Jun 9, 2009

JALAN2 KAT GENTING

Cuti hujung minggu lepas , aku mmg takder plan apa2 pon ngan hubby. Tup2 masa balik keje ari Jumaat tuh, dia sibuk nanya aku plak ada tak lagik hotel kat genting or bukit tinggi kalau nak pi. Ikutkan experience aku jarang benau nak adanya. Kena plak hujung minggu, public holiday pastu cuti sekolah. Mahunya fully booked. Check by internet mmg takdo bilik kosong. Malamnya hubby cakap kat aku "Jom yang, kemas barang2 anak, esok pagi kita gamble aja naik genting".

By 8.00 aku dah sesiap semua, chow ajalah to genting. Lalu kat gohtong tuh, baru terperasan Seri Malaysia ada plak. Hubby pon apa lagik, u turn and then singgah tanya. Dah rezeki Ajim agaknya, Alhamdulillah dapat gak bilik for us.

Bermulalah xpdc memanjat ke Genting plak. Ajim siap cakap kat aku lak "Ibu, takder pon sejuk cam kat London". Amboi2 ingat kat London ker skang nih. Kat sana pon skang dalam 17-20 degree kot. Kalau berangin huh mau keluar hingus tak sedar. "Alah, ada skit2 macam London pon jadilah. Kan sejuk nih". Itu ajalah jawapan yang blh aku kasik.
Masalahnya skang nih, satu pic pon takdak coz aku blh plak tertinggal hp aku kat umah pagi tuh. Dalam duk kelam kabut kemas barang tuh. Yang ada pon dalam hp hubby aku aja. Jadilah entry tanpa gambo lagik. Tapi tuhlah pi beli tiket semua, ramai nyer orang alahai tak terdaya aku nengok. Tapi Ajim ada luck plak hari nih, main baling2 dapat toys satu. Besar plak tuh. Aku baling pon tak dapat apa2. Heheheheh. Tangan aku agaknya mak tak bedung dulu kot.
Ajim enjoy the trip tapi Kimi, sian dia bukan tahu apa pon lagik. Ngantuk plak tuh tak tido sehari , ngamuk ajalah dia. Pukul 9.30 baru blh dinner and then balik hotel. Letih sey. Ada budak kecik mengamuk taknak tido n taknak makan.

1 comment: