM PON TAKNAK KALAH... CUMA DIA LUPA NAK PAKAI SARUNG TANGAN IRON MAN TUH. KALAU IDAK BARULAH NAMPAK REAL.
REGA UTK DUA NI AJA DAH 150++. MACAM AJIM TAKPERLAH COZ DIS ONE FOR HIS BIRTHDAY DULU. KAT PIC ADA DATE. KESIMPULANNYA KALAU BOLEH, JANGAN BIAR ANAK2 TGK TV BANYAK SANGAT. DUIT IBU GAK YANG MELAYANG.
KAT UMAH KALAU DUA2 IN ACTION NGAN SORE IBU SKALIK NAIK KALAU NAK TAHU. SATU TAMAN BOLEH DENGAR JERITAN MANJA SEORANG IBU...
Dec 8, 2010
Mandi manda
See..three of them.. yang nampak kaki ngan tangan tu their Abi ler...bukan senang nak tengok anak2 main macam ni..Ada alasan2 nyer.. (Opss... kalau mandi kat kolam kecik camni maksudnya kat umah Puncak Jalil)
My dear Dhia nyer lah happy dapat masuk swimming pool kecik nih... Ajim pulak duk agah2 kan adik Dhia tu yang duk menyengih aja. Even maser mula2 masuk dalam air macam terkedu aja.. Lupa yang Dhia takut ngan air yang sejuk ...
Kimi paling suker swimming pool. Dari kecik sampai skang tapi penakut ya Rabbi.. Kat tepi2 ajalah.
Ajim in action. Kat Setiawangsa ni. kat umah Muz.. Meaning that umah PIL.
Yang selalu nak gi swim Kimi tapi bila sampai swimming pool mmg taknak masuk except aku masuk skalik. Tu pon siap boleh dengar suara satu apartment tuh. Tapi tulah aku tak suka sangat anak2 mandi swim lama2 sangat coz 1) Ada aja yang balik umah selsema..stress aku dibuatnya 2) Demam bila main air coz tak tahan sejuk especially Kimi 3) Taknak balik umah.. tu yang tak tahan tu. Mulalah hangin aja dibuatnya..
If ujung minggu tak gi mana2 biasanya bawak dorang pi KLCC ajalah. Dhia tukang tgk, tinggal Ajim ngan Kimi aja yang duk lenjan lelama sampai ketar2 badan tuh. Tapi tulah, ramai sangat orang bila weekend nih.
Labels:
Ajim,
Dhia Humayra,
Family,
Kimi
Nov 30, 2010
Pagi yang indah
Hari Ahad memaglah hari yang ditunggu dek Ajim ngan Kimi. Masa tuh ajalah boleh bawak dorang gi mana-mana. Nak gi playground or window shopping kat KLCC. Since this week cuaca tak berapa nak cantik, cadangan asal nak gi jalan2 kat MAHA tak jadik. Tambah plak ngan Dhia macam ada fever skit. So cncel ajalah plan first tuh.
Ajim duk merengek nak swim tapi tulah dah sia mandi pepagi takkan nak beredam lagi. Nampak macam cuaca pon elok ajakan. Aku pon kejap nak gi playground kat Petronas tapi bila pk2 balik, ada gangguan dan pencemaran udara skit. Tak jadi. We decide gi Tman Bukit jalil ajalah. Alah kat simpag tuh, dekat nga Petronas and Shell.
Aku kan dah terkenal ngan pemalasna, nak tolak stroller Dhia naik bukit pon tak larat. Pastu aku duk melepak baca paper sesambil jeling skit2 kat Ajim ngan Kimi yang ralit main tu. Alah apa nak kisah, janji budak2 enjoy dahlah.
Dhia in red dress
Dia duk melalak bila pakaikan baju. Maunya tak dia kan memang terkenal ngan lasaknya.
Ibu cari jalan ngan kasi puting kat Dhia. Baru jalan. Tapi tengoklah anak dara sorang nih, angkat kain sampai nampak apa yang tk patut nampak.
Barulah nampak muka Dhia ngan dress tuh. Actually aku tempah ngan Durra Lupa lak dia nyer web page. ( Here the add http://durratulain.blogspot.com Atually ada 2 pasang dress 4 Dhia, tak sangka plak baju blh tak muat. Dh besar sangat ker Dhia ibu nih. Nasiblah Durra nak gantikan dengan yag lain. Really sorry yea Durra coz tak pasal2 nak kena jahit lain untuk Dhia. Next time akak order lagi tapi siap kasik ukuran lah. tak nak berulang lagi.
Nov 12, 2010
DAH START HUJAN PLAK DAH
Setiap kali masuk bulan sebelas aja aku mesti macam bosan skit tau. Salah satu sebabnya musim hujan dah nak start dah. Yang beshnya kat kampung takderlah teruk sangat hujan. Kat KL ni dia nyer musim hujan petang dah start dah. Sebab tuh kain baju semua malam2 dah siap basuh n sidai sekalik.
Tapi tahun nih disebabkan Raya Haji aku tak balik Terengganu jadi tak tahu macamna sitasi. Aku just hantar Ajim aja balik wakilkan aku ngan Muz....nak buat macamna. Ajim kena balik coz diakan cucu kesayangan mak aku. Kalau tak balik mahu tangkap leleh pagi2 raya. Ajim balik ngan Achu ajalah naik bas on hari Selasa malam tuh...
Since Ajim nyer tadika cuti 2 hari, ajim cuma tambah cuti sari lagik. Lagipon hari Jumaat kan school kejap aja kata Abi dia. Ada excuse ler nak cuti on Friday pas raya tu. Makcik gak duk kat umah aja. Tunggu orang datang umah mama ajalah.
Bila musim hujan aja, perkara yang paling aku tak suka...apalagi jalan jammeddddddddddddd manjang. Macam pagi tadi, adus sejam on the road dari Bukit Jalil nak sampai setiawangsa. Bercinta dibuatnya. Nasiblah bukan aku yang drive kalau idak mahunya aku menjerit kat tengah MRR2 tu. Jadi get ready nak rempuh jammed tiap hari jawabnya.
BARU TERINGAT BAJU MELAMBAK TAK BASUH COZ SKANG SEMUA NAK KENA BUAT SENDIRI.... MAID YANG NAK KEJE TUH TAK JADI KEJE COZ DIA PREGNANT NAK MASUK 2 BULAN DAH... MANA LARAT NAK JAGA BUDAK2 TU...
Oct 31, 2010
DHIA AT 6 MONTH
Dhia dah besar pon skang. Kejap aja masa berlalu rasanya. Tak sedarkan dah masuk 6 bulan pon Dhia.
Dhia baru aja pandai meniarap. lambat gak kalau bandingkan ngan abang2 Dhia. Tapi mulut ya rabbi tak tahu nak duk diam aku tengok. Kalau nak tido lagilah bising menceceh. Pastu ada satu perangai yang aku naik meluat aku tengok, kalau nak tido malam kena peluk2, cium pipi, dahi baru nak tido. Kalau tak tak der nyer nak tido sampai sudah.
Boringnya tak boleh upload pic pulak... Skang slalu jadi macam ni, error manjang. Kalau idak boleh add pic Dhia masa 1st time meniarap hari tu.. Skang Dhia pon dah start makan cerelac 3 times a day. Susu macam biasa still lagi siang 4 botol, malam 3 botol.
Siang2 aku biarkan aja Dhia duk atas tilam, biar dia golek2 baru cepat skit merangkak. Kalau idak nanti semua lambat dia belajar.
Oct 22, 2010
NO UPDATE COZ I'M SWING
Aku pon tak tahu apa perasaan aku skang. Sedih, geram, marah & macam2 lagiklah. Semua bercampur baur plak. Semua serba tak kena dibuatnya.
1)Cukup marah ngan maid aku yang tetiba aja nak benti. Kiranya dah masuk 2 minggu maid aku takder nih. Dah tak larat nak cari ganti pon. Stress waaa.
2)Sedih bila FIL aku kena admitted coz of dia kena strok... Bila tgk muka dia aku pon tak tahu nak describe dia nyer keadaan macamna. Aku rasa left side semua dah tak function coz tangan n kaki dah tak boleh angkat. Based on dr, takder harapan untuk sembuh macam dulu.
3)Geram bila ada staff yang ngadu domba katakan aku yang sebabkan dia kena berhentii keje. Wahhh hebatnya aku kalau macam tu. Sepatutnya dia tanya pada dia nyer managerlah why big boss suh dia benti...
Macam2 hallah dalam dua minggu nih. Ngan aku amik cuti 4 hari dah dalam this 2 weeks. Silap2 gaya aku plak yang kena benti keje nih. Nauzubillah lah kan. Still lagik nak keje... untuk penuhi kemahuan aku sendiri tuh... nak baju baru, kasut baru, beg baru.. hhuhuhu.
Dalam dua minggu nih jugak aku duk ulang alik ke HKL , tido kat umah MIL aku kat Setiawangsa. Apa jadik kat umah Puncak jalil pon aku tak tahu. Ishhhh.
Apapon setiap yang berlaku ada hikmahnya. Aku dah dapat maid baru , tapi just on 1st November baru start keje. Alhamdulillah ada lagi rezeki anak2 aku untuk dapat yang lagi baik. Akak nih indonesia tapi dah PR pon. Mama pon dah biasa ngan dia dulu.
Sep 29, 2010
BETUL KER?
Baby Dhia duk demam, batuk siap ngan selsema skalik sekarang ni. Nak dijadikan cerita Dhia just masuk 5 bulan masa dia demam tuh. Betul ker orang tua-tua cakap (orang lama-lama) baby demam coz nak tukar bulan.
Aku duk peratikan jugak, anak2 aku sebelum nih memang tiap kali 2,3 hari nak tukar bulan aja mestoi ada yang tak kena. Demam ker, selsema ker... Bukan nak percaya tapi terfikir gak tuh.
