Sep 11, 2009

DAH CONFIRM ALMOST 7 WEEKS

Ajim ngan Kimi nak dapat adik lagi sorang. Isk rasa macam tak caya pon ada gak rasanya kali nih. Almaklumlah aku ngan Muz belum budget nak dapat baby dalam setahun dua nih. At least nak tunggu Kimi dalam 3 tahun baru nak dapat another baby. Tapi nak buat camna, dah namanya rezeki. Kena terima ajalah.
Allah berikan rezeki sempena bulan puasa yang banyak sangat dugaan tahun ni. Macam biasa kalau bulan 7 period aku 29 hb, meaning that bulan 8 around 27 or 28 cam tulah. Sebelum tu, aku dah cam ting tong skit dah masa mula2 bulan puasa tu. Tapi buat tak tahu ajalah, ngan alasan baru start puasa, badan tak blh nak adapt lagi. Tiap hari aku mesti just berbuka ngan minum air pastu nak kena baring jap baru blh sambung makan. Normallah kot early puasa. Pastu dalam 30/08/09 pon aku tak period, period gak... ish. Aku dah suspect dah, mesti kena ni coz aku tak pernah miss pon before this.
Aku cakap ngan Muz, selamba aja cakap ngan aku , tulah I suruh you gi amik injection tapi taknak, jangan nak salahkan I. Isk, boleh plak dia cakap camtu ngan aku. Dahlah aku ngah suspen aja nih. Tapi mmg hati kecil aku cakap , peknen lagik ler nih. Adusssss. Muz ajak aku gi check up kat Dr. Soong yang mmg dah biasa ngan aku tuh. Tapi nak kena check schedule dia dulu ada tak kat klinik tuh. Disebabkan aku mmg jenis tak sabar , jadinya aku pon amik keputusan gi beli Pregnancy Test sendiri. Hehehehe.
Esoknya, 31/08/09 pepagi lagi, bak kata orang subuh2 lagik aku dah bangun , katanya nak amik 1st urine in the morning supaya result tepat skit kan. Suspen gilo. Tengok2 , sah positif peknen. Tak tahu nak cakap apa time tuh, nak kata happy, mmg ler happy tapi cam ada sikit sedih bila pk pasal Kimi. Dia kan kecik lagi, dah nak dapat adik dah., Sian dia. Tapi bila pk balik, elok gak peknen time nih, esok2 takyah nak pk lagi dah nak beranak. Rasa2nya ini last kot, coz aku pon dah tak larat asik nak c-sect aja manjang. Badan pon dah tua, cukuplah 3 orang nih. Dah confirm tuh, aku terus gerak Muz. Aduh, kena lagik skalik. " Baper kali cakap jangan miss amik injection, taknak dengor. Terima ajalah".Duss sakit pala aku nih.
Terjawablah sudah, alasan kenapa aku manjang tak sedap badan masa mula2 puasa. Makcik peknen lagi nih. Kena gi jumpa Dr. Soong gak nak confirm.
Pepagi 4/9/2009, aku tgk keje pon cam dah okay, so just lintas jalan pi Klinik Redy, sebelah Damai Hospital tu untuk buat UPT. Tunggu punyalah lama nak jumpa Dr ni coz semua patient nak jumpa dia aja aku tengok. Dalam pukul 11.00 baru jumpa and then scan , wahhh dah nampak dah my bb. Hehehehe. Due on 05/05/2010. Sama bulan ngan Abang Long (Ajim). Hopefully semuanya okay macam Ajim ngan Kimi gak.
Tapi yang aku tahu, confirm aku morning sickness sampai 4 bulan macam dulu2 gak. Tahan ke idak pon tak tahulah. Ada scan image tapi tak clear sangat coz still small.

No comments:

Post a Comment