Yang kesiannya Dhia lah, kecil2 nak kena makan ubat. First time plak tu. Alhamdulillah dah 5 bulan pon, inilah kali pertama kena jumpa dr coz demam2. Timbang semalam Dhia pon berat dah 6.7 kg. Taklah banyak sangat naik tapi naik gak , pikirkan ngan Dhia demam lagik. Minum susu pon kurang. NO pic of Dhia. Nantilah bila pree aku upload.
Jul 20, 2010
DHIA HUMAYRA
Nilah baby Dhia Humayra , anak dara kesayangan aku . Time nih dah nak masuk sebulan pon Dhia. Baru aja nak kenalkan kat kengkawan semua.
Masa ni plak dalam Dhia umur 5 hari.
DHIA HUMAYRA BINTI MUZAFFAR
LAHIR KAT HUKM ON 24 APRIL 2010 PUKUL 6.30 PETANG. BERAT 2.9 KG.
Lahirkan baby Dhia memang suatu pengalaman yang cukup indah buat aku. First coz Dhia is my first baby girl. 2nd Sakit nak bersalin pon kejap aja. Hari nak bersalinkan Dhia aku sempat lagi pergi opis buat keje. Pukul 2 admitted and then pukul 5 pecahkan air ketuban. 6.30 dhia dah lahir. This is first time Abi temankan aku kat labour room. siap boleh buat lawak lagi. Takder apa2 pon ubat penahan sakit aku ambik. memang betul2 rasa sakit bersalin macamana.
Apapon Alhamdulillah, hajat Mama nak cucu girl kesampaian gak becoz side Muz takder sorang baby girl pon lagi. So, Dhia aja cucu pompuan Mama. Beli baju pink pon macam tak hingat dunia aku skang ni. Cute sesangat baju girl.
BARU NAK JENGUK UMAH YANG DAH BERSAWANG
Lama sungguh rasanya aku tinggalkan umah ni. Dah nak masuk 3 bulan dah nih. Sejak sarat peknen sampailah Baby Dhia dah nak masuk 3 bulan.
Ops lupa plak.. Baby Dhia Humayra is my new baby. Born on 24/04/2010 at HUKMC. Nanti aku tempekkan pic bila dah okay semua. Awal bulan 8 barulah aku pree nak berjinak balik ngan aktiviti lama aku ni.
Bila ada masa nak aku bersihkan sawang yang ada kat umah ni. Make up biar cantik2 skit barulah rasa nak jenguk umah. Kalau semak camni, hati pon tak senang.
Apr 6, 2010
MAMA KE MEKAH FOR UMRAH
Sungguh tak meriah kalau entry takder gambo... Pesal ler jadik camni aku nyer blog nih. Tuh yang buat aku bertambah malas nak hapdet.. Yerlah manjang kosong..
Pagi nih pukul 4.00 pagi dah bangun siap2 nak gi KLIA anto Mama. Nak kena ada kat sana dalam pukul 6.30 camtu. Alhamdulillah akhirnya Mama diberikan rezeki untuk gi umrah tahun nih. Adik ipar aku yang sponsor kali nih untuk Mak, Ayah, abang dia. Pastu Mama and Tasha. Ada rezeki lebih jadi dia dah niat nak hantar depa pi Umrah.
Pukul 6.15 camtu dah sampai KLIA pon. Ngan Kimi duk merap aja skang nih. Tak larat makcik nih dibuatnya. Since flight pukul 10.00 sempatlah bekpes kat sana. Ajim plak punyalah happy sangat sampai termuntah2 coz baru lepas makan, perut penuh.
Pukul 9 Mama check in and we all gerak balik dalam pukul 10.00 lbh. Badan memang tak larat nak gi keje tapi nak buat camna nak kena gi opis gak settlekan apa yang patut untuk Subsidi Diesel nyer application. Teruk sesangat aku rasa.
Kaki pon sampai bengkak coz kat KLIA takdak tempat duduk. Nak kena berdiri lama plak tuh... Apapon aku doakan Mama ngan Tasha selamat pergi dan balik.
Mar 5, 2010
GILA BACA NOVEL
Kadang-kadang hobi lama aku datang menjenguk gak skali skala. Almaklumlah skang ngah bz sesangat mana ada masa nak buat keje yang sangat berfaedah ni. Since aku malam-malam ada sindrom tak boleh tido plak, aku amik keputusan baca buku. Bila keje lain dah siap aku boleh layan baca novel sampai 2-3 pagi. Dis week saja aku dah habiskan 4 biji novel yang aku pinjam ngan opismate. Ada lagi 2 biji nak aku abiskan weekend ni.
Kata MIL aku, tu hobi yang bagus tapi jangankan ikutkan hati sangat coz badan nak kena rehat gak. Baru bb sihat. Betul,betul,betul. aku percaya semua tu coz bila aku bangun pagi
aku ngantuk sesangat. Pukul 6 baru boleh bangun tidoooo. Letih plak tuh. Tapi satu yang aku perasan... kaki aku tak cramp lagi dah. Maybe sebab aku tido tak lama sangat. Malaslah nak hapdet coz pic tak boleh upload. Poblem aja manjang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